Wednesday, January 25, 2012

CINTA YAHOO!Ep.1


Aleeya Sofea menyambung kembali tugasan yang tertangguh sebentar tadi kerana menunaikan tanggungjawabnya sebagai muslim.Sambil-sambil itu dia melayari laman web untuk mencari maklumat tambahan.Dia turut membuka emelnya bagi melihat pesanan-pesanan yang ada buatnya.Lagu penerang hati bergema di dalam biliknya.สบBilikku syurgaku”bisik hatinya..tiba-tiba matanya tertancap pada skrin laptopnya.Ada chat dari kenalannya di yahoo! messenger.

Mujaheed_90: Assalamualaikum..apa khabar?
Aleeya_Sofea: Waalaikumussalam.Alhamdulillah,sihat je.Awk?
 Mujaheed_90: Alhamdulillah,sihat jugak.camne study?ok x?
Aleeya_Sofea: Ok la jugak,tapi biasa la student..sibuk dengan assignment je la.. J
Mujaheed_90: Owh..sama la dengan saya..busy dengan assignment.Sofea,saya ada hajat ni.Ada sahabat       saya ingin berkenalan dengan awak.Awak sudi tak jadi kwn dia?Dia ni baru balik dari luar negara.
Aleeya_Sofea: Err…siapa kawan awk tu?sy kenal ke?
Mujaheed_90: Awak tak kenal dia.Dia sahabat saya ms sama2 blaja kat Kipshas dulu.Dia kawan baik2   ngan dia ye. J
Aleeya_Sofea: Emm..InsyaAllah.
Mujaheed_90:Nanti dia add awak.Ok la Sofea,saya ada keje skit ni.Ada masa kita Ym lg ye..InsyaAllah.Jaga diri baik2,Gudluck exam.Assalamualaikum.
Aleeya_Sofea:Awak pun sama k.Waalaikumussalam.

Mujaheed_90 is signed out.

                         Aleeya Sofea termangu seketika.”Nak kawan tak ni?”Sebenarnya dia tidak pernah berkenalan dengan orang melalui alam maya.Jika dia facebook pun dia akan melihat latar belakang orang yang ingin “add” nya sebelum membalas permintaan tersebut.Matanya kembali menatap skrin laptopnya.Ada permintaan untuk berada dalam senarai kenalannya di YM.”Hanif_shauqi”.Dia menerima permintaan tersebut dengan hati yang berdebar-debar.

                              Hanif_shauqi is now online.
                              Buzz!!
                         “eh mamat ni..main buzz-buzz pulak..”desis hatinya.
                      Hanif_shauqi:Assalamualaikum Aleeya Sofea. J
                       Aleeya_Sofea:Waalaikumussalam..
                       Hanif_shauqi: Awak apa khabar?Terima kasih ye sebab sudi accept saya utk jd kawan awak.
                       Aleeya_Sofea: Alhamdulillah..sihat..Emm..sama2.
Hanif_shauqi: Saya nk panggil awak ni ape?Aleeya Sofea,Aleeya atau Sofea?hehe.Awak boleh panggil     saya Shauqi.
            Aleeya_Sofea: Panggil saje Sofea.Oh ye..Aliff cakap awak ni baru balik dari luar negara.Awak blaja kat mana?Jurusan ape?
          Hanif_shauqi: A’ah.Saya blaja kat  Universiti Al-Azhar,Kaherah.Saya ambik kos Syariah Islamiah,tapi sekarang kan ada masalah skit kat sana,so saya terpaksa balik ke Malaysia.Awak blaja kat UUM kan?Kos ape?Orang mana?Awak rapat ke ngan Aliff tu?
           Aleeya_Sofea: ooo..macam tu citenya..A’ah..sama  tempat blaja dengan Aliff cume lain kos je.Saya ambik kos  Pentadbiran Perniagaan.Saya orang Pahang.Saya kenal  Aliff macam tu je.Kebetulan dia kenalan kawan saya kat kolej ni.Tak rapat pun tapi saya kenal la dia.Emm..boleh saya tanya satu soalan?
           Hanif_shauqi: Tanya la Sofea..Banyak pun boleh..
           Aleeya_Sofea: Nape awak nak kenal ngan saya?
            Hanif_shauqi: Err..ntahla..Saya pun tak tau nk ckp cmne.Saya cume tanya kat Aliff takde ke kwan2 kat u dia yang blh saya kenal.Kemudian dia sebut nama awak.Pelik jugak ye sebab dia kenalkan orang yang tak rapat ngan dia kat saya.Takpela,anggap saja ini takdir Allah.. J
             Aleeya_Sofea: J ye..ok la shauqi,saya ada keje nak buat ni,nk sambung tugasan.Selamat berkenalan.
             Hanif_shauqi: oo yeke..selamat berkenalan jugak.Jaga diri baik2,jaga ukwah,jaga iman.Study smart.Assalamualaikum..selamat malam.
            Aleeya_Sofea: Awak pun sama ea.Waalaikumussalam..selamat malam.

                      Aleeya Sofea terus menyambung tugasan memandangkan due datenya 3 hari lagi.Dia tidak mahu terleka  dengan keasyikan melayari alam maya hingga taklifatnya sebagai muslim dan pelajar terabai.Ibunya selalu mengingatkannya tentang amanah yang sedang dipikulnya.Sebagai anak sulung,dia mengakui bahawa dia memegang amanah untuk menjaga adik-adiknya setelah kematian ayahnya hampir 10 tahun yang lalu.Alunan lagu penerang hati melatari tugasan yang dilakukannya.Sesekali dia tersenyum mengenangkan  isi perbualan chattingnya tadi.Mesir!!Tempat yang ingin dijejakinya.”SubhanAllah..indahnya percaturan Allah buatku”katanya..tiba2 hatinya berdebar kembali..apa maknanya ni??


Sunday, January 15, 2012

Pesona Cinta..by Hijjaz

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...



psst..If you can't be lovers,be friend..That's not a bad thing.When you cannot have someone,it's very painful. Eventhough it's painful and you don't want to see that person anymore,in the end..if you lose a valuable friend,that's  even more painful..keep walking until you find the right journey..InsyaAllah

Saturday, January 14, 2012

Andai aku sepertinya...



“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.”
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

( Ya Allah , kagumnya dengan Aliyah ^^ ) 

Tautan Hati..

Sangat menarik bila bersahabat.."Tidak sempurna iman selagi tidak sayang seorang saudaranya lebih dari diri sendiri.." (Bukhari dan Muslim)


Suatu ketika dahulu..
Kita sangat rapat.Bak isi dan kuku.Di mana ada aku,disitu ada kamu.Pertemuan tanpa diduga membuahkan ukhwah yang sukar untuk aku lupakan.Perkenalan yang mengikat dan menyimpulkan kenangan yang aku kira akan bersemi selamanya.Kita mengharungi suka duka bersama.Mendepani cabaran sebagai warga kampus dengan semangat yang adakalanya hampir luntur tatkala ujian Allah menimpa,tapi adanya kamu,segala rintangan pasti dapat diharungi.Subhanallah!indahnya bila aku kenang saat itu..adakah kamu juga begitu?Persoalan ini aku biarkan sepi..seperti sepinya aku tanpa kamu saat ini..
Kini..
Entah di mana khilafnya..kau dan aku terlontar ke dunia kita sendiri.Tiada tawa,tiada senyum.Hanya seraut wajah yang menggambarkan kerinduan.Ya,barangkali itulah wajahku..Mudah saja air mata ini mengalir mengingati kenangan yang dilalui bersama.Ukhwah yang satu ketika dulu aku pegang kukuh.Benarlah kata orang,kita akan menghargai apabila kita kehilangannya.Ya Allah..aku tak mahu kehilangan dia.Dia istimewa bagiku..Bantu aku Ya Allah..Lemahnya aku saat ini.Hanya padaNya aku luahkan kerinduan,keresahan yang terhimpun sekian lama.Alhamdulillah..masih ada sahabat2 yang sudi meneduhkan daun cinta persahabatan buatku disaat aku dihimpit kepiluan.Namun..aku ingin kau tahu bahawa kau punya keistimewaan yang tiada pada mereka.Siapapun kau,aku cuba terima seadanya.Aku harap kau juga begitu..
Maaf..
Kemaafan adalah dendam terindah.Kemaafan sentiasa ada buatmu.Aku juga makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa,yang punya segudang kelemahan,punya rasa marah..kecil hati..Aku manusia biasa.Mungkin ada perkara yang aku terlepas pandang hingga bisa saja kau terluka denganku.Maafkan aku andai semua ini berpunca dari aku.Cuba bayangkan,di saat kau dihimpit masalah,dibelit keresahan..orang yang dekat denganmu meninggalkan kau keseorangan mengharungi Ujian Ilahi..Cuba letakkan dirimu di tempatku buat seketika.Maaf,aku tidak berniat untuk buat kau kecil hati lagi,tapi inilah hakikat.Ketika itulah aku mengerti keajaiban tawakal kepada Allah.Dan aku akui,aku juga melakukan kesilapan yang membuatkan kau terluka.Ketika kau kecil hati..adakah kau memikirkan tentang aku?Aku yang dihantui rasa bersalah kepadamu?Aku tak tahu.Mungkin kau saja punya jawapannya.Tak mengapa..sesungguhnya Allah lebih memahamimu lebih dari aku memahamimu.Akanku ikhlaskan semuanya kerana Allah.Kemaafan itu tetap ada buatmu..Mungkin aku perlu memberi kau masa untuk bertenang.Maafkan aku andai coretan ini bukan seperti yang berlaku,aku meluahkan mengikut apa yang terbuku dihati.Tiada siapa yang memaksa.Maafkan aku membiarkan kau sendirian,kerana aku tahu Allah akan memujukmu..lebih dari aku memujukmu suatu ketika dulu..
Jauh..
Mengapa kita jadi begini?Apa salahku?soalan yang kerap kali aku tanya..tapi aku tak punya jawapan itu.Andai ini yang terbaik,aku pasrah ketentuan Allah.Barangkali Dia mahu kita berfikir apa yang berlaku,menghayati hikmah disebalik ujianNya.Baiknya Allah kerana sudi memberi ujian kepada kita,tanda kasih sayangNya.Sedarkah kau bahawa Dia sedang mentarbiyah diri kita dengan sifat sabar..ikhlas..redha..?Aku doakan Dia kembali tautkan hati2 kita..Amen..Adakah kamu tidak rindu pada eratnya simpulan yang kita bina dahulu?Jika kau tanya padaku..pasti aku menjawab YA!!aku sangat merinduinya.Ketiadaanmu berbekas di hati..aku sedih tapi aku pendamkan saja kesedihan itu demi sahabat2 yang lain.Aku tidak mahu kehilangan mereka sepertimana aku kehilangan orang yang aku kasihi..Kembalilah!Perjuangan kita masih belum berakhir,perjalanan hidup kita masih jauh..

Maafkan aku andai aku bukan sahabat yang terbaik buatmu..


Sahabat..

kekuatan bukanlah segalanya

Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa

Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya

Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya

Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan

Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan

Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis

Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya

Sahabat, katakan padanya…

Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah

Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya

Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya

Jangan pernah mengajar sahabat kita bagaimana menjadi cantik

Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya

Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita

Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya

Isilah kehidupan kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan

Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan

Ajarkan sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi

Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir

Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga

Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan

Jika kita ingin sahabat kita rajin beribadah kepada Allah

Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita

Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah

Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita

Jika kita ingin sahabat kita mencintai ilmu pengetahuan

Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dirinya

kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca

Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu

Jika kita ingin sahabat hidup penuh kasih

Tunjukkan cinta kasih kita kepadanya

Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi

Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari kita..

Saturday, January 7, 2012

DIAM..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

credit to my fren for this sweet reminder..

Tuesday, January 3, 2012

Baiknya Allah..


SeLaMat TaHuN Baru 2012..

Salam..i'm back!!hehe..Entry pertama tahun ni...Alhamdulillah,syukur padaNya kerana masih sudi meminjamkan umur padaku untuk terus bernafas..Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Hepi new year kat pembaca2 blog aku..semoga tahun ini lebih baik dari semalam dan tahun depan lebih baik dari tahun ni..sebelum melangkah ke tahun depan,jom penuhi tahun ni dengan perkara2 yang best dan bermanfaat utk kita sendri mahupun  orang lain..mana la tau umur tak panjang..hidup ni sebenarnya singkat je.. :-) tapi klu kita hargainya,InsyaAllah..pasti ada kebahagiaan di situ..
 to my besties..Goodluck for final exam..bittaufiq wa najah..