Thursday, May 31, 2012

OvEr YoU


Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.
What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.



Well, I never saw it coming.
And I should've started running
A long, long time ago.
And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.
And now I'm picking up the pieces.
From spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.



You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.
And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.. 



Thanks for being with me all these time..

Wednesday, May 30, 2012

Terasa..


Pada satu petang yang damai..


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

"JADI JANGANLAH SAKITI HATI RAKAN ATAU TEMAN KAMU!!!"
*Pesanan utk diri sendiri...

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Semoga Allah redha..



pstt..seronok "muet" bersama rumet tersayang..weh..dah nk abis mu ea..cian kat kawe ni nk duk ngan sapo sem depan...hehehe..




Sunday, May 27, 2012

Ujian itu Tailor-made

Currently listening : Epilog Silam by Haikal


Update skit sebelum menyambung semula tugasan.Orang dah habes aku ado lagi..Tahniah izzah!(erk) >.<
Ok la..time2 nak exam ni ujian akan datang..tak kira la bagaimana bentuk ujian itu. Ujian Allah itu tailor-made..


Tailor-made??

"Huh? What do you mean?"
"Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama


"Untuk apa Allah beri kita semua ini?"

"Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini."
''Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.''
k..dah faham? faham skit2 pun ok la..
Tapi bagaimana untuk menghadapi ujian atau masalah itu? Nak redha terus ke..redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah..(cam kenal je ayat ni..huhu).Aku bagi satu analogi..
satu gelas yang berisi air kosong memenuhi gelas itu. Agak2 berapa berat gelas tu? 100gm, 150gm,200gm,250gm,300gm dan ……….walaupun gelas itu diisi penuh tetapi ia tetap ringan. kemudian cuba korang pegang gelas itu selama 1minit,2minit,3minit dan……paling lama pun setengah jam la..agak2 larat tak nak pegang lama2 camtu?kalau aku..pegang seminit terus minum..hehe. Kawan aku pernah test buat camtu,last2 dia mengalah kerana tangan dia mula lenguh-lenguh..Aku bertanya, kenapa tak letak sahaja gelas itu dan apabila sudah tidak berasa lenguh-lenguh kemudian sambung kembali. Dia tertanya-tanya apa motifnya???????????
Begini..
Cuba kita bandingkan analogi tersebut dengan kehidupan seharian kita yang sering dilanda masalah.walau berat atau ringan masalah kita kenapa tidak mengambil masa untuk melupakan masalah itu seketika?dengan ada nya masa yang terluang itu boleh digunakan untuk kita berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.kita juga boleh mencari teman untuk kongsi masalah kita itu.cari lah seberapa ramai orangnya.dan apabila kita jumpa penyelesaian masalah itu bolehlah kita bertindak dan akhirnya kita akan dapat mengecapi perasaan ‘manisnya madu’.. InsyaAllah..

jangan sedih sangat..ukirkan senyuman :)


p/s: Selamat menduduki peperiksaan ye sahabat..Aja2 fighting!! ( > .< )v





Friday, May 25, 2012

Pesanan buat Aku dan Kamu..


“...Ingin kukongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati saudaraku fillah..” mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa...dan kata seorang saudaraku: “bersabarlah , bukan usahamu itu sia2, Cuma kemenangan yang lewat tiba” Ku doakan Allah sudi kekalkan kita diatas jalanNYa untuk selamanya, dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat. Satu sahaja hasrat, ingin ke SYURGA bersamamu, saudaraku fillah....”


~>> Saat kita MENGETAHUI dia bukan jodoh kita..jika ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati..JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..

Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..sehati, sejiwa, seiman dan seakidah.

InsyaAllah, semuanya kerana Allah..

Mencintai Sseorang itu adalah hak kita, namun memiliki sseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. cINTA itu milik ALLAH..Jangan pernah takut melepaskan ssuatu yang belum berhak kita miliki, dia pasti akan kembali, jika Allah mnjadikan ia untuk kau miliki, atau Allah akan mngganti, dengan yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN menjadi hak kita. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.

Monday, May 21, 2012

Hai Pemilik Hati Yang Patah..


semasa melayari laman sesawang td (ayat tak boleh bla)..terjumpa artikel ni..jom baca!

-sekadar hiasan-

Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetapbersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

coffe and pasta..syukran pada yang menulis artikel ini..sarat dengan pengjaran..mabruk!

psstt..tiba2 teringat pada kenangan lalu..Moga Allah menjaga mereka..Amen Ya Rabb

Monday, May 14, 2012

Nota Hati..



Aku sedang mencari tenang, di sudut kasih sayang dan nikmat Allah (SWT)yang sekian banyak aku harapkan. Ya Allah (SWT), taubatku ini sering kumungkiri, janjiku untuk taat hanya pada-Mu sudah semakin teruji. Apakah ini petanda bahawa aku bukan hamba-Mu yang Engkau kasihi. Rugi andai benar, ya Allah (SWT). Aku merayu janganlah tinggalkan diriku sendirian menghadapi ujian dunia ini. indahnya banyak, tetapi semuanya membutakan mata hatiku.
Jika ini bukan yang terbaik, jauhkannya dariku agar aku bisa tenang dengan pilihan-Mu. Aku tidak tahu bagaimana caranya lagi, satu demi satu imanku tercalar.
Allahu Rabbi,
Aku punya pinta
Jika satu saat Kau izinkan cinta itu dihatiku
Biarlah cinta itu cinta yang mengukuhkan cintaku pada-Mu
Jangan tinggalkan aku sendirian mengembara menuju-Mu
Kerana aku pastinya nanti tewas
Allahu Rabbi
Aku punya harapan
Andai syurga itu buat insan yang taat
Jadikanlah aku hamba-Mu yang taat
Agar dapatku bersama insan-insan yang selalu berbahagia
Allahu Rabbi
Aku punya impian
Jika satu hari Kau izinkan untukku mendapat nikmat
Jadikan nikmat melihat wajah-Mu di akhirat
Merupakan nikmat yang terbesar dalam kehidupanku
Allahu Rabbi
Ambillah hatiku
Dan jika Engkau ingin berikan kepada manusia
Jangan lepaskan aku
Kerana aku tidak mampu mencintai manusia tanpa sandaran cinta-Mu
p/s : kesilapan semalam adalah pengajaran hari ini..
       teruskan tersenyum!!

Wednesday, May 9, 2012

Setiap Kali..






Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan 

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan 


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanMU
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

-song by DEVOTEES-

Monday, May 7, 2012

Busy..busy..

Baru sahaja menghabiskan tugasan walaupun masih belum sempurna..Ya Allah..hambaMu ini memohon diberi kekuatan..Saat mereka menjauh,masih ada yang sudi menghulurkan tangan, menarik aku supaya tidak terus rebah dalam menjalani ujianNya ini..terima kasih pada yang memahami..yang tidak memahami,tak mengapa..


Dua tiga hari yang tidak begitu menggembirakan aku sebenaqnya..tapi syukur pada Pemilik Alam yang masih memberikan aku kesempatan untuk menikmati usiaku walau aku tidak tahu selama mana  umurku dipinjamkan..Alhamdulillah..Ada perjuangan yang perlu ditempuh..Ada langkah yang harus diteruskan..Andai rebah, bangkitlah kembali.. :) La Tahzan..

~Akal yang dipenuhi ilmu perlukan pimpinan hati yang sarat iman~



Friday, May 4, 2012

Mahligai Bahagia..




cemburu benar hati 

mendengar perkhabaran gembira 
binaan rumah tangga 

syukur, alhamdulillah
Allah telah permudahkan urusan mereka.

mungkin giliranku
masih belum tiba,
kerana Allah tahu 
aku belum sesuai untuk itu

banyak perlu ku perbaiki. 

sabarkan hati ini
teguhkan iman ini
terkadang aku rindu..
pada seseorang yg tidak ku tahu

izinkan aku berteman
seseorang yg halal bagiku..

jika belum waktunya,
aku mohon dengan sangat...
Kau perkukuhkan imanku..
agar tidak mencari 
yang mengundang murkaMu

ya Allah
jangan biar hati ini mencemburui
sebaliknya ya Rahim
campakkan kesungguhan padaku
untuk lebih mencintaiMu..

biar aku menikmati
benar saat berdua-duan denganMu...

jika takdirnya tiada jodoh buatku di dunia,
cukuplah Engkau menjadi cintaku selamaNya.
dulu,kini,selamanya...

tertarik dengan satu kisah  pada zaman Rasulullah: KLIK SINI

Tuesday, May 1, 2012

Di mana DIA di hatiku?

"Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya..."


Sedang "membedah " buku yang sekian lama aku cari..Alhamdulillah..setiap bait2 kata dalam buku ni membuatkan aku berfikir dan terus berfikir..nanti aku akan ceritakan skit apa yang ada dalam buku ni..sabaq na.. :)


last nite,one of my fren told me that i'm the person who easy to fall in love..is that true??hmm..i'don't know..Only HE know.....Ya Allah...tunjukkan aku jalannya..
pesanan Imam Ghazali :

" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.."

Teruskan tersenyum!! :)