Friday, December 2, 2011

Ketika Hati Diuji..


Begitu banyak cerita hatiku
Ada suka ada duka
Kadangkala dipendamkan sahaja
Kerana bimbang disalah duga 
Adakalanya aku hanya mampu berdiam
Menghadapinya sendirian bersama tangisan
Hanya mampu berdoa kepada-Nya

Tiada apa yang dipinta kepada-Nya
Hanya keredhaanNya sentiasa bersama
Berserta ketabahan tika ujian melanda
Supaya hati tidak jauh dari Sang Pencipta

Wahai Tuhan pemilik seluruh alam
Pemilik hatiku yang kudus ini juga
Jangan kau jadikan hatiku ini kegelapan
Tanpa cahaya kasih sayang-Mu
Jangan Kau jadikan hati ini lalai
 dari mengingati-Mu juga
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu



No comments:

Post a Comment