Wednesday, November 30, 2011

Sunday, November 27, 2011

Bila Jatuh Cinta..Adakah Dia Jodohku?


Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
 copy n paste from HERE

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH..

Alhamdulillah..masuknya waktu solat fardhu maghrib sebentar td telah menandakan peralihan masa di mana kita telah melangkah ke 1 Muharram 1433 H..

Thanks Google
pssst: Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan memberi manfaat kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih..InsyaAllah.

Friday, November 25, 2011

Lirik lagu...

Jodoh & Takdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan




Thanks to BRADER HALIM for this nice lyric.. :-)

Thursday, November 24, 2011

Kala ini..

Malam semakin melewati..
Namun entah mengapa aku hatiku terasa sepi sekali..
Sepi..terus menemani..
Oh sepi,mengapa kau disini?
Aku perlukan teman untuk berkongsi luahan hati,
Namun dia tiada di sisi..
Hanya memori yang setia disanubari.
Aku hilang arah,cuba mencari definisi..
Ya Allah..
Tabahkan hatiku ini.
Menghadapi cubaan duniawi ini..
Aga dapat aku memahami kurniaanMu yang seinfiniti..
Moga Kau sentiasa mentarbiah hati ini yang kerapuhan fleksibiliti..





Tuesday, November 22, 2011

Congrats Harimau Muda..

Alhamdulillah...Menang jugak akhirnya!!Tahniah izzah sebab menang tadi..eh??Bukan la...Tahniah kat team bola sepak Malaysia la yang bermatian2 main bola tadik.Walaupun aku tengok pas 90 minit,kira berbaloi la jugak kan sebab menang.Aku ada midterm exam masa game tu start.Agak terkilan  sebab sebagai penyokong tegar bola sepak, masuk ni 2 kali aku miss tengok diorang main..hehehe..tp takpe,exam lagik penting. :-)

pssttt...esok tak cuti ka??

Friday, November 18, 2011

variasi kehidupan..yang indah itu adalah..

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih  itu indah..jika sedih  itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...

JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH  jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN  ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI  kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA  DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari  REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari  KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH? 

InsyaALLAH, kamu, kita semua  akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah… 

Congratulation.. :-)

Alhamdulillah..after waiting quite long time,the result of UPSR's student was finally announced.I'm very glad to say that..CONGRATULATION!!!!  to my lovey dovey sister,Afifah Aqilah for her achievement.I'm proud of you dear :-) She really deserve for what she had done and i really hope that she can continue struggling for her next achievement.Don't ever give up  until you try your best.I'm still remember one of our motto in Saujana,NEVER SURRENDER BEFORE DIE!!huhu..By the way,best of luck in everything you do and always pray to Allah..:-) Jangan lupa ucap Terima Kasih kat ibu dan ayah ye.Mereka dah banyak berkorban untuk kejayaanmu.

adik yang sentiasa dirindui..Afifah Aqilah..

Monday, November 14, 2011

Takde mood..
Takde semangat..
Hujan lebat...
Mau tidoq..
Tak dapat ukir senyuman manis cam biasa..
Harap2 cepatla ok balik..InsyaAllah..

Saturday, November 12, 2011

hari ini hanya pinjaman dari Allah..(entry khas)

Salam..entry kali ini aku tujukan khas buat seseorang yang istimewa dalam hidup aku.Seseorang yang mengajar banyak benda tentang kehidupan.Tarikh arini sangat bermakna buat aku.Sabarlah duhai hati..



Sebenarnya agak sukar untuk saya menaip kerana pasti ada titisan air mata mengiringi setiap bait kata-kata yang saya ingin luahkan kepada awak.Ya Allah..berikan aku kekuatan..Perkenalan kita singkat tapi saya rasa macam dah bertahun-tahun kenal awak.Subhanallah!Cantiknya perancangan Allah buat saya dan awak.Masih terbayang tulisan awak yang menyatakan bahawa persahabatan kita disulam kerana Allah.Kini, kita akan berpisah keranaNya juga.Saya tak nak menangis tapi..entahla.Saya rasa sayu mengenangkan kisah persahabatan kita.Penuh suka duka tapi apa yang penting sekarang,hadapi ujian ini dengan rasa syukur dan sabar.Mungkin saya akan rasa agak janggal bila jarang2 dapat contact awak tapi inilah kenyataan yang perlu diterima dengan IKHLAS.Saya dah bersedia untuk itu.Pergilah berjuang sahabatku!!

Terima kasih kerana mentarbiah diri saya untuk jadi lebih tabah dan memperbaiki diri untuk gapai redha Allah.Terima kasih atas "STANZA CINTA" yang awak  tolong belikan tu.Ia benar2 menyentuh hati saya..Terlalu banyak terima kasih dan kemaafan yang saya nak pohon dari awak.Awak selalu cakap yang awak buat saya sering sedih dan menangis..tapi kita dah temui kebenaran dalam kalam  yang bermaksud:
"Bahawa Dialah yang membuat orang tertawa dan menangis"(surah An-Najm:43)
Janganlah sesekali menyalahkan diri atas apa yang telah Allah tentukan buat kita kerana Allah berbuat demikian untuk memberi balasan kepada apa yang telah kita lakukan.Maha Suci Allah yang mengaturkan sesuatu mengikut apa yang kita perlukan,bukan mengikut kehendak kita.

Redha
Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu kerana itu memang bukan milikmu.BERSIHkan,IKHLASkan, REDHAlah  hati kita dan TAWAKAL dengan ketentuanNya.Saya mendefinisi maksud tawakal melalui novel yang awak belikan tu.Tawakal ialah apabila kita yakin bahawa segala yang ditentukan oleh Allah kepada kita akan diperolehi juga walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya.Dan kita yakin bahawa segala yang tidak ditentukan oleh Allah kepada kita pasti tidak akan kita perolehi meskipun seluruh isi alam membantu kita.Saya selalu cakap kat awak,redhalah dengan ketentuan Allah dan belajarlah untuk tersenyum walaupun terpaksa menghadapi kehilangan.Itu adalah fitrah insan.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Alangkah manisnya pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah, yang mana  menjadi impian setiap insan.

Kenangan
Saya akan terus mengingati suka duka persahabatan kita.Terpisah jauh antara dua benua tidak bermakna awak akan turut hilang dalam ingatan saya melainkan Allah menarik kembali ingatan saya.Bagi saya,awak adalah "anugerah" dari Allah buat saya ketika saya masih tercari-cari ketenangan.Masalah-masalah yang melanda adakalanya buat saya lemah dan tiap kali itulah hati saya merintih supaya Allah hadirkan seseorang untuk saya berkongsi perasaan saya.Alhamdulillah..awak hadir dicelah-celah hambaNya untuk menyuntik kembali semangat saya yang hampir-hampir tenggelam.Masih segar diingatan saya saat awak menangis kerana peristiwa yang menyentuh hati dahulu.Itulah kali pertama saya mendengar tangisan awak!!Tapi akhirnya awak ukirkan juga senyuman demi saya.Sejak itu saya sedar yang saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini.

Ibu dan Ayah
Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang ibu dan ayah awak dengan saya.Sesungguhnya hati saya benar-benar tersentuh  apabila buat kali pertamanya memanggil ayah awak denagn panggilan "ayah".Terasa saya mendapat kembali kasih sayang arwah abah yang telah dijemput Ilahi.Rindunya saya pada senyuman ibu dan gelak tawa ayah awak.Alhamdulillah..tak terhitung syukur kepada Allah dengan kehadiran ibu dan ayah awak dalam hidup saya.Doakan semoga Allah sentiasa tautkan hati-hati kita untuk gapai redhaNya.Doakan juga Allah sudi meminjamkan lagi umur kepada emak,ibu dan ayah kita ye.Terima kasih kesekian kalinya sebab awak selalu bacakan yassin untuk insan kesayangan yang telah pergi tingglkan saya.Awak memang sahabat yang terbaik.Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai sahabat dengan penuh keikhlasan.Itu yang saya nampak dari mata hati saya.

Cinta
Cinta itu fitrah.Setiap insan pasti mempunyai kenginan untuk disayangi dan dikasihi.Saya mengasihi awak kerana Allah.Itu yang dapat saya luahkan.Takut sekali rasanya hendak bercerita tentang cinta,bimbang tersalah definisi.Namun,saya nak ingatkan diri saya dan jugak awak supaya kejarlah dahulu cinta Ilahi,nescaya kita akan mendapat cinta dari insan yang turut cintakan Ilahi.Cinta seterusnya adalah cinta kepada Rasulullah.Alangkah takutnya jika kita tidak diakui sebagai umat Kekasih Allah itu.Nauzubillah.Dulu, terus terang cakap saya tak ambil port sangat tapi apabila suatu hari awak cakap awak merindui Kekasih Allah itu,terdetik rasa syukur dihati saya kerana dipilih Allah untuk jadi sahabat awak.Sahabat yang selalu ingatkan saya tentang Yang Maha Esa,RasulNya.Cinta ketiga adalah pada insan-insan yang begitu besar pengorbanan dalam hidup kita iaitu Ibu dan Ayah kita.Cinta yang seterusnya adalah pada makhluk-makhlukNya yang lain.Berbahagialah kita andai kesemua cinta ini kita miliki.Saya doakan awak mendapat jodoh yang baik serta berkekalan hingga ke syurgaNya.Walau siapapun jodoh yang Allah takdirkan untuk awak,terimalah seadanya.Pasti Allah telah memberikan yang terbaik buat awak.InsyaAllah.Jangan terlalu sedih dengan kisah lalu,berdoalah:"Ya Allah berilah aku pahala dari musibah ini,dan gantilah  dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini"

Ilmu
Ibu awak pernah pesan kat saya masa saya ucapkan terima kasih sebab benarkan saya bersahabat dengan awak,Ibu hanya harap kita utamakan pelajaran untuk masa depan kita,yang lain ibu serahkan pada Yang Berkuasa.Harapan mak,ibu dan ayah perlu kita tunaikan.Semoga Allah berikan kita kekuatan semangat untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini tidak kiralah dimana kita berada.Amen..Awak sendiri pernah tulis kat dalam buku yang awak hadiahkan kat saya bahawa ilmu itu seperti makhluk,jika kita menghampiri ia akan mendekat.Jika kita terjatuh atau tersungkur,kuatkan tekad untuk memburunya semula.InsyaAllah..Doakan kita tidak putus asa kerana kalam Allah telah menyatakan:
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."( Surah Yusuf ayat 12)
Teruskan pendakianmu menuju ke puncak kejayaan..Best of luck!!

Senyum
 Ini tagline kita kan!!Saya harap awak sentiasa tersenyum sebab melihat senyuman awak telah memberi kebahagiaan kepada saya.Kesedihan awak,saya turut rasainya,ngantuk awak pun saya rasa sebab awak akan diam dengan tiba2 bila bercakap.Tau2 je awak dah tido.Bertuah punya sahabat!!(hanya gurauan).Walaupun kita tidak lagi melihat langit yang sama,jangan pernah berhenti untuk mengukir senyuman awak tu.InsyaAllah..saya akan dapat lihat senyuman awak di langit itu.Senyumlah walau dirimu derita tanda awak bersyukur dengan ujianNya.Allah takkan uji kita diluar kemampuan kita.Jangan lupa lagu senyum tu ye.:-)


Teruskanlah perjuangan awak sebagai pengembara ilmu di bumi barakah ini.Syukur kepada Allah S.W.T kerana sudi meminjamkan persahabatan yang sangat indah ini kepada saya.Semoga Dia sentiasa melindungi awak dimana saja awak berada, memimpin awak dengan hidayahNya dan menjaga iman awak supaya tidak mudah luntur dengan asam garam duniawi.Ukhwah Fillah Abadan Abada :-)


Ku Pohon Pada-Nya Untukmu

Sahabat, 
Ku tahu dirimu payah, 
Riak suaramu mengatakan tiada, 
Walhal hatimu resah, 
Jiwa dilanda duka. 

Aku hamba yang lemah, 
Tiada kudrat mengubah payah, 
Namun, ku pohon dan ku pinta, 
Dari Dia yang Maha Kuasa, 
Agar kau kembali ceria dan bahagia, 
Seperti burung gagah mengepak sayapnya. 

Aku pohon pada-Nya, 
Berbekal kekuatan doa, 
Dengan sepenuh hati, 
Menjadi wakil mengadap Ilahi, 
Agar sayapmu kuat seperti dahulu, 
Terbang gah di angkasa biru,
Mengukir senyum seperti selalu. 

Aku pohon pada-Nya, 
Makhluk di langit dan di bumi berdoa sama,
Hingga ia menembus Arasy, 
Doa itu berjumpa Dia,
Dan doa itu pun bersungguh meminta. 

"Wahai Tuhanku, 
Bahagiakanlah sahabatku, 
Janganlah Kau timpakan dia ujian yang tidak mampu dihadapinya.

Wahai Tuhan, 
Berilah dia kegembiraan, 
Janganlah Kau ambil nikmat darinya yang telah Kau beri, 
Hingga tidak mampu untuk dibebani.

Wahai Tuhan, 
Yang Maha Mengasihani, 
Berilah sahabatku ini kebahagiaan, 
Berilah dia kegembiraan,
Luputkanlah duka di hatinya, wahai Tuhan. 

Wahai Tuhan,
Perkenanlah doa ini.
Ya Rabbi, 
Perkenankanlah doa ini.
Kerana hanya dengan izin-Mu semata segalanya terjadi. 
Amin, Amin, Amin. "