Friday, February 17, 2012

CINTA YAHOO!EP.2

Hujan membasahi bumi.Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Aleeya masih lagi berada di meja studinya.”Alhamdulillah,siap jugak akhirnya tugasanku”katanya.Dia memandang teman sebiliknya,Nurul Shuhada yang sedang lena diulit mimpi.”Selamat malam sahabat.”bisik hati kecilnya.Kemudian dia bangun dan keluar ke bilik air untuk berwudhuk.Solat sunat hajat dan solat sunat istikharah dilakukan.Air matanya mengalir ketika dia membisikkan doa.Sayu terasa.Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi,Pemilik sekalian alam yang  telah mengatur sebuah kehidupan  buat hambaNya.Setengah jam kemudian,dia membuka kembali laptopnya dan butang Yahoo! Mesengger diklik.Ada offline message dari  Shauqi.
Hanif_shauqi: Assalamualaikum,..awak ape khabar Sofea?Camne studi?Senyum selalu ye”
Aleeya_Sofea:Waalaikumussalam..saya sihat,Alhamdulillah.Studi ok je..terima kasih ye.
Butang send ditekan.Nafas dihela.Entah mengapa hatinya berdebar-debar.ʺMesti dia dah tidur”katanya.Tiba-tiba..
Hanif_shauqi is now online.
Aleeya Sofea tersentak!Lidahnya kelu untuk berkata-kata.
Hanif_shauqi: Assalamualaikum Aleeya Sofea.Belum tidur lagi ke?
Aleeya_Sofea: Waalaikumussalam..belum lagi,tapi dah nak tidur.Awak nape tak tido lagi?
Hanif_shauqi: Saya baru je tanya khabar kawan-kawan saya  ni.Kami bincang-bincang bila nak balik         Mesir semula apabila keadaan dah pulih.
Aleeya_Sofea: Jadi camne keputusannya?
Hanif_shauqi: Erm..belum ada keputusan muktamat lagi,tapi ada la perancangan untuk balik pada bulan hadapan.
Aleeya_Sofea: Owh..semoga Allah permudahkan urusan kalian. J Amen..
Hanif_shauqi: Amen ya Rabb..terima kasih ye.
Aleeya_Sofea: Terima kasih?untuk ape?
Hanif_shauqi: Yela..sebab doakan untuk saya.
Aleeya_Sofea: Sama-sama..takde ape2 la Shauqi.saya Cuma harap awak dapat teruskan kembali pengajian awak kat sana.Emm..Shauqi,dah lewat rasanya ni.Saya mintak diri dulu ea.Esok saya ada  kelas pagi.Maaf x dapat chat lama2.Assalamualaikum.
Hanif_shauqi: Ya Allah..Sofea,maafkan saya ye..Awak tido baik2..Jaga diri,jaga iman,senyum sokmo.Wasalam.
Aleeya_Sofea is signed out.

Aleeya Sofea terus merebahkan badannya.Matanya sudah terlalu mengantuk.Sementara itu,Hanif Shauqi masih lagi merenung skrin laptopnya.Ada senyuman terukir di wajahnya.ʺYa Allah..adakah ini satu petanda dariMu?”hatinya bermonolog.Entah mengapa dia selesa berbicara dengan gadis itu walaupun di alam maya sahaja.Terasa ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.Malam itu dia tidak dapat tidur dengan lena memikirkan Aleeya Sofea.

No comments:

Post a Comment