Thursday, October 20, 2011

Muhasabah..kisah kita


-Bila aku tanya apa yang perlu aku buat untuk hilangkan rasa jeles ni..awak jawab: IKHLASkan persahabatan ini!!>tegas tapi penuh pengertian..<
-Bila aku cakap aku selalu buruk sangka..awak jawab: Dah tau salah nape buat jugak??>pedas tapi benar..toingg<
-Bila aku cakap aku dilanda ujian itu ini..awak jawab:Ini kan sunnah orang berjuang!!Sabar la.>tenangnya aku bila dapat jawapan mcm tu,awak tak pernah berhenti untuk motivasi aku<
-Bila aku cakap aku ni jahat..awak jawab:saya tak pernah jumpe org yang lembut dan baik hati cam awak,cam pokok semalu,.saya tak salahkan awak,mungkin nature awak camtu!>terharu campur malu..awak sabar je bila  aku fikir negatif<
-Bila aku cakap aku tak tau camne bila awak xde nanti..awak jawab:Awak kan kuat!!Allah takkan uji diluar kemampuan hambaNya.Saya tetap doakan dan sokong awak..>semangat awak akan sentiasa bersama aku walaupun kita terpisah,InsyaAllah..<
~Awak..aku pun tak pernah jumpe orang sebaik awak la!!!baik sangat..aku taknak hilang sahabat cam awak.

Awak..saya betul2 mintak maaf sebab banyak buat salah kat awak,.awak la sahabat yang saya cari selama ni..Moga Allah tautkan hati kita..Amen..

Keserasian roh kita telah bersatu dengan izin-Nya,jadi..
JADIKAN PERTEMUAN DAN PERPISAHAN INI JUGA  KERANA ALLAH..ilal liqa’

Thursday, October 6, 2011

hakikatnya..

aku ni nampak je kecik..tp kuat makan!!!yeke

aku ni peramah tapi susah skit nak tegur orang especially yang aku tak bopa nak kenal..

aku suka menangis walaupun hal kecik je  ;-( tula kelemahan aku hanya orang tertentu ja tau pujuk aku..

aku jarang shopping tapi skali shopping..banyak la jugak habis..hehehe

suka masak tapi slalu ikut mood kalau nak masak..tym aku bad mood memang simple je aku masak

suka nyanyi walaupun aku tau sogha aku tak macam siti..kih3 biarla..asal aku hepi

orang slalu kaitkan aku ngan nasyid,hakikatnya..gua layan jugak lagu rock!!yeayeh..we will rock you

banyak lagi hakikatnya...TAPI...

hakikatnya aku ni manusia biasa ja cam korang jugak..ada kelebihan dan kekurangan..just be myself.. :-)

Sunday, October 2, 2011

Ku memohon..



Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan.

Ya Allah..betapa lemahnya aku rasa saat ini..Mohon kekuatan Ya Latiff..ampunkanlah aku kerana terleka.. ;-( ...terima kasih teman2 kerana memberi aku sisa2 kekuatan dalam diri kalian untuk aku terus bertahan menghadapi ujianNya..love them becoz of Allah..