Monday, May 23, 2011

Kun Fayakun...Allah nak ambik "barang" Dia semula...

Pilu..sayu..hiba..itulah yang dapat aku gambarkan tentang perasaanku tatkala mendengar dan membaca berita mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa,Hulu Langat kelmarin..senyap seketika manusia yang sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara..tiada lagi kisah politik..kisah artis..tumpuan kini hanyalah pada mangsa-mangsa kejadian yang menyayat hati itu..KERANA MATI ITU PASTI!!

Kepada keluarga mangsa..redhailah pemergian ahli keluarga tercinta kalian..dah sampai masanya Allah ambil kembali barang milikNya..Innalillahiwainnailaihirajiun..DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali..

SABAR...Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

“Dari Anas bin Malik radhiallâhu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (H.R.Bukhari dan Muslim). 

Sedarkah kita tentang apa yang berlaku di dunia pada hari ini..??tanah runtuh,gempa bumi,tsunami dan sebagainya...ia adalah satu amaran serta peringatan Allah supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Usah terlalu leka mengejar kemewahan di dunia tapi renung-renungkanlah apa bekalan yang akan kita bawa ke sana..aku bukan berkhutbah,cuba betulkan diri sendiri juga..diri yang tidak sempurna..ayuh saudaraku..sama-samalah kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh insan yang telah meninggalkan kita dan mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan  beramal soleh..Al-Fatihah..










segala yang berlaku adalah ketentuanNya..ada hikmah disebalik semua ini..La Tahzan

No comments:

Post a Comment