Friday, March 23, 2012

Belajar..

BELAJARlah untuk..

~ Bersyukur apabila memperolehi apa yang dihajatimu..kerana syukur itu tanda terima kasih kita kepadaNya
~ Memahami saat orang disekelilingmu perlukan perhatian dan sokonganmu.
~ Mengasihi dan menghindari benci kepada sesiapapun kerana kita semua adalah sama,status sebagai    hambaNya sahaja
~ Bertolak ansur meskipun kau dan dia berbeza pemikiran,kerana itu akan membenihkan mahabbah yang indah
~ Ikhlas seandainya apa yang kau inginkan tidak dicapai kerana Allah tahu apa yang terbaik buatmu..
~ Sabar jika kau dimarahi,dikeji,dicaci oleh orang yang tidak memahamimu sebenar-benarnya..mereka manusia biasa,tidak lari dari berbuat khilaf.
~ Memaafkan kesalahan orang lain kerana kemaafan adalah dendam yang terindah..
~ Tersenyum saat dirimu dirempuh walah kerana senyuman itu tanda kau redha dengan ketentuanNya..
~ Terus berdoa dan tidak putus asa kerana ia adalah senjata orang mukmin dan Allah sentiasa mendengar rintihanmu..

Belajarlah sesuatu dari kehidupan ini kerana ia umpama "sekolah" yang mengajarmu pelbagai perkara yang tidak kau fahami kecuali ketika kau melalui proses pembelajaran itu..sekian..


Monday, March 19, 2012

Apabila Harus Memilih Antara Dua..

Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.
Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih  tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.

'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu. Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia  melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu. Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.
 Ya Allah..berikan aku petunjuk..

Tuesday, March 13, 2012

Tua suda.. :)

Sanah Helwah..
Selamat Hari Lahir..
Happy Birthday..to me!! hehe

Nothing special  compared to last besday except a sweet poem from "sahabatku" yang nun jauh di sana :-)


UKHWAH KITA


di jalan Allah
persahabatan kita berjalan
berdepan ujian dan cabaran
terkadang mengundang tangisan
kerana kekurangan dan kekhilafan
namun kerana Allah semua termaafkan

Di jalan Allah
kau dan aku berukhwah
menjadi ubat di saat lelah
menjadi senang di saat susah
menghulur tongkat di kala rebah

Di jalan Allah
walau jauh beribu batu
dalam doa kita bersatu
mengharap redha Allah yang satu
mengemis cintaNya dan mendamba rindu

Di jalan Allah
ku menyandarkan harapan
persahabatan ini berkekalan
tiada istilah bekas kawan
bersama kita di syurga impian..

“..Bila ucapan teman dikirim dari jauh  tiada kata yang didengar tiada senyuman yang dilihat tapi dapat dirasai ada doa ikhlas dari hati yang mengingati..”
“..Ya Allah, kuatkan lah ikatan silaturrahim diantara kami ..jauhkanlah persengketaan diantara kami..mudah2han kami bersahabat sehingga ke akhirnya..”



P/s Syukran khatira sahabat..it's really touch my heart.. :-)

Sunday, March 4, 2012

Duhai Hati Jangan Terus Bersedih..

Dalam air mata yang meluruh,
Hati berdoa,
Wahai Tuhan ,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku.
Berderaianlah semua kepada-Nya

Lalu,
Pujukan itu datang daripada berbagai penjuru,
Keajaiban datang dalam setiap hari-harimu,
Hujan yang lebat akan teduh apabila dirimu memerlukannya,
Kilat yang menimbulkan ketakutan bertukar menjadi cahaya yang diperlukan di dalam kegelapan,
Pelangi akan terbias di hujung senja walaupun tiada setitik hujan pun menjadi prisma.

Lalu, siapakah lagi yang mampu menjadi pelindung diri?
Lalu, siapakah lagi yang mampu menyembuhkan luka di hati?

Bukankah Allah itu Maha Pemujuk?
Bukankah Allah itu Maha Penyayang?

Tiap titisan air mata yang jatuh ketika sujud,
Pasti ada Dia yang akan menyekanya.

Tiap aduan hati yang penuh sendu,
Pasti ada Dia memujuk hatimu,

Wahai hati,
Sesungguhnya dikau tidak pernah bersendiri,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah,
Dunia itu datang kepadamu,
Kerana hanya dengan perhatian daripada Allah,
Seluruh langit dan bumi seolah-olah bersamamu.

Maka, duhai hati,
Masihkah kau ingin bersedih?

Bergembiralah,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah itu di singgahsana hatimu,
Seisi dunia dengan relanya duduk bersama denganmu. 

sekuat mana dugaan yang melanda,teruskan perjalanan hingga tiba ke destinasi yang  ingin dituju..

Thursday, March 1, 2012

Sabar,Redha,Kuat,Tenang dan Menangis...


~SABAR:
Sabar disebalik kemarahan
Sabar disebalik ujian
Sabar menyelesaikan masalah

~ REDHA:
Redha dengan ketentuanNya
Redha kepada takdirNya
Redha disebalik pada yang terjadi

~ KUAT:
Kuat menghadapi ujian
Kuat melawan nafsu yang tak baik
Kuat mempertahankan maruah dan agama
Kuat menjalani kehidupan yang penuh berliku

~ TENANG:
Tenang Menghadapi kehidupan yang penuh dugaan
Tenang apabila orang berkata-kata nista kepada kita
Tenang apabila dilukai

~ MENANGIS:
Menangis mengenangkan dosadosa yang lalu
Menangis mengenangkan kejahatan dan kesalahan yang lalu..

renungan bersama..