Friday, May 27, 2011

balik kampung...

x sabarnya nak balik umah..tp dalam masa yang sama sedih plak nak tinggalkan negeri utara ni..hush..sokmo cmni..sob sob....so kepada kengkawan aku tu,jaga diri korang baik2 no..yang ambik intersesi tu,blajaq rajin2..mana tau result boom nanti..yang penting ikhlas dan kesungguhan.serta sabar...sentiasa doa supaya berjaya di dunia dan akhirat.. ( >.< )
kepada senior2 aku yang dah habis study tu,goodluck for your practicum..sayonara!!


ni la bas yang akan aku naik malam nanti..Doakan aku selamat sampai..Amen


psstttt...cuti sem ni agak lama,abis cuti kena prepare mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan di kampus yang makin mencabar..i'm gonna be super senior..hehehe

Thursday, May 26, 2011

Akhirnya... habis pun..

Alhamdulillah...perjuangan menghadapi peperiksaan sem ni dah berakhir dengan kertas terakhir iaitu Etika Perniagaan Islam dan Tanggungjawab Sosial..hanya doa dan tawakal je sekarang menunggu result..perjuangan lain perlu diteruskan lagik,mungkin lebih mencabar!!be prepared..Ya Allah..permudahkan segala urusanku dan insan-insan kesayanganku..

Kepada sahabat2ku yang dah pulang ke kg tu,jaga diri baik2 na..jumpa lagik sem depan..aku akan menyusul esok..Pahang..wait for me k.. ;-) waweee...balik kampung

Thanks kat semua tenaga pengajar di Cob,Cas NUOM sepanjang semester 4 ni..

psstt...ada orang suh aku study kitab rumah tangga..hehe..sabor je la..err..cuti ni nak buat ape ye??

Monday, May 23, 2011

Kun Fayakun...Allah nak ambik "barang" Dia semula...

Pilu..sayu..hiba..itulah yang dapat aku gambarkan tentang perasaanku tatkala mendengar dan membaca berita mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa,Hulu Langat kelmarin..senyap seketika manusia yang sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara..tiada lagi kisah politik..kisah artis..tumpuan kini hanyalah pada mangsa-mangsa kejadian yang menyayat hati itu..KERANA MATI ITU PASTI!!

Kepada keluarga mangsa..redhailah pemergian ahli keluarga tercinta kalian..dah sampai masanya Allah ambil kembali barang milikNya..Innalillahiwainnailaihirajiun..DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali..

SABAR...Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

“Dari Anas bin Malik radhiallâhu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (H.R.Bukhari dan Muslim). 

Sedarkah kita tentang apa yang berlaku di dunia pada hari ini..??tanah runtuh,gempa bumi,tsunami dan sebagainya...ia adalah satu amaran serta peringatan Allah supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Usah terlalu leka mengejar kemewahan di dunia tapi renung-renungkanlah apa bekalan yang akan kita bawa ke sana..aku bukan berkhutbah,cuba betulkan diri sendiri juga..diri yang tidak sempurna..ayuh saudaraku..sama-samalah kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh insan yang telah meninggalkan kita dan mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan  beramal soleh..Al-Fatihah..










segala yang berlaku adalah ketentuanNya..ada hikmah disebalik semua ini..La Tahzan

Sunday, May 15, 2011

harapan...

pagik tadi..

"syg..kita gerak kul 8 tau,ko dah bangun ker?"..sms dari nana..alahaiii...aku pun reply :"dah.."pastu aku sambung tdoq sat..ngantuk giler sbb semalam tdoq kul 4 am..then..ada plak sahabat yang tepon,kejut aku...sebab aku dah pesan kat dia kejut aku nak pi exam arini..Thanks ye awak.. ;-)

 8.15 am
tunggu bas pi exam hall..mata masih ngantuk!Ya ampun...sempat lagik belek2 nota kreativiti dan inovasi..huhu

9.00 am
"examination will start now"..ishh..awat ngantuk lagik nih!!!aku nak pekse la..digagahkan jugak mata ni untuk jawab exam..soalan pertama:lukis proses...ayooo..aku x ingt!camna ni..takpa2..boleh punya..Soalan dua: bla bla bla..ingat skit2..adesss sampai soalan lima...agak susah la jugak soalan tu..aku rasa cam xdak harapan nak score paper tadi..aku betul2 takut,hampir2 nak nangis bila aku x blh jawab.. ;-( 

11.30 am
"time's up..please stop writing.." Ya Allah..aku tawakal dengan apa yang aku jawab..tu je yang termampu aku lakukan..melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan macam2 rasa..aku x confident..aku xnak repeat!!pulang ke bilik  dengan harapan lulus je paper tadi..then..zzzzz...betul2 xde semangat..makan pun x lalu..

pastu awak kol..tny cmne exam..aku x tau nak ckp ape..rasa frust tp aku dah cuba..awak ckp fokus kat paper seterusnya,jangan putus asa sebab dah usaha..mungkin keputusan diluar jangkaan nanti..orang yang jawab dengan confident pun blm tentu jawapan dia betul..THANKS AWK..sebab bagik semangat masa aku hampir2 down..

izah..don't too sad..fokus kat paper akan datang..perjuangan harus diteruskan...keep walking..

psstt..Happy convocation to my sister,KAKAK..ketabahanmu inspirasiku..melangkah setapak demi setapak,..akhirnya kakak dapat jugak sarung jubah konvo dan pegang mortar board..CONGRATS..

Thursday, May 12, 2011

SAPE SUKA ROS?JOM BACA....

halluu..izah's in the house..cewahh..cam fafau la plak..arini aku nak kongsi la skit pasal bunga faveret aku..bunga apa?bunga2 cinta kah??huhu..xdak aih..bunga ros..ada panggil bunga mawar,sat bunga ros la..ntahla..aku pun x pasti..ros atau nama saintifiknya rosemarinus officinalis ni ada kat mana2 la..kat umah aku dulu ada gak tp dah kena tebang la pokoknya..huhu..haa..mai la kita ketahui plak makna disebalik warna ros ni..zass



Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.


Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.


Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.


Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.


Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.



Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.

CREDIT TO:  www.top5reason.com 















                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Monday, May 9, 2011

The One and Only...

Tomorrow..i'll start to fight with exam papers..huhu..quite nerves la tapi sebab ada awk..aku cool ja!!Tum Mere Sath..cewahh..sejak bilo lak den ni pandai cakap hindustan ni..awak la yang ajor saya...bakor kang..baru tau.. ;p xdak2..kalau saya bakor awak..sungai mane la saya nak buang abu awak tu yerr..hmm..nak pi hantaq kat sungai nil tu jauh derr...kahkahkah...lagik satu..klu awak tak ada,boring la saya ni..dah xde orang nak dengar cite2 saya yang kadang2 x logik tu noh..,xde suara yang slalu lari pitching lagik sumbang nak tolong hiburkan hati saya yang kadang kala tak ketahuan ni..xde orang yang nak jadik kamus segera utk lughatul arabiah saya..wahhh....awak ni betul2 menghantui saya la!!...kalah kak limah..xpa2,kita wat k.limah season 2 nak tak.?.hahaha..

okey la..sempena musim2 saya nak exam ni..doakan saya boleh jawab dengan cemerlang tau..saya nak mintak maaf bebanyak kat awak klu2 ada terkasar bahasa..termarah ker..terkecik hati ke..terbebel ke..banyak la ter2 yang tak dapat diterjemahkan.. ;-) awk pun mesti tau kan perangai saya yang kadang2 loqlaq ni.. SABOR JE LA..awak kan kuat harimau..hehehe

pastu..thanks sebab slalu support ape yang saya buat..tegur ape yang patut..tapi sorry la sebab kadang2 "deal" yang kita plan tu jarang  saya nak ikut..pasai apa ntah..hahahaha..nk gelak sakan arini..ada orang tu kalah malam tadik..

doa saya..awak sihat2 selalu,senyum sokmo..kol saya sokmo..jangan putus asa utk sambung blajaq tu..saya ni nak sangat tengok awk pakai jubah dan pegang mortar board masa awk konvo kat sana..walaupun masa tu saya takde ngan awak..Sabar banyak2 sebab saya tau Allah sedang uji awak sekarang..Allah uji tanda Dia sayang hambaNya kan.. ;-) All praises to Allah..

                                      macam kenal je kan..tempatmu bukan tempatku..

terima kasih kat awak yang slalu tepon2 saya, bagik kredit kat saya,tidoq bila saya nak cite lebih2,wat2 ngantuk bila  dengar cite pasal lecturer kesygan saya tu...tolong kejut saya bangun solat dan study,ajak saya solat sunat..cewahh..dah macam menang award plak nih..huhu ;-) babai...

pssstt...this entry is special dedication for you..

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU..

selamat hari ibu
happy mother's day

Fes skali aku nak ucap jutaan terima kasih kepada ratu hati aku..Puan Fatimah binti Ghani,kerana dah susah payah mengandungkan,melahirkan,membesarkan,mendidik aku sehingga aku menjadi diri aku pada hari ni..Segala pengorbanan dirimu tak ternilai jika nak dibandingkan dengan kain pasang  kat  syarikat kassim yang mak sokmo pi tu..hehe aku sangat mengagumi kesabaran dan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya..

sempena hari ibu ni,tak banyak yang dapat aku buat melainkan ucapan serta doa yang tak putus 2agar dirimu sentiasa berada dalam RahmatNya..Ya Allah..Kau berikanlah kesihatan yang baik pada insan yang amat aku cintai ini..tadik aku rasa sedih giler tgk video proses kelahiran bayi..air mata ni mencurah2 melihat pengorbanan seorang ibu membawa satu nyawa ke dunia ni..nahh..Itulah kekuatan yang Allah bagik kat kaum hawa..

Cerita tentang mak aku

mak aku ni anak tunggal,kawen ngan abah aku masa muda lagik..pastu dapatla abang long sampai la aku..anak bongsu dia yang comey sangat..huhu dugaan hebat melanda dirinya bila mak aku terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan abah aku juga..Allahu Akbar..hati wanita mana yang tidak robek apabila insan yang disayangi,dikasihi pergi meninggalkan dirinya sekelip mata..TAPI..mak aku tabah,melalui liku2 kehidupan tanpa insan bergelar suami disisi..bagik mak aku,hidup perlu drteruskan selagi hayat dikandung badan!don't look back and get the new direction..
kemudian..ujian datang lagi bagai menguji keteguhan hatinya,,mak aku dimasukkan ke hospital dua kali sebab patah tulang peha..masa eksiden dulu patah tulang jugak dan duk kat wad otopedik lebih kurang sebulan la..tym tu betul2 mencabar bagik aku sebab aku pernah berhadapan dengan situasi bila mesin penyambung hayat yang ada kat mak aku tu bunyi teeeettttttttt......cam orang dah nak dijemput Ilahi..Aku terus g kaunter panggil nurse,..Alhamdulillah..rupanya mesin tu rosak..Mak aku ok...tapi mak aku suruh aku baca Yassin utk dia..sayu sangat masa tu..Dan..peristiwa yang aku tak lupa sampai skang ialah bila mak aku yang sedang terlantar sakit masih sempat mengusap kepala aku sebagai tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi...lantas aku menangis saat itu juga,berdoa agar Allah panjangkan umur mak aku... Alhamdulillah..Allah dengar rintihan aku,,sebab Dia tau aku masih perlukan ibu aku..tulang belakang aku!banyak lagik benda yang belum aku buat utk mak aku..Ya Allah.berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mak aku hingga ke nafas terakhirnya.. ;-) aku harap dan sentiasa doa agar mak aku sempat lihat aku pakai jubah graduan dan pegang mortar board sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga dari aku kat mak aku...InsyaAllah

~mak...A.long,k..ngah,k.de,a.teh.a.ta.abg,kakak dan adik sayang mak sangat2..walaupun mak xde fesbuk,.we'll always keep in touch with you no matter what happen..Doa kami agar dirimu sentiasa bahagia dan terus tabah..MAK LAH BINTANG HATIKU..~
luahan hati dari anakmu yang dah tak nakal lagik ;p

pssst..buat mereka yang masih ada ibu..hargai ibu anda sebaiknya..pada yang telah kehilangan ibu.sentiasalah berdoa supaya ibu anda berada dalam kalangan orang beriman..Al-Fatihah

Pengorbanan seorang ibu melahirkan permata hatinya...


Wednesday, May 4, 2011

aku merinduimu..

 
Sudah lama rasanya aku tak mendengar khabar kawan aku kat uia tu..masih ingat ke dia kat aku??Ya Allah..aku merinduinya..dia ni kawan aku dari form 1 lagik..banyak la kenangan aku ngan dia masa skolah dulu..huhu bagik aku dia seorang yang sangat sempoi..tak pening2 kepala memikirkan soal jodoh..tu yang aku suka kawan ngan dia..hehehe.dia banyak tolong aku masa skolah dulu..tolong back up bila aku kena buli..mana2 aku pergi ada dia la..tp disebabkan dia duk luar,kami jumpe tym sekolah je..ada masa2 dia datang gak kat hostel aku..walaupun dia ni agak kasaq..jgn mrh yer tapi dalam hati ada taman..taman apa?bunga ka taman haiwan?kahkahkah..of course la taman cinta..opsss ;-)   ni la kawan aku tu..
I
I
I
I
I
I
I
I
I

NURANI BINTI IDRIS...makin lawa ko ekk...dah ada ehem2 ka??
I
I
I
I
I
I
I
I




EH...ni ka marka ko??perghhh....x sangkanya aku..high taste ea..kahkahkah

Dulu aku ngan dia sama2 jadik pengawas koperasi skolah..best gila!tym dapat elaun la paling best..;-p  nurani atau glamer ngan panggilan ani dalam kalangan kawan2nya serta ustaz  ni pandai..dia slalu jadik bahan rujukan aku terutamanya subjek Matematik..aku ni memang lemah skit bab kira2 tapi dia slalu bagik semangat kat aku supaya jangan give up,sebab nak dapat ilmu ni bukannya mudah cam makan abc..akhirnya aku berjaya jugak dapat result yang ok la utk spm..Syukur..
~kenangan 5 Ibnu Majah..Smkps~


Nurani..nape dah lama x on9?mana ko hilang ea..ker dah kawen?haha..gurau je k..walaupun kita x slalu bersama,ko tetap kawan aku selamanya..xde istilah "bekas kawan" bagik aku ~fren till jannah~

lagu utk ko wahai kesayanganku..

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Gapailah cita2mu..teruskan berjuang wahai temanku..aku akan terus menyokongmu..
 

Tuesday, May 3, 2011

Semangat..

Sedar tak sedar next week  dah exam tapi aku je yang macam x sedar diri lagik...huhu
nape la rasa cam xdak mood nie..Ya Allah..berikan aku ilham..aku nak ukir kenangan manis sem ni.. ;-) mahu memberikan hadiah  hari ibu yang terbaik buat bonda tercinta..InsyaAllah..

 jadual exam aku kali ni memang agak pack la..paling lama gap pun 6 hari je..soooo mencabar!sabar3..there must be  a way..skang ni aku kena fokus,x bleh main2 dah wooo..kengkawan aku dah start struggle for final and i don't want to be a loser!

apepun,doakan yang terbaik buat aku ye..

psst..izzah,keep walking even you will face many challenges..ada rezeki boleh duk kat dean list..Amen Ya Rabb

Monday, May 2, 2011

HP OH HP...

Currently listening to : Deewanggi Dewanggi

hai..arini tetiba nak melayan lagu hindustan..lagu om shanti om..huhu..layan aje lah k..bercerita pasal hp ni,teringat plak kisah aku masa mula2 nak pakai hp dulu..banyak cabaran..kena rampas la..sebab x reti nak sorok..aku dulu pakai nokia biasa2 ja,skang je baru beralih arah ke sony anak lelaki erics (ericsson).. ;-) then,  tadik ada kawan aku mengadu yang adik tertinggal hp kat somewhere la..so ape lagik..nangis.waa..adik,toksah teriak sangat la aih..senyum ja tanda kamu redha ya...Adik..akak nak bagik nasihat skit..huhu aku dulu punya la susah nak dapat henpon..mak i x kasi sebab budak2 lagik nook..x macam skang..celik mata dah ada gajet2 yang canggih..ya ka..tapi aku x rasa ralat pun sebab mesti ada sebab kan parents kita say do and don't..now,i'm realized that not everything we want,we can easily get it..sometimes we have to struggle all out to get something..there's no short cut till you find the right path for your journey..kesusahan la mengajar kita erti sebuah kehidupan,.. ;-)

 
ni bukan hp aku..aku punya murah jer..huhu







 

teringin jugak nak pakai hp ni..smart kowt..;p


walaupun dah xde kat market,hp ni pernah berjasa kat aku..

credit to www.google.com.my for the pictures..