Saturday, December 17, 2011

Entry terakhir..

Hmm..sedih sebenarnya nak tulis memandangkan mungkin ini adalah entry terakhir aku bagi tahun ni..Bukan aku tak nak tulis dah tp..due a few reasons,i have to do it.. :-( mana tak sedih sbb kat sini la aku luahkan ape yang aku rasa,pendapat,kongsi cerita dengan follower,reader mahupun hater aku..Memang berat ati  nak buat keputusan ni..Aku nak pergi ke "suatu" tempat buat seketika,so korang tak boleh ikut..huhu..Apepun,aku harap aku dapat menulis lagi..Korang jaga diri baik2..dan senyum selalu..ok la,aku tinggalkan entri ni dengan kata2 yang aku suka sangat baca bila aku sedih..ilal liqa'

saat kita menempuhi onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tak berhenti
kesedihan terus bersemadi dalam hati
ketika itu sabar pun sudah tak dikenali lagi
dalam terharu..air mata tumpah jua
WAHAI HAMBA ILAHI..
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
NAMUN...
jangan risau manusia..
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih Sayang-Nya
PERCAYALAH..
Allah tidak akan menduga hamba-Nya
kecuali untuk melihat hamba-Nya
tersenyum di sana
tertawa di sana
berbahagia di sana
InsyaAllah..di syurga
yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..oh indahnya!
di dalam hati manusia itu ada kekusutan dan tidak akan terurai
KECUALI
menerima kehendak Allah..
WAHAI HAMBA ALLAH..
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya
kesedihan demi kesedihan..
bakal membuatkan anda semakin terperuk dalam keputusasaan
dan dunia  yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna
PADAHAL..
dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurga-Nya
yang tersangat indah dan bebas dari kesedihan
GARA-GARA KESEDIHAN
air yang manis terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
INGATLAH..
tangisan terindah itu
apabila butir-butir air mata
mengalir hangat di pipi
lantaran begitu kerdil di sisi Tuhan
dan begitu berdosanya kita di sisi Allah
WAHAI HAMBA ALLAH..
lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirian
sepanjang hidup dan usiamu
jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan
simpan...jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan kau dengar..
simpan...buat pedoman..
JANGAN BERSEDIH..
Allah sentiasa bersamamu


Friday, December 16, 2011

Pasrah Segalanya..


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Thursday, December 15, 2011

....

Aku hanyalah manusia biasa..Yang mempunyai segudang kelemahan, segudang kekurangan, segudang keresahan..Yang mempunyai perasaan biasa… Yang terkadang tidak terkawal, hilang kesabaran, dikuasai emosi dan nafsu amarah, kadang merasa kecewa dan sulit menerima kenyataan yang tidak seindah harapan.. Yang kadang merasa kesal, marah dan menangis...



Allah.. jangan bebankan sesuatu yang tak sanggup aku memikulnya
jangan beri aku perasaan yang tak mampu aku memahaminya
jangan gelapkan mata ku pada mimpi yang tak mugkin aku mencapainya
hanya pada MU Allah.. aku berserah..
untuk tiap doa dalam alunan malam ku


jaga aku ya Rabb.

Tuesday, December 13, 2011

CUBA TEKA..


Pada suatu hari saya bersama rakan saya telah menghadiri suatu ceramah yang telah dianjurkan oleh satu badan keagamaan.program ini telah diadakan di Gombak pada januari 2009.
Semasa sesi ceramah diadakan penceramah program ini telah mengajukan satu soalan kepada kami.beliau memegang satu gelas yang berisi air kosong memenuhi gelas itu.kemudian dia telah bertanya kepada kami berapa berat air di dalam gelas itu.saya menjawab 100gm,kawan saya jawab 150gm,kemudian 200gm,250gm,300gm dan ……….walaupun gelas itu diisi penuh tetapi ia tetap ringan

Kemudian penceramah itu meminta saya untuk memegang gelas itu selama 1minit,2minit,3minit dan……
Akhirnya saya mengalah kerana tangan saya mula lenguh-lenguh.saya tidak dapat menunai kan permintaan dia yang menyuruh saya memegang selama setengah jam.

Kemudian dia menjelaskan kepada saya cara untuk menyelesaikan masalah  itu.katanya untuk menyelesaikan masalah itu kenapa tak letak sahaja gelas itu dan apabila sudah tidak berasa lenguh-lenguh kemudian sambung kembali.saya tertanya-tanya apa motifnya???????????

Akhirnya semua terjawab.penceramah itu menjelaskan perkara yang di sebaliknya.dia membandingkan dengan kehidupan seharian kita yang sering dilanda masalah.walau berat atau ringan masalah kita kenapa tidak mengambil masa untuk melupakan masalah itu seketika?dengan ada nya masa yang terluang itu boleh digunakan untuk kita berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.kita juga boleh mencari teman untuk kongsi masalah kita itu.cari lah seberapa ramai orangnya.dan apabila kita jumpa penyelesaian masalah itu bolehlah kita bertindak dan akhirnya kita akan dapat mengecapi perasaan ‘manisnya madu’





Kisah ni kawan aku yang bagik..sangat menarik kan..Thanks my fren.

pssttt..arini rasa penat sgt,xde semangat..aku perlukan sesorang untuk berkongsi rasa ,mendengar aku mengeluh,menadah telinga dengar aku membebel,memujuk bila aku menangis..siapa ye??

Sunday, December 11, 2011

Apa jua dugaan..teruskan melangkah..

Dalam musim nak dekat2 final exam ni,aku yakin ramai yang menghadapi sedikit tekanan terutamanya dalam bab menyiapkan assigment..termasuklah aku..Tugasan yang semakin dekat due date menuntut seribu pengorbanan yang adakalanya buat kita rasa cam nak ignore je,rasa maleh,buat ala kadar je tugasan tu..klu skit takpela kan,tapi klu banyak??hmm..be patient..

Tadi kawan aku cerita pasal sorang dak junior,ditimpa pelbagai dugaan sejak masuk sini.Bagi aku,dia seorang yang kuat dari segi spiritual walaupun badan dia nampak lemah.Kekuatan semangat untuk terus menimba ilmu adalah kejayaan sebenar bagi seseorang.Kadangkala kita monolog sendirian.."apa sebenarnya Tuhan nak tunjuk kat aku..".."boleh tak aku lalui semua ni..."nape aku diuji macam ni.."..macam2 lagi la..Jangan mengeluh..

Kadangkala Allah turunkan hujan,kita tercari2 mana matahari..rupanya Allah nak hadiahkan pelangi kat kita..ayat yang selalu kita baca dan dengar kan..

Masa usrah tadi,aku ajukan soalan kat kumpulan usrah aku pasal ujian ni.Alhamdulillah,jawapan positif yang aku terima.Bila kita sedih,tertekan dengan ujian yang melanda..ingatlah yang ada lagi orang yang lebih teruk ujian yang Allah kat dia berbanding ujian yang Allah bagi kat kita.Bila dilanda ujian..bersyukurlah kerana dipilih oleh Allah,kerana orang sebegini hatinya mudah dekat denganNya.Tika ujian melanda,apa jua rasa,usah pejamkan mata terlalu lama tapi bangkitlah untuk mengharungi hari2 yang mendatang dan teruskan melangkah sehingga kita kembali kepada Sang Pencipta..

Wednesday, December 7, 2011

register course just like a battle..

masa nak add/drop subjek untuk semester depan student biasanya..

-bangun awal2 pagi dan mengadap laptop
-ada yang tak pi kelas semata2 nak register subjek
-blok yang pg2nya sunyi bertukar riuh.."ko dah dapat add blom?"-soalan femes
-mesej,fesbuk lebih aktif daripada biasa
-ada yang bawak laptop ke sana ke mari utk cari wifi yang x semput..
-those who get the subject will win,if not...you have to wait for next semester..

Monday, December 5, 2011

semalam,hari ini..dan esok

update skit sebelum tdo..ehm..
semalam..aku rasa agak stress bila aku n kawan aku arrange jadual untuk sem depan..agak padat ditambah pulak dengan subjek yang tough.Aku tertanya2..boleh tak aku nak hadapi ni?Then ada seseorang habaq kat aku.
"izah..Dalam kitab La Tahzan kan,ada tajuk hari ini milik kita,dia bgtau yang esok belum tentu terjadi,napa nak sedih atau stress dengan benda yang tak jadi lagi??Apa yang kita kena buat adalah,gunakan hari ini sebaik mungkin agar esok kita tak hadapi masalah.." panjang lebar dia bgtau kat aku..trima kasih.. :-) Bait2 kata tu betul2 membuatkan aku berfikir dan memahami apa yaang aku lalui.

harini..aku telah laluinya dengan rasa tenang,tiada masalah yang besar..Alhamdulillah..

dan esok..aku berharap dapat melaluinya dengan tabah sekali,dengan penuh syukur..InsyaAllah..

 "jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,Dia tak boleh dihalang oleh mana2 tangan sekalipun..dan jika Allah  menghalang kebahagiaan seseorang,Dia tidak boleh dihulur oleh mana2 tangan sekalipun.."

Sebenarnya,hanya kita yang mampu motivasikan diri kita sendiri untuk hadapi satu2 perkara.Orang lain adalah sebagai penyokong dan pendorong tapi yang menggerakkannya adalah diri kita sendiri.Hati kita perlu ditarbiah terlebih dahulu dan kita perlu sedar yang semua yang kita ada.kita lalui adalah "pinjaman"dari Allah.
Apa jua rasa..jangan pejamkan mata terlalu lama tapi hadapilah harini dan esok  dengan rasa kesyukuran..dan semalam..biarkan ia berlalu,menyimpan segala kenangan serta pengajaran buat kita..

La tahzan izah..

Saturday, December 3, 2011

Kelebihan seorang wanita..

Salam semua..cmna kehidupan hujung minggu anda?hope semuanya baik2 je la..InsyaAllah..k la,kali ni aku nak share skitla pasal kelebihan seorang wanita..jom baca :-)


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday, December 2, 2011

Ketika Hati Diuji..


Begitu banyak cerita hatiku
Ada suka ada duka
Kadangkala dipendamkan sahaja
Kerana bimbang disalah duga 
Adakalanya aku hanya mampu berdiam
Menghadapinya sendirian bersama tangisan
Hanya mampu berdoa kepada-Nya

Tiada apa yang dipinta kepada-Nya
Hanya keredhaanNya sentiasa bersama
Berserta ketabahan tika ujian melanda
Supaya hati tidak jauh dari Sang Pencipta

Wahai Tuhan pemilik seluruh alam
Pemilik hatiku yang kudus ini juga
Jangan kau jadikan hatiku ini kegelapan
Tanpa cahaya kasih sayang-Mu
Jangan Kau jadikan hati ini lalai
 dari mengingati-Mu juga
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu