Sunday, December 30, 2012

"Jual Ikan"

Update sekejap..
Hmm..kekadang rasa aku  ni selfish  sangat..tak hiraukan langsung tentang orang lain..Maafkan aku!
Bukan apa..terlalu memikirkan tentang orang lain sampai lupa nak luangkan masa untuk diri sendiri..sebab tu sekarang aku banyak mendiamkan diri..lebih suka mendengar dari cakap something yang boleh buat orang terluka..lagik parah..tapi diamku bukan bermakna aku dah taknak ambik tahu pasal orang lain..Aku tak punya kuasa magis untuk selesaikan masalah orang lain, tapi aku percaya pada kuasa doa..

Ya Allah..
Bagi aku kekuatan Ya Rabb..
Aku penat..biarlah orang nak kata apa..
Sebab hanya Kau yang memahamiku..



Jom audit diri.. 

mood : bila rindu-rinduan menyapa..waa..terasa nak balik je sekarang! miss banyak benda kat umah..Sabaq na.. kita berjuang dulu untuk final sem,.Ayuh warga sintok..fighting!!


Sunday, December 9, 2012

Sweet Sunday..




Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

syahdunya dengar lagu ni.. :)

Friday, November 23, 2012

Sunyi..


Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.
Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.
Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.
“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.
“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.
“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.”
“Mengapa?”
“Isteri saya telah meninggalkan rumah kami kerana memburu cinta barunya!”
Saya benar-benar terkejut. Bayangkan, lelaki yang berada di hadapan saya sekarang bukan muda. Dia telah berusia. Malah lebih tua daripada saya. Sejak awal perbualan kami dia telah memaklumkan usianya… 65 tahun! Dalam hati saya sudah terbayang, ini mesti kes isteri muda meninggalkan suami tua.
“Berapa umur isteri tuan?” tanya saya untuk mendapat kepastian.
“53 tahun,” jawabnya. Saya tambah terkejut. Wah, ini luar biasa. Cinta baru ‘orang lama’.
“Dia terpaut dengan teman sepejabatnya. Dia menuntut fasakh daripada saya sejak setahun lalu.”
“Alasannya?”
“Penderaan mental!”
Saya terdiam. Bunyi kipas di dinding masjid itu sahaja yang menemani kami. Sepi. Sungguh sunyi… rumah Allah pada waktu-waktu begini. Mungkin, sesunyi hati seorang lelaki yang kehilangan cintanya.
“Tuan tidak melepaskannya?”
“Tidak akan. Saya akan terus bertahan. Walaupun sekarang menuntut cerai di mahkamah dan telah pun lari dari rumah.”
“Subhanallah!” saya terpaku kaku menghadapi realiti rumah tangga masa kini. Sangat ‘daring’ rupanya karenah manusia yang bercinta. Benarlah seperti yang pernah saya tuliskan dulu: Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, cinta adalah satu kuasa luar biasa yang tidak ada tandingannya. Sayangnya, ‘kuasa luar biasa’ itu sering disalah gunakan. Kuasa yang luar biasa itu sering membawa kemusnahan. Media massa melaporkan betapa ramai remaja wanita Melayu paling ramai lari dari rumah mengikut kekasih hati, lahirnya ramai anak luar nikah angkara cinta zina, bayi dibuang merata-rata akibat cinta terlarang… dan kini, cinta telah meruntuhkan rumah tangga manusia yang telah bergelar datuk dan nenek.
“Apa yang boleh saya buat ustaz? Pujuk telah dipujuk. Marah sudah dimarah. Namun dia tidak mahu kembali…”
“Selalu ke masjid macam ni?” kilas saya untuk memberi ruang pada diri untuk merasa dan berfikir. Ini bukan soalan mudah. Tetapi ia  menagih empati tahap tinggi yang benar-benar terpantau dari dalam hati nurani yang paling suci. Sesungguhnya, saya tidak mampu.
“Sejak akhir-akhir ini, beginilah saya ustaz. Harta walaupun tidak lumayan tetapi sudah dikira lebih daripada cukup. Saya tak perlu bekerja lagi. Semua cukup. Segala-galanya berjalan dengan baik sekiranya tragedi ini tidak menimpa…” keluhnya.
“Mengapa tiba-tiba ini terjadi?” soalnya lagi.
“Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya. Saya rasa inilah jawapannya pada soalan yang awak tanyakan. Ingat lagi cerita ‘Wak’ dalam entri itu? Dia kembali kepada cinta Allah. Jangan ada dendam. Jangan ada marah… walaupun kita rasa ditipu dan dikecewakan. Usahakan kembali untuk mendapat cintanya, tetapi jika sudah ditemui jalan buntu. Berfikirlah semula… solat Istikharah, apakah perlu perkahwinan ini diteruskan?”
“Ustaz rasa patut saya ceraikan dia?”
“Saya tidak mampu membuat keputusan bagi pihak awak. Awak lebih faham situasi yang sedang dihadapi. Lagipun saya tidak mendengar daripada pihak yang lagi satu. Mahkamah yang lebih berhak untuk memutuskannya. Kita sekarang di masjid, untuk mencari ketenangan bukan mencari keadilan. Ketenangan untuk menghadapi ujian hasil akrabnya perhubungan dengan Allah – Tuhan yang mengurniakan ujian itu untuk kita.”
“Apa pesan ustaz?”
“Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”
“Saya sepi ustaz…”
“Kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi. Bila terpisah dengan Allah, kita akan sunyi  walaupun semua orang yang tersayang masih di sisi. Kita boleh kehilangan seorang isteri, tetapi kita tidak mampu ‘kehilangan’ Allah dengan melupakan-Nya.”
“Isteri saya akan kembali?”
“Itu tidak pasti. Hati orang… mana mungkin kita menentukannya. Tetapi yang pasti, tuan telah kembali. Kembali kepada Allah, kembali ke rumahNya ini… hati orang yang berada di rumah Allah tidak akan sunyi.”
Saya teringat bagaimana Rasulullah SAW sendiri mengasingkan diri di tingkat atas masjid Nabawi ketika baginda diuji oleh ragam isteri-isterinya. Begitulah tawaduknya baginda. Baginda pun kembali kepada Allah sewaktu diuji.  Lantaran itu, Allah telah  menurunkan surah Al Tahrim ayat 5, sebagai penghibur kepada jiwanya. Firman Allah itu bermaksud: “Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
Ya, kehilangan acap kali menemukan kita kepada sesuatu yang lebih berharga. Itulah ajaibnya cinta Allah dalam hati hamba-Nya. Hati suami yang mencintai Allah selamanya tidak akan sunyi. Sekiranya dia benar-benar mencintai Allah, dia akan tenang, sama ada ketika isteri masih di sisi atau sudah tiada lagi. Justeru, apabila diuji, kembalilah ke rumah Allah, dan jangan lupakan doa ini: ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “
Waktu menghampiri jam 11 tengah hari. Saya terpaksa pergi. Ketika melangkah ke luar masjid, mata saya sempat melirik ke arah lelaki tersebut. Dia masih duduk bersimpuh di sana, dengan Al Quran yang terus terbuka di tangannya.  Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hatinya yang sunyi. Berikanlah kepadanya cintaMU yang sejati! Agar, kami tidak menjadi lelaki-lelaki yang sunyi. Amin.

CnP from: genta-rasa

Pssttt..cam kena ngan diri aku..thanks ustaz.. :)
Bila rasa stress,semak balik hubungan kita dengan DIA..
InsyaAllah..ada jalannya..


Thursday, November 22, 2012

Mari Doakan Mereka..








Jom pakat2 doa untuk saudara2 kita di sana..Moga Allah beri mereka kekuatan untuk hancurkan musuh2 Islam.

# Isu yang hangat diperkatakan..diberi tumpuan..

Sunday, November 18, 2012

Thanks awop..

Alhamdulillah..apa yang aku nk makan sgt dari minggu lepas akhirnya dapat jugak..Terima kasih awop sebab tolong belikan ambe KFC td..huhu..dalam sibuk2 tu awop sempat tunaikan hajat ambe..agaknya awop xnak tengok ambe kempunan kfc..haha..alahaiii..Moga Allah balas kebaikan awop.. :) Jom sambung study!!

Thursday, November 15, 2012

Sebiru hari ini..


sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini..

Selamat meneruskan perjuanganmu di ardul anbia..

* bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah*

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan.. -genta-rasa.com-

mood : Rasa sedih plak semalam..mula2 ok ja,balik dari KLIA sebak terus..Mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi..InsyaAllah..

Tuesday, November 6, 2012

AwOp..


-sekadar hiasan-
Awop..
Terima kasih sebab ceriakan hari2 ambe..Awop kritik macam2 kat ambe..cakap itu..cakap ini..ambe nk nangis,tapi ambe tahan je..bila fikir2 balik..ada benarnya juga "bebelan" awop tu..Awop ngan ambe mmg berbeza..benda yang awop tak suka tu la paling ambe suka..mcm mana la ambe boleh sabar ngan awop..?? huhu..Paling ambe terharu bila awop hormat cara ambe berpakaian..Alhamdulillah..awop sokong ambe.. :D Moga ukhwah berkekalan selamanya..Selamat malam..



psstt..tetiba suka pulak aku ngan perkataan "Awop" dan "Ambe" ni..maafla klu salah guna..aku budak baru belajar ckp ganu..


Sunday, November 4, 2012

Buat Imam Hati :)


Yang ditakut bukan jatuh cinta,
Tapi jatuh pada org yg salah,

Yang ditakut bukan kerna tidak mampu memliki,
tetapi takut bila kehilangan,

Yang ditakut bukan berjauhan,
Tetapi jarak kita dengan Allah renggang,

Yang kita takut bukan kita menangis keseorangn,
tetapi bila kita bahagia tanpa ketenangan..

*Bila brtemu hal perasaan, selesaikannya gunakan hati
Tapi jgn terus ketepikan akal, juga kehendak Pencipta... Kerna kita bertaraf hamba ALLAH swt :)

Segalanya aku serah padaNya, Pencipta rasa Cinta ini...


mencari buku ini..kredit pic to Mr.Google

"Ya ALLAH, segala pemberian-Mu yang kusayangi, jadikan ia kekuatan untukku mencintai-Mu. .segala yang Kau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat kusayangi, jadikan ia ruang untuk CINTA-MU dalam diriku.."

Thursday, November 1, 2012

Y.O.U



"You can close your eyes to things you don't want to see, but you can't close your heart to
the things you don't want to feel."

You've got to take the good with the bad, smile with the sad, love what you've got, and remember what you had. Always forgive, but never forget. Learn from mistakes, but never regret..



Thursday, October 18, 2012

Tiba Masanya..




..Langit redup seolah mengerti apa yang bermain dihati,
Hujan gerimis seolah menangis pemergiaanmu
Hilang lah satu penyeri dalam hidup ini...”



ApaBIla kaU dLm KeDuKaAn SdAngKan tiAdA tiADa tEMpaT Utk meLAriKAn diRi,
MENGADULAH KPD DIA YANG SATU...
ApABila KesEoRangN & keDUkaAn iTu sPErti tiAdA pengHuJUngnYa, seRAhKAn dIRimu kPd DIA...SATU-SATUNYA TEMPAT YANG BOLEH DIGANTUNG HARAPAN...
DaN ApbiLa paRUt LuKAmu dICEdeRAkn lAgi, hATimU diCAkaRI keBImBAngAn, 
INGATLAH BAHAWA DIA SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR...

-Al-Fatihah-


p/s.. sabar byk2 ye awak..

Saturday, October 6, 2012

Bersalah..

Ya Allah..
Bersalahnya aku rasa..
Bersalah pada mereka..
Bantu aku Ya Rabb..lemahnya aku saat ni..

* Belajar dari kesilapan.. :'(

Thursday, October 4, 2012

J.o.d.o.h



“Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami

Ya ALLAH,
aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya ALLAH, aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus 
ke dalam kemaksiatan dan perzinaan.

Ya ALLAH,
jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan 
sesuatu yang terbaik disisi_MU, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat, maka aku memohon kepada_MU Ya ALLAH agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisi_MU.
Setiap yang terbaik di sisi_MU, pasti terbaik buat diriku Ya ALLAH.

Namun Ya ALLAH, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba, aku memohon kepada_MU agar KAU tunjukkan jalan" untuk aku 
memiliki jodohku Ya ALLAH. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku 
tuntutan"_MU yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya ALLAH.

Ya ALLAH,
Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, 
jauhilah aku daripada segala kemaksiatan di dunia ini, 
jauhilah aku daripada perkara" yang tidak dapat memberikan manfaat, 
jauhilah aku dariapda perkara" yang Engkau murkai dan perkara" yang menyesatkan diriku Ya ALLAH.
.

Ya ALLAH ya Tuhanku,

Seandainya dia adalah jodohku, KAU bukakanlah hati dia Ya ALLAH 
untuk menerimaku, KAU dekatkan lah hati dia dengan hatiku Ya ALLAH , 
KAU permudahkanlah jodoh ku dengan dia Ya ALLAH
serta KAU satukanlah kami Ya ALLAH dalam satu ikatan suci yaitu ikatan perkawinan..

Ya ALLAH ya Rahman, ya Rahim

Seandainya dia bukan jodohku, kurniakanlah padaku ketenangan 
dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku 
diatas muka bumi ini Ya ALLAH. Dan aku mohon pada_MU Ya ALLAH,
KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar" ikhlas bisa menerimaku
dengan seadanya aku, taat akan perintah_MU Ya ALLAH, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..

Amin ya rabbal alamin...........

*CnP

Apabila mendengar khabar gembira  dari sahabat2 yang sudah mempunyai bakal imam masing2,aku  tumpang happy untuk diorang..walaupun dalam hati tu Allah ja tau..Aku??Ada jodoh ada la..(ayat selamat)..Kerana jodoh itu rahsia Allah,aku cuma doakan dapat zauj yang boleh bimbing aku hingga ke syurgaNya..Kepada  suami n isteri solehah sekalian,.mabruk ya!!Semoga kalian bercinta hingga ke syurga.. :)

Mood : Pas pi kursus kawen aritu..aku rasa..hmmm..ntahla..HE is writing the best love story for me..pray for me okey :)

Saturday, September 22, 2012

kongsikan sedikit perasaanmu..




HARAPAN
by Devotees

Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan

Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi

Moga hidayah kan 
tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan

Demi masa yang ditunggu kitakan bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan


kita tidak sendirian disini..katakan dalam hati "ada yang memerhati"..

kali pertama aku dengar lagu ni..ntah napa rasa sebak ja..adakalanya terasa  aku terlalu mementingkan diri hingga terlupa ada yang memerlukan perhatian dariku..Astaghfirullah
Saudaraku ukhwah fillah..ayuh bersatu menghadapi cabaran mendatang..Kalam suci menyebut:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."– Surah Al-Imran ayat 139

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia..

p/s..time to sleep..see u again,jaga diri,keep smiling..


Friday, September 14, 2012

Teruskan..

Alhamdulillah...kembali menulis..agak lama aku tinggalkan blog kesayangan hamba ni..Minggu pertama kuliah yang agak sibuk walaupun xdak assignment. :) Harapan semester ni :

* Lebih matang dari sem2 lepas memandangkan aku adalah senior kepada adik2 kat Dublin ni..
* Lebih fokus,.xnak main2 dah.. :p
* Lebih tabah dan kuat semangat untuk lalui cabaran mendatang..InsyaAllah..
* Dapat tempat praktikal yang tak terlalu jauh,tak terlalu dekat.. :) Semoga Allah permudahkan urusanku..
* Cuba untuk berkongsi ilmu,pengalaman hidup yang tak seberapa dengan junior2 kos,DPP
* Memanfaatkan tempat2 menarik kat utara ni sebab pasni maybe susah nak mai sini dah..Cuti2 bajet..hehe
* Resign semua jawatan kat Dublin sebab dah tak larat...erkk..bagi peluang pulak kat adik2  yang lain..
* Kutip ilmu sebanyak mungkin..Fighting!!!
 * Pi kursus kawen.. sebagai persediaan...huhu xdak la..kat luar agak mahal..so kena pi sebelum keluar dari sini
* Dapatkan lesen memandu..(asyik tunda ja dari sem lepas)
* Rapatkan ukhwah dengan teman seperjuangan,sahabat -sahabiah,adik2 junior baru dan lama..Bina   jambatan hati..Moga Allah Redha..aamiin.. 
  

Monday, September 10, 2012

I'm Back!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.. :)
Alhamdulillah..lepas cuti lebih kurang 2 bulan,aku masih dipinjamkan umur oleh Yang Maha Esa untuk kembali ke kampus..
Banyak benda nak share tapi bukan hari ni la..ada masa bertemu lagi..InsyaAllah..
Aku nak ucapkan...

"WELCOME BACK SINTOKIAN"..hihi..and "WELCOME" to junior2.. :)Semoga ditabahkan hati untuk meneruskan perjuangan di bumi barakah ini,.PUT YOUR TRUST IN ALLAH,HE KNOWS BEST..


pssst..Bergelar "super senior" tak bermakna aku tahu segalanya yang ada kat sni,juga bukan tiket untuk sombong..Nauzubillah..cuma aku bersedia untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni bersama adik2 tersayang..Pray for me to keep struggling..

Friday, July 6, 2012

Mencari Yang Maha Satu..

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu


Friday, June 29, 2012

Monolog hati..


"Adakalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari mengenggam sebuah hati...."

Dear heart..
please be strong..
Banyakkan sabar..
Kerana ini adalah ketentuanNya..
Hadapi hari2mu dengan penuh syukur..
Kerana masih ramai lagi yang kurang bernasib baik darimu..
Duhai Hati..
Teruskan tersenyum..
Meski kau berduka melara..
Kerana Allah ada penawarnya..
Duhai Hati..
Janganlah kau berhenti berdoa pada Ilahi..
Kelak Allah akan memberikanmu yang jauh lebih baik lagi..
Kerana semua orang di atas muka bumi ini,layak untuk bahagia..



la takhaf wala tahzan..



Sunday, June 24, 2012

Down..


Ya Allah..rasa down bila tau carrymark td..aku antara yang terendah dlm group aku..TAPI..rencana Allah kita tak tau kan..masih ada masa untuk aku ubah takdir..dengan USAHA seMAKSIMA mungkin..Ya!! USAHA!!! La haula wala quwwata illa billah..( Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.) YA Allah..Guide me all the way..ameen..

Saturday, June 23, 2012

KISAH TIGA SAHABAT TERPERANGKAP DI DALAM GUA



DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan (tawassul) amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).

Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan aku telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sangat-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari).

-hanya sekadar gambar-

mood : 1 paper lagi..go go go!!

Sunday, June 17, 2012

Buatmu sahabat..

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Perginya dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

By : Devotees


cetusan pena buat renungan bersama..moga membentuk diriku dan dirimu..InsyaAllah

Saturday, June 16, 2012

Mencari Jalan Bahagia..



MAKNA BAHAGIA…

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.



 Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya. 

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak wujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Mencari bahagia melalui :

-Beriman dan beramal soleh.
-Banyak mengingat Allah 
-Bersandar kepada Allah
-Sentiasa mencari peluang berbuat baik
-Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
-Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri
-Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita. Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan, jangan bersedih :) Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar. “rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…

Hasbunallah wanikmal wakil Nikmal maula wanikmal Nashir, wahdina ila syirathil mustaqim
" Cukuplah Allah Taala untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Dia sebaik-baik tuan/raja dan sebaik-baik penolong. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus." 



Artikel ni sangat2 memberi kesan kat aku..terima kasih pada sahabat yang sudi tulis cerita dan memberi nasihat padaku..Semoga Allah membalasnya.. 

mood : Ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.Aku tidak sendirian disini.Dengan atau tanpa cinta dia, aku harus tetap melangkah untuk teruskan kehidupan sehingga aku kembali kepadaNYa..Ada hikmah yang tersembunyi disebalik ujian ini :)

nota: dipetik dari artikel ustaz pahrol mohd juoi






Friday, June 15, 2012

Biarkan Takdir itu Berbicara..


kadang-kadang..
kerana terlalu sayang dengan sesorang,
Allah pisahkan kita dengan dia untuk uji kita,
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA?
untuk sedarkan kita
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi lebih dari segalanya
dan kadang-kadang..
Allah ambil juga orang yang kita tak hargai,
Saat Allah pisahkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal..
Itu bukan untuk menghukum kita,
Tetapi untuk memberi pengajaran
bahawa  bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan ambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..
Subhanallah...

"Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way"

Pesan seorang sahabat.."kalau awak rasa itu yang terbaik untuk awak,buatla macam tu..saya rasa awak perlu berhenti berharap,lepaskan dia pergi..kita ada banyak masa lagi dihadapan,perkara yang lepas biarkan berlalu..jangan terlalu sedih sehingga kita lupa kepada Pencipta kita..mungkin Allah datangkan dia untuk ajar kita erti tabah..kita perlu kuat untuk hadapi semua ni..ni tarbiyah dari Allah..senyumlah kerana hidup ini tak layak untuk terus ditangisi.."



-kali pertama aku menyuarakan apa yang terpendam-
mood: sangat sedih tapi..aku perlu kuat..Moga Allah redha..