Sunday, December 11, 2011

Apa jua dugaan..teruskan melangkah..

Dalam musim nak dekat2 final exam ni,aku yakin ramai yang menghadapi sedikit tekanan terutamanya dalam bab menyiapkan assigment..termasuklah aku..Tugasan yang semakin dekat due date menuntut seribu pengorbanan yang adakalanya buat kita rasa cam nak ignore je,rasa maleh,buat ala kadar je tugasan tu..klu skit takpela kan,tapi klu banyak??hmm..be patient..

Tadi kawan aku cerita pasal sorang dak junior,ditimpa pelbagai dugaan sejak masuk sini.Bagi aku,dia seorang yang kuat dari segi spiritual walaupun badan dia nampak lemah.Kekuatan semangat untuk terus menimba ilmu adalah kejayaan sebenar bagi seseorang.Kadangkala kita monolog sendirian.."apa sebenarnya Tuhan nak tunjuk kat aku..".."boleh tak aku lalui semua ni..."nape aku diuji macam ni.."..macam2 lagi la..Jangan mengeluh..

Kadangkala Allah turunkan hujan,kita tercari2 mana matahari..rupanya Allah nak hadiahkan pelangi kat kita..ayat yang selalu kita baca dan dengar kan..

Masa usrah tadi,aku ajukan soalan kat kumpulan usrah aku pasal ujian ni.Alhamdulillah,jawapan positif yang aku terima.Bila kita sedih,tertekan dengan ujian yang melanda..ingatlah yang ada lagi orang yang lebih teruk ujian yang Allah kat dia berbanding ujian yang Allah bagi kat kita.Bila dilanda ujian..bersyukurlah kerana dipilih oleh Allah,kerana orang sebegini hatinya mudah dekat denganNya.Tika ujian melanda,apa jua rasa,usah pejamkan mata terlalu lama tapi bangkitlah untuk mengharungi hari2 yang mendatang dan teruskan melangkah sehingga kita kembali kepada Sang Pencipta..

No comments:

Post a Comment