Saturday, September 24, 2011

ungkapan yang menyentuh hatiku..

sejauh mana pun 'langkahan' kaki....meninggal pergi suatu 'kedukaan'...tetap akan 'tersingkap'nya sakit dan perit....menerima suatu 'hakikat'...yang tidak akan dapat diubah...dan tidak jua akan berubah....

meski pun demikian....dalam meniti hari2 yang mendatang...perjuangan adalah tentang hari 'esok'....yang pasti 'menanti' di suatu destinasi....'pertemuan' bagi tiap makhluk.....pabila tiba ketika dan saat nya nanti....

kerana Dia tidak akan sesekali menzalimi....dan Dia juga tidak akan sesekali memungkiri janji....

psttt....dengan rasa yang berbagai2..aku harap aku kuat untuk lalui kehidupan aku ni..

Friday, September 23, 2011

kalau la kita sedar dan paham..

salam saiyidul ayyam semua.. :-) arini aku nak share skitla satu ceramah yang bagik aku best..aku yang huhahuha ni pun boleh nangis bila tengok..selamat menonton

Thursday, September 22, 2011

Aku Ingin MencintaiMu..by Edcoustic

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

psstt..aku sangat2 suka lagu ni..syahdu je dengar :-)

Tuesday, September 20, 2011

kesempurnaan kita..

semalam..masa balik dari mall,aku ternampak sorang budak junior ni..mula2 aku tengok biasa ja tapi bila aku tengok kali kedua..Ya Allah..tiba2 rasa sebak sebab budak tu tidak sempurna fizikalnya..ada sedikit kecacatan pada wajahnya..apa yang aku kagum adalah kekuatan semangat yang ada pada budak tu..Sem ni aku banyak jumpa orang yang kurang bernasib baik daripada aku..tapi cam aku ckp tadi la,kekuatan semangat insan2 istimewa ni membuatkan aku kagum dan insaf..Terfikir seketika..bersyukurkah kita yang dilahirkan sempurna di mata manusia ni??kadang2 kita termasuk aku lupa seketika nikmat yang Allah bagik kat kita selama ni..hmm..apapun,jadikanlah apa yang kita lalui sepanjang hidup ni sebagai iktibar untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna di akhirat kelak.. :-)

Monday, September 19, 2011

minggu pertama di kampus..

sedikit coretan sebelum pi kelas..hehe minggu ni bermulalah perjuangan aku sebagai siswi kat u..minggu lepas just santai2 je tapi skang dah kena fokus..harap2  aku istiqamah lah :-) amen minggu lepas agak kelam kabut skit sebab aku terpaksa wat add drop subjek secara manual.Fuhhh..penat jugak la.sebenaqnya jadual aku dah cun melecun dah..tup2 SUBJEK BPFE ANDA DISAHKAN HILANG DARI JADUAL!!hah??..tu yang kalut skit tukar subjek lain untuk ambik sem ni.aku x boleh ambik skit sebab sem2 depan subjek aku lagi tough.lagipun ko-k aku dah habis,so kena pulunnn..Ya Allah,permudahkanlah urusan aku..minggu fes jugak sibuk kemas bilik kononnya..bilik aku dah pasang tikar getah..tu pun nak citer ka hehe..sem ni masih bersama rumet lama,iema..sampai sem depan je sebab dia dah nak abis.lepas ni duk ngan sapa ek?ish..tu pikir kemudian la nookk..muehehehe  ok la..babai..pi kelas dulu

Friday, September 16, 2011

Bingkisan buat insan bergelar sahabat..

currently listening to: Sahabat Sejati(unic)

terasa sedih pulak bila baca status sahabatku  yang akan pulang ke tempat dia belajar.Bukan dekat..nun jauh disana.. ;-( tapi sebagai sahabat aku bangga menjadi sahabatmu yang paling dipercayai.dan aku tahu bahawa setiap permulaan ada pengakhirannya,setiap pertemuan ada perpisahan..Siapalah aku untuk mengatakan "tidak" pada takdir Yang Maha Esa ini..Izah..be strong,redhalah dengan pemergian sahabatmu..belajarlah untuk menerima suratan Ilahi..

Allahuakbar...TERIMA KASIH AWAK!!!.. Allah hantarkan awak kepada saya ketika saya masih jauh terkapai-kapai dan Dia izinkan awak terus sabar membantu saya... Awak tak berganjak...Allahuakbar...Dan Dia pisahkan kita kini supaya kita sama-sama menilai apa yang telah kita kongsikan bersama sepanjang persahabatan kita. Allah sayang kita, .semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi..

"Aku mengenalimu melalui satu nama, memahamimu melalui satu renungan, mengingatmu melalui satu kenangan, dan menyayangimu melalui satu ukhuwah fisabilillah, Bertemu denganmu adalah takdir, menjadi sahabatmu adalah pilihan dan kesempatan, tapi menjadi saudaramu adalah kebahagiaan dan melihatmu tersenyum adalah buah ukhuwah yang tak ternilai, Semoga Allah mengukuhkannya, hanya yang kerana-Nyalah yang mampu bertahan "

sedikit bingkisan buatmu sahabatku..

*terima kasih sebab terima saya seadanya,sanggup susah senang ngan saya.
*terima kasih atas setiap bait2 nasihat yang awak bagi kat saya..
*terima kasih atas kesabaran awak melayan kerenah sahabatmu ini..
*dan...terima kasih tak terhingga kerana hadir dan memilih saya untuk menjadi sahabat awak..kita bertemu sewaktu mencari IlmuNya dan kini kita akan berpisah kerana ilmuNya. juga. pesanku agar dirimu tidak lama2 di tempat orang kerana aku mengharapkan kita bisa mencipta kenangan bersama lagi..

Saturday, September 10, 2011

welcome back...

Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku di sintok,bumi barakah.setelah hampir 4 bulan aku tinggalkannya,now i'm back!!!..new look,new strength,new junior..lagik??hehehe...banyak cite nak share tp skang ni teramat la penat..so..mau zzzz..daaaa ;-)

SPECIAL ENTRY FOR AFIFAH AQILAH..GOODLUCK!!!



haiiii...arini kak izah nak wat special dedication  untuk adik Afifah Aqilah ;-) Alhamdulillah,baiknya Allah sebab satukan hati kita kan.Walaupun tanpa bersua muka,kita diberi kesempatan untuk taaruf..okeylah,kak izah xnk cite panjang2..just want to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR..kak izah nak minta maaf banyak2 kat adik andai sepanjang perkenalan kita akak ada buat adik terguris hati atau ape2 ter la..hehehe..Kak izah doakan adik berjaya dalam peperiksaan UPSR 2011 dengan keputusan cemerlang..5A’s bittaufiq wannajah!!GOODLUCK dear!!!Semoga tabah dan tak putus asa untuk mengejar cita2 mu..Amen Ya Rabb..special song for you dik..Akak sayang adik .. ;-)

Let’s lead the way

Enlighten the future

We share the wisdom

Through the spirit of Islam

We shall excel we shall prevail

Merging faith the knowledge

We’re the khalifah

We’ll fulfill the AMANAH..

jawab soalan dengan tenang dan sabar ye dik

Kata-kata Sheikh Ibnu Athaillah dalam kitab Al-Hikam:
“jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu”