Wednesday, April 11, 2012

Perkenankanlah Ya Rabb..

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



Ya Allah..tidak ku pinta yang menawan,tidak ku harap yang hartawan,bukan jua kerna kedudukan,cuma ku damba insan yang sepadan..Perkenankanlah doaku Wahai Pemilik Cinta Hakiki..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..




Saturday, April 7, 2012

Kawal..

Rasulullah saw bersabda :
“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam berkelahi tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Marah?Siapa tak pernah marah kan..TAPI..nak marah pun berpada-pada.Aku cukup tak suka bila orang suka marah tak tentu pasal,salahkan orang lain tanpa usul periksa..Kawal kemarahanmu,bimbang akan merosakkan diri..Aku juga manusia biasa yang tak lari dari sifat amarah tapi kita harus belajar untuk mengawalnya. :-) banyakkan istighfar,zikrullah..hati akan tenang kembali..InsyaAllah..


Selamat bercuti buat sahabiahku..Jumpa lagi..InsyaAllah..

Wednesday, April 4, 2012

Bicara soal jodoh lagi..

"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.

Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."

Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.

1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.

2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.

Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.

3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di lauh mahfduz sana".

Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.

Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.

4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.

5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.

copy and paste from a motivator who inspire me..credit to him..syukran :-)