Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU..

selamat hari ibu
happy mother's day

Fes skali aku nak ucap jutaan terima kasih kepada ratu hati aku..Puan Fatimah binti Ghani,kerana dah susah payah mengandungkan,melahirkan,membesarkan,mendidik aku sehingga aku menjadi diri aku pada hari ni..Segala pengorbanan dirimu tak ternilai jika nak dibandingkan dengan kain pasang  kat  syarikat kassim yang mak sokmo pi tu..hehe aku sangat mengagumi kesabaran dan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya..

sempena hari ibu ni,tak banyak yang dapat aku buat melainkan ucapan serta doa yang tak putus 2agar dirimu sentiasa berada dalam RahmatNya..Ya Allah..Kau berikanlah kesihatan yang baik pada insan yang amat aku cintai ini..tadik aku rasa sedih giler tgk video proses kelahiran bayi..air mata ni mencurah2 melihat pengorbanan seorang ibu membawa satu nyawa ke dunia ni..nahh..Itulah kekuatan yang Allah bagik kat kaum hawa..

Cerita tentang mak aku

mak aku ni anak tunggal,kawen ngan abah aku masa muda lagik..pastu dapatla abang long sampai la aku..anak bongsu dia yang comey sangat..huhu dugaan hebat melanda dirinya bila mak aku terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan abah aku juga..Allahu Akbar..hati wanita mana yang tidak robek apabila insan yang disayangi,dikasihi pergi meninggalkan dirinya sekelip mata..TAPI..mak aku tabah,melalui liku2 kehidupan tanpa insan bergelar suami disisi..bagik mak aku,hidup perlu drteruskan selagi hayat dikandung badan!don't look back and get the new direction..
kemudian..ujian datang lagi bagai menguji keteguhan hatinya,,mak aku dimasukkan ke hospital dua kali sebab patah tulang peha..masa eksiden dulu patah tulang jugak dan duk kat wad otopedik lebih kurang sebulan la..tym tu betul2 mencabar bagik aku sebab aku pernah berhadapan dengan situasi bila mesin penyambung hayat yang ada kat mak aku tu bunyi teeeettttttttt......cam orang dah nak dijemput Ilahi..Aku terus g kaunter panggil nurse,..Alhamdulillah..rupanya mesin tu rosak..Mak aku ok...tapi mak aku suruh aku baca Yassin utk dia..sayu sangat masa tu..Dan..peristiwa yang aku tak lupa sampai skang ialah bila mak aku yang sedang terlantar sakit masih sempat mengusap kepala aku sebagai tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi...lantas aku menangis saat itu juga,berdoa agar Allah panjangkan umur mak aku... Alhamdulillah..Allah dengar rintihan aku,,sebab Dia tau aku masih perlukan ibu aku..tulang belakang aku!banyak lagik benda yang belum aku buat utk mak aku..Ya Allah.berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mak aku hingga ke nafas terakhirnya.. ;-) aku harap dan sentiasa doa agar mak aku sempat lihat aku pakai jubah graduan dan pegang mortar board sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga dari aku kat mak aku...InsyaAllah

~mak...A.long,k..ngah,k.de,a.teh.a.ta.abg,kakak dan adik sayang mak sangat2..walaupun mak xde fesbuk,.we'll always keep in touch with you no matter what happen..Doa kami agar dirimu sentiasa bahagia dan terus tabah..MAK LAH BINTANG HATIKU..~
luahan hati dari anakmu yang dah tak nakal lagik ;p

pssst..buat mereka yang masih ada ibu..hargai ibu anda sebaiknya..pada yang telah kehilangan ibu.sentiasalah berdoa supaya ibu anda berada dalam kalangan orang beriman..Al-Fatihah

Pengorbanan seorang ibu melahirkan permata hatinya...

video

No comments:

Post a Comment