Tuesday, December 13, 2011

CUBA TEKA..


Pada suatu hari saya bersama rakan saya telah menghadiri suatu ceramah yang telah dianjurkan oleh satu badan keagamaan.program ini telah diadakan di Gombak pada januari 2009.
Semasa sesi ceramah diadakan penceramah program ini telah mengajukan satu soalan kepada kami.beliau memegang satu gelas yang berisi air kosong memenuhi gelas itu.kemudian dia telah bertanya kepada kami berapa berat air di dalam gelas itu.saya menjawab 100gm,kawan saya jawab 150gm,kemudian 200gm,250gm,300gm dan ……….walaupun gelas itu diisi penuh tetapi ia tetap ringan

Kemudian penceramah itu meminta saya untuk memegang gelas itu selama 1minit,2minit,3minit dan……
Akhirnya saya mengalah kerana tangan saya mula lenguh-lenguh.saya tidak dapat menunai kan permintaan dia yang menyuruh saya memegang selama setengah jam.

Kemudian dia menjelaskan kepada saya cara untuk menyelesaikan masalah  itu.katanya untuk menyelesaikan masalah itu kenapa tak letak sahaja gelas itu dan apabila sudah tidak berasa lenguh-lenguh kemudian sambung kembali.saya tertanya-tanya apa motifnya???????????

Akhirnya semua terjawab.penceramah itu menjelaskan perkara yang di sebaliknya.dia membandingkan dengan kehidupan seharian kita yang sering dilanda masalah.walau berat atau ringan masalah kita kenapa tidak mengambil masa untuk melupakan masalah itu seketika?dengan ada nya masa yang terluang itu boleh digunakan untuk kita berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.kita juga boleh mencari teman untuk kongsi masalah kita itu.cari lah seberapa ramai orangnya.dan apabila kita jumpa penyelesaian masalah itu bolehlah kita bertindak dan akhirnya kita akan dapat mengecapi perasaan ‘manisnya madu’





Kisah ni kawan aku yang bagik..sangat menarik kan..Thanks my fren.

pssttt..arini rasa penat sgt,xde semangat..aku perlukan sesorang untuk berkongsi rasa ,mendengar aku mengeluh,menadah telinga dengar aku membebel,memujuk bila aku menangis..siapa ye??

No comments:

Post a Comment