Saturday, February 18, 2012

CINTA YAHOO!Ep.4

Di Cairo..
“Shauqi,boleh ana tanya soalan peribadi?”tutur Muhammad An-Naim,teman serumahnya.
“Apa dia?”
“Enta masih ada perasaan  sayang pada dia?”
“Siapa?ana tak faham la.”Shauqi berpura-pura tidak mengerti.Sebetulnya dia agak terkejut dengan pertanyaan  Naim kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar “si dia” setelah dia membuat keputusan untuk berpisah.
“Siapa lagi,orang itulah…”
“Dia?Ermm..Im,kalau sudah kenal mestilah sayang.Dia wanita yang baik tapi ana telah melukakan hatinya walaupun ana tak berniat begitu.”Shauqi menjawab setulus hatinya.Di sana dia agak rapat dengan  Naim kerana satu jurusan ditambah pula mereka serumah.
“Selepas kita mengambil masa mengenali seseorang,kita pasti menyayanginya meskipun telah terputus hubungan.”
“Enta slalu ke jumpa dia?Maafkan ana kalau ana banyak sangat tanya.Ana bukan apa,kadang-kadang ana tengok enta menghadap  laptop kemudian termenung.Seperti ada sesuatu yang enta fikirkan.”Naim menyusun kata.Bimbang juga kalau pertanyaannya membuatkan sahabatnya tidak senang.
“Ana bertaaruf dengan dia dua kali sahaja.Itupun ana bawa keluarga ana sekali.Selebihnya kami banyak berhubung di YM.Sejujurnya kami tak banyak kenangan.Bukan mudah Im,ia memerlukan ketegasan dan prinsip yang teguh untuk menjaga sesebuah hubungan.”tutur Shauqi dengan tenang.
“Rajin enta chat di YM ye.Kalau ana,telefon aje..senang sikit.”
“Ya,kami banyak chat di YM.Jika dia cuba bertanya hal-hal perasaan,ana cepat-cepat ingatkan  dia bahawa hidup ini adalah untuk hakikat dan kenyataan.Bukan angan-angan semata-mata.Untuk hadapi hakikat dan kenyataan itu,Ilmu dan kesabaran diperlukan.”
“Bagaimana pula dengan calon pilihan keluarga enta?Adakah dia tahu hubungan kalian?”
“Emm..dia juga baik orangnya.Entahlah.Ana tidak mampu untuk buat keputusan apa-apa.Ana serahkan semuanya pada Allah.Moga Dia berikan yang terbaik buat kami.Ana tak mahu melukai hati sesiapa.Siapalah ana ni,status sebagai hambaNya sahaja.”perlahan suara Shauqi,cuba menahan getar.Hatinya sebak tiba-tiba.
 “Menarik kisah cinta enta ni..hehe.Boleh buat novel.”Naim cuba berlawak.Shauqi hanya tersenyum.
Mengimbau kembali  kandungan chatting mereka sebelum dia mengambil keputusan untuk berpisah.
Hanif_shauqi: Ingat Aleeya Sofea ,berpisah tak bermaksud  benci kerana kasih itu adalah anugerah dari Allah yang sangat bernilai.Cintailah seseorang kerana Allah,benci kerana Allah.Bertemu kerana-Nya,berpisah juga kerana-Nya.
Aleeya_Sofea: Emm..Shauqi,saya mungkin tersilap.Awak telah banyak membuka lembaran baru dalam hidup saya.Kadangkala saya tersilap tafsir kebaikan awak kat saya.Baiklah,saya paham kenapa awak mahu hentikan hubungan ni.Sebab kita tak tahu takdir Ilahi,tidak tahu adakah jodoh untuk kita bersama.Sekurang-kurangnya kita  tidak memberi  harapan terhadap sesuatu yang belum pasti.Maafkan saya Shauqi.
Hanif_shauqi: Aleeya Sofea..Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.Saya mengerti perasaan awak.Berdoalah semoga esok masih ada untuk kita.Yakinlah andai ada jodoh takkan ke mana.Buat masa ni penuhilah tuntutan  dan amanah keluarga kita.Percayalah dengan janji-janji Allah..Dia akan membuka kebenaran bila tiba masanya…
Aleeya_Sofea: Sekiranya ada lelaki lain yang hadir dalam hidup saya,adakah awak akan cuba menghalangnya?Atau awak akan menyatakan perkara yang sama?
Hanif_shauqi: Saya tidak akan menghalangnya.Saya serahkan semua ni pada takdir.Sudahla ..saya tak nak berjanji ape2 kat awak.Sampai di sini sahaja hubungan kita.
Aleeya_Sofea: Baiklah.Biarkan hubungan ini berdasarkan takdir yang telah tercatat.Andai penghujungnya  kita sampai ke pulau bahagia,kita akan bersyukur.Andai sebaliknya,saya tetap mendoakan kebahagiaan  buat kita dan berharap agar hati kita ikhlas dan redha dengan ketentuanNya.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik percaturan Allah ini.Maafkan salah silap saya.Assalamualaikum.
Hanif Shauqi  merasakan jantungnya  seakan  terhenti.Itukah ungkapan perpisahan yang perlu ditelannya?Hatinya  terasa sebak yang amat,dadanya bagaikan mahu pecah.Mahu tidak mahu itulah pilihan yang perlu dia lakukan.Demi kebaikan dirinya dan Aleeya Sofea.
“oh Tuhan..adakah benar keputusan aku ini?Aku tidak pasti…Ya Allah Ya Tuhanku,andai kau takdirkan dia untukku,menjadi teman untuk harungi hidup ini,satukan hatinya  hatiku,amanahkan bahagia kepada kami Ya Allah.”Ada sendu dalam bisikan doa itu..

No comments:

Post a Comment