Tuesday, October 22, 2013

Rindu..

Rindu zaman kecik2 dulu..asyik main je..
Rindu zaman sekolah dulu..main jugak..aku tak la pandai sangat,..biasa2 je..
Rindu zaman belajar kat U..pi kelas ngan kawan2..Lepak ngan kawan2,main bowling...join destinasi bajet,.usrah kat Masjid Sultan Badlishah..qiamulail ngan kawan2..
Rindu masa "menghilangkan diri " kat penang..ceh ayattt..masa berpuasa kat Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Ulum kat Mengkuang Titi..adik2 yang sporting sangat..

Sekarang...
Masa  agak terhad untuk bersama kawan2 memandangkan kami telah tamat belajar..ada jugak yang dah kawen..ummi to be..tahniah2.. :)

Tapi..
Kami bakal bertemu kembali untuk Hari Jubah kami!!!InsyaAllah..semoga Allah permudahkan,.aamiin
2/12/2013..Sintok Aku Datang!

Wednesday, June 12, 2013

Kerja..

Alhamdulillah..dah masuk hari kedua aku bekerja..syukur,.semuanya ok..
Cuma tak tahu berapa lama..
Moga Allah permudahkan..
Kena selalu refresh niat,.kerja kerana Allah..
Rezeki..perlu dicari,.bukan menunggu tanpa usaha. :)

chaiyok2..hehe


Wednesday, June 5, 2013

Posto Posto..

Assalamualaikum..lama rasanya tak meng"update" kat blog kesayangan ambe nih..Alhamdulillah wasyukurillah..dapat juga taip akhirnya.. :D Antara sebab nape aku lama x update adalah...

- sibuk menjalani praktikal..(tdoq awai,xdan nak berbelog sgt...alasan)
- broadband yang sgt semput linenyer..asyik loading ja..eheh
- xdak apa nk cerita sangat..( agak keberatan utk cerita apa yang berlaku)
- Laptop aku duk buat perangai manja dia..ngeeee...

Tu la antara sebab musabab dan mujarab aku lama x update..hehe..ok?
skang ni duk pulun ler sgt  menyiapkan final report sebelum dihantar kpd  pensyarah..Perasaan balik semula ke Kedah?Best!..lama tak jejalan jauh mcm ni.. :) Tadi terserempak ngan kawan ms blaja,.dia kata x cam aku sgt sebab aku dah berubah..erk...
Alhamdulillah...

Kedatangan kali ni..macam2 rasa bila mai sini..ehmm..Ya Allah..Permudahkanlah..Di sini tempat aku jatuh,.tempat aku bangun kembali..Mengharap Allah meredhai segalanya..

Cuti sekolah aka minggu orang kawen..tahniah kepada sahabat2 yang telah beralih fasa..hehe
Bila diitanya " Ko bila plak?".. angkat bahu..senyum kambing gurun.. ^______ ^
Doakan sahaja ya..





Sunday, February 3, 2013

Miss Stalker




"Awak, bukan saya taknak “friend” ngan awak,tapi saya takut awak remove saya lagi.dan paling saya tak lupa ialah hari-hari saya stalk FB awak, walaupun tanpa komen, tanpa like status di wall FB awak.saya takda kekuatan untuk itu..cukuplah melihat sahaja.saya harap awak faham perasaan saya”

Sengaja mendiamkan diri,sengaja menjauh,sengaja termangu dan terdiam disitu..banyak dugaan di kiri dan kanan..saya takut jatuh hati..takut terlalu mencintai..takut menyakiti dan disakiti..kerana hati ini milik Ya Khalik yang hakiki..tiba masa..saya akan pergi..Jalan jodoh kita ada..tapi awk sahaja takut berhadapan dengan kenyataan itu..saya sedang membina empayar masa depan untuk bersama awak sedang awak tak cuba utk menjengah isi hati saya..saya masih setia menunggu awak..sejak dulu lagi..tidak putus berdoa supaya awak tahu yang saya masih seperti dulu..setia menanti,selalu disini..tanpa meminta apa-apa lagi.. saya harap satu masa nanti wanita yang akan menghabiskan hari2 mendatang dalam hidup awak adalah SAYA..saya adalah orang yang awak pilih untuk melengkapkan kekurangan awak,.menjadi sayap kiri awak..moga kita berjodoh..aamiin..


Saya x minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Saya x minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang…Boleh?

Saya penat awak..biarlah Allah sahaja yang tentukan semuanya..jika jalan takdir pertemuan itu tidak dapat menyatukan hati kita dan dia.Pasti ada hikmahnya..Put our trust in HIM.









Thursday, January 31, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA.




1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga darisyurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. :)

Sunday, January 20, 2013

Last Program..

Alhamdulillah..akhirnya selesai juga menjawab soalan utk paper terakhir..(dah lama sebenaqnya)..no more class,assignment,exams..dan semalam adalah program terakhir aku kat uum ni..Yeayy! semalam adalah program bakti siswa yang dianjurkan oleh MPP..hee..kau ado? program "SEMARAK" tu buat kat sekitar kedah jadan hanya sehari..even penat sgt2 tapi ckup hepi dapat berkhidamat buat masyarakat kat Bakar Arang,Sg. Petani.. :) macam2 benda yang aku belajar..Daebak!

Dan...
Arini adalah hari terakhir aku di bumi barakah sintok.. :( setelah 3 tahun setengah aku kat sini,.tiba masanya utk aku cari teman pengganti..ehh??xdak la..tiba masanya utk aku balik pahang la plak.."home sweet home"
Perasaan??..nmpk benor nipunya klu aku cakap x sedih langsung..last payper aritu pun dah nangis sbb pasni mmg agak sukar utk jumpa ngan kawan2 batch aku..selama 3 tahun setengah kita bersama2..bila berpisah utk tempoh yg agak lama ni,rasa sedih kott..Semoga Allah melindungi sahabat2ku  tersayang ini..Amiin..

Jutaan terima kasih buat warga uum especially pensyarah2 aku yg tak jemu2 bagi ilmu,nasihat,tunjuk ajar..buat staff DPP EON atas jasa baik kalian sediakan kemudahan utk aku selama berada kat sini..buat EONIST..thanks jugak,.buat sahabat2ku tersayang,syukran kathira  sebab terima aku jadi sahabat..kita ketawa bersama,menangis bersama..aku akan rindui korang..Ukhwah Fillah Abadan Abada..buat sahabat2 yang bakal bertukar status tu..Selamat ya!jadilah zauj/ zaujah yang soleh/solehah..jgn lupa doakan aku juga moga berjumpa jodoh yang terbaik buatku..syukran juga buat naqibah usrah yang sudi melapangkan hati menerima kehadiran aku..walaupun jap je..impaknya..Subhanallah..manisnya usrah bersama Dr Hasni..syukran teman2 usrahku juga yang tak jemu2 bagi nasihat,kongsi cerita..bulatan gembira yang osem bagi aku!..Alhamdulillah..


~Di sini ku ukir kenangan..Kedah di hatiku~

Sayonara..bon voyage UUM  Sintok..moga kita bertemu lagi..

mood: final packing yang memberi aku 1001 rasa..Ya Allah..permudahkanlah..

Friday, January 4, 2013

New Year,New Spirit..

Assalamualaikum semua..holla..update2 lagik!haha..ni la keja aku time keja byk..
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2013" kat anda semua yang sudi membaca blog picisan ambe ni..syukran na,, : D
Sempena tahun baru ni..walaupun tahun baru islam adalah bulan muharram lepas aku harap dan doakan agar dilimpahkan kebaikan oleh Allah S.W.T untuk aku,keluarga,saudara-mara,jiran tetangga,sahabat2,cikgu,pensyarah dan semua la yang mengenali aku sama ada secara langsung or tak..Amiin..

New Year ni..:-
-Habiskan final exam..
-Jalani praktikal dengan jayanya..
-Hantar report
-Masuk madrasah/pondok..nak tambah ilmu agama yang x seberapa ni..
-Dapat kakak ipar/abg ipar baru..hehe (ntah2 aku dulu teeettttt )
-Dapatkan lesen..(even aku la ni tgh pening pasal lesen..)
-Jadi lebih baik dari tahun2 lepas..dan terus istiqomah atas pilihan aku ni.. :)
-Jadi lebih3 kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang..INSYAALLAH

Doakan ambe yer awop2 semua..(mengharap kebaikan dan dipermudahkan urusan sepanjang tahun ini)

-kredit to pak cik google-

 "Ya ALLAH tiada yang mudah melainkan ENGKAU jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan ENGKAU akan hilangkan"....Amiin Ya Rabb

Sunday, December 30, 2012

"Jual Ikan"

Update sekejap..
Hmm..kekadang rasa aku  ni selfish  sangat..tak hiraukan langsung tentang orang lain..Maafkan aku!
Bukan apa..terlalu memikirkan tentang orang lain sampai lupa nak luangkan masa untuk diri sendiri..sebab tu sekarang aku banyak mendiamkan diri..lebih suka mendengar dari cakap something yang boleh buat orang terluka..lagik parah..tapi diamku bukan bermakna aku dah taknak ambik tahu pasal orang lain..Aku tak punya kuasa magis untuk selesaikan masalah orang lain, tapi aku percaya pada kuasa doa..

Ya Allah..
Bagi aku kekuatan Ya Rabb..
Aku penat..biarlah orang nak kata apa..
Sebab hanya Kau yang memahamiku..



Jom audit diri.. 

mood : bila rindu-rinduan menyapa..waa..terasa nak balik je sekarang! miss banyak benda kat umah..Sabaq na.. kita berjuang dulu untuk final sem,.Ayuh warga sintok..fighting!!


Sunday, December 9, 2012

Sweet Sunday..




Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

syahdunya dengar lagu ni.. :)

Friday, November 23, 2012

Sunyi..


Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.
Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.
Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.
“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.
“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.
“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.”
“Mengapa?”
“Isteri saya telah meninggalkan rumah kami kerana memburu cinta barunya!”
Saya benar-benar terkejut. Bayangkan, lelaki yang berada di hadapan saya sekarang bukan muda. Dia telah berusia. Malah lebih tua daripada saya. Sejak awal perbualan kami dia telah memaklumkan usianya… 65 tahun! Dalam hati saya sudah terbayang, ini mesti kes isteri muda meninggalkan suami tua.
“Berapa umur isteri tuan?” tanya saya untuk mendapat kepastian.
“53 tahun,” jawabnya. Saya tambah terkejut. Wah, ini luar biasa. Cinta baru ‘orang lama’.
“Dia terpaut dengan teman sepejabatnya. Dia menuntut fasakh daripada saya sejak setahun lalu.”
“Alasannya?”
“Penderaan mental!”
Saya terdiam. Bunyi kipas di dinding masjid itu sahaja yang menemani kami. Sepi. Sungguh sunyi… rumah Allah pada waktu-waktu begini. Mungkin, sesunyi hati seorang lelaki yang kehilangan cintanya.
“Tuan tidak melepaskannya?”
“Tidak akan. Saya akan terus bertahan. Walaupun sekarang menuntut cerai di mahkamah dan telah pun lari dari rumah.”
“Subhanallah!” saya terpaku kaku menghadapi realiti rumah tangga masa kini. Sangat ‘daring’ rupanya karenah manusia yang bercinta. Benarlah seperti yang pernah saya tuliskan dulu: Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, cinta adalah satu kuasa luar biasa yang tidak ada tandingannya. Sayangnya, ‘kuasa luar biasa’ itu sering disalah gunakan. Kuasa yang luar biasa itu sering membawa kemusnahan. Media massa melaporkan betapa ramai remaja wanita Melayu paling ramai lari dari rumah mengikut kekasih hati, lahirnya ramai anak luar nikah angkara cinta zina, bayi dibuang merata-rata akibat cinta terlarang… dan kini, cinta telah meruntuhkan rumah tangga manusia yang telah bergelar datuk dan nenek.
“Apa yang boleh saya buat ustaz? Pujuk telah dipujuk. Marah sudah dimarah. Namun dia tidak mahu kembali…”
“Selalu ke masjid macam ni?” kilas saya untuk memberi ruang pada diri untuk merasa dan berfikir. Ini bukan soalan mudah. Tetapi ia  menagih empati tahap tinggi yang benar-benar terpantau dari dalam hati nurani yang paling suci. Sesungguhnya, saya tidak mampu.
“Sejak akhir-akhir ini, beginilah saya ustaz. Harta walaupun tidak lumayan tetapi sudah dikira lebih daripada cukup. Saya tak perlu bekerja lagi. Semua cukup. Segala-galanya berjalan dengan baik sekiranya tragedi ini tidak menimpa…” keluhnya.
“Mengapa tiba-tiba ini terjadi?” soalnya lagi.
“Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya. Saya rasa inilah jawapannya pada soalan yang awak tanyakan. Ingat lagi cerita ‘Wak’ dalam entri itu? Dia kembali kepada cinta Allah. Jangan ada dendam. Jangan ada marah… walaupun kita rasa ditipu dan dikecewakan. Usahakan kembali untuk mendapat cintanya, tetapi jika sudah ditemui jalan buntu. Berfikirlah semula… solat Istikharah, apakah perlu perkahwinan ini diteruskan?”
“Ustaz rasa patut saya ceraikan dia?”
“Saya tidak mampu membuat keputusan bagi pihak awak. Awak lebih faham situasi yang sedang dihadapi. Lagipun saya tidak mendengar daripada pihak yang lagi satu. Mahkamah yang lebih berhak untuk memutuskannya. Kita sekarang di masjid, untuk mencari ketenangan bukan mencari keadilan. Ketenangan untuk menghadapi ujian hasil akrabnya perhubungan dengan Allah – Tuhan yang mengurniakan ujian itu untuk kita.”
“Apa pesan ustaz?”
“Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”
“Saya sepi ustaz…”
“Kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi. Bila terpisah dengan Allah, kita akan sunyi  walaupun semua orang yang tersayang masih di sisi. Kita boleh kehilangan seorang isteri, tetapi kita tidak mampu ‘kehilangan’ Allah dengan melupakan-Nya.”
“Isteri saya akan kembali?”
“Itu tidak pasti. Hati orang… mana mungkin kita menentukannya. Tetapi yang pasti, tuan telah kembali. Kembali kepada Allah, kembali ke rumahNya ini… hati orang yang berada di rumah Allah tidak akan sunyi.”
Saya teringat bagaimana Rasulullah SAW sendiri mengasingkan diri di tingkat atas masjid Nabawi ketika baginda diuji oleh ragam isteri-isterinya. Begitulah tawaduknya baginda. Baginda pun kembali kepada Allah sewaktu diuji.  Lantaran itu, Allah telah  menurunkan surah Al Tahrim ayat 5, sebagai penghibur kepada jiwanya. Firman Allah itu bermaksud: “Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
Ya, kehilangan acap kali menemukan kita kepada sesuatu yang lebih berharga. Itulah ajaibnya cinta Allah dalam hati hamba-Nya. Hati suami yang mencintai Allah selamanya tidak akan sunyi. Sekiranya dia benar-benar mencintai Allah, dia akan tenang, sama ada ketika isteri masih di sisi atau sudah tiada lagi. Justeru, apabila diuji, kembalilah ke rumah Allah, dan jangan lupakan doa ini: ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “
Waktu menghampiri jam 11 tengah hari. Saya terpaksa pergi. Ketika melangkah ke luar masjid, mata saya sempat melirik ke arah lelaki tersebut. Dia masih duduk bersimpuh di sana, dengan Al Quran yang terus terbuka di tangannya.  Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hatinya yang sunyi. Berikanlah kepadanya cintaMU yang sejati! Agar, kami tidak menjadi lelaki-lelaki yang sunyi. Amin.

CnP from: genta-rasa

Pssttt..cam kena ngan diri aku..thanks ustaz.. :)
Bila rasa stress,semak balik hubungan kita dengan DIA..
InsyaAllah..ada jalannya..