Saturday, June 11, 2011

Bisikan Nurani..sebab awak istimewa


Salam..
Saat awak membaca nota ni,mungkin awak dah berada amat jauh dari saya.Jauh di bumi anbia,mengejar cita2 awak  untuk mendidik anak bangsa..cita2 yang  buat saya bangga dapat kenal awak,..
Awak..
Ingat lagi tak masa kita mula2 kenal?masa tu saya ym ngan kawan awak..kawan baik awak yang kenalkan kita,cuak betul saya masa tu sebab dia cakap awak belajar jauh,lagipun masa tu saya sibuk mencari ilmu dimuka bumi Allah ni,saya jarang dapat hubungi awak .awak pula sibuk tolong keluarga awak ..tapi awak bagi no fon awak,senang nak contact.Saya simpan je no awak  sebab saya rasa malu nak mulakan perkenalan ngan awak.Ada jugak awak telefon saya tapi saya takut nak angkat.Kawan saya pun hairan dengan saya sebab selalunya saya ok je.Mesej awak pun biasa2 je masa tu.Kita berhubung melalui sms je.Akhirnya,masa hari jadi saya,saya kuatkan semangat untuk telefon awak..Subhanallah!sedapnya suara awak,cam suara senior saya masa skolah dulu..awak plak kata suara saya cam suara senior awak.Kebetulan yang manis .Sejak hari tu kita jadi makin rapat,jadi kawan baik..saya selalu kata saya ni PA awk sebab semua aktiviti awak saya tahu..Pa tanpa gaji..Kadang2 saya jadi doktor untuk awak,suruh awak makan ubat bila awak sakit.
Awak..
Saya ingat lagi kejutan yang awak nak buat masa harijadi saya dulu.Awak kata nak jadi orang pertama telefon saya  nak nyanyi “Happy Birthday” kat saya,tapi awak silap tarikh..lucunya..awak jadi orang keberapa ntah wish birthday saya.,tapi xpela..walaupun kejutan tu tak jadi,awak tetap nyanyi untuk saya..Terima kasih awak!Mula2 saya tak tau ape2 tentang awak,lama kelamaan saya memahami sikap,kesukaan dan kelemahan awak.Seronoknya dapat kenal awak ni..saya ingat lagi mesej awak tentang saya..yang lain  x wat saya senyum,yang lain tak temankan saya time saya sedih,yang lain tak lahir !#)#*(..yang lain tak ingat saya time dia makan,yang lain..saya betul2 terharu masa tu,tapi saya saje nak kenakan awak..saya balas la..yang ni slalu kacau time saya tido!hehehe..awak gelak je baca mesej saya tu.
Awak..
Ingat lagi tak masa kita selisih paham dulu.?masa tu saya nangis sebab takut kehilangan kawan cam awak.Awak cakap kat saya awak xnak percaya kat saya dah,tapi awak tak boleh berhenti untuk percayakan saya..Awak nak tau tak?Awak ni baik sangat,selalu buat saya gembira..bila saya rasa down,awak cepat2 ingatkan saya yang Allah tengah uji saya,Allah sayang sangat kat saya..Bila saya nak exam,awak slalu bacakan doa untuk saya..Doa supaya Allah permudahkan urusan saya..bukan urusan saya je awak,urusan awak jugak la..Saya ingat lagi masa saya demam,awak risau sangat kat saya.Takut jadi ape2 kat saya..Saya gurau2 ngan awak,kalau saya dah takde kat dunia ni,kita jumpa kat syurga..Awak kena jaga diri baik2,jaga ibu ngan ayah,jaga iman,..Awak  cakap saya merepek je.
Awak..
Satu hari, awak bagitau saya yang awak akan dijodohkan oleh ibu dan ayah awak dengan seseorang yang mereka berkenan..Mula2 awak tak nak bagitau sebab takut saya sedih tapi akhirnya awak bagitau jugak.Saya tanya kenapa..Awak cakap awak tak pandai bohong saya..Percayanya awak kat saya!Susahnya nak jumpa orang sebaik awak,.Awak sangat istimewa  dalam hidup saya.Saya ingat lagi,saya buat2 gembira sebab saya tak nak tunjuk yang saya sedih sangat dengar berita tu.Awak marah saya sebab main2,siap nyanyi lagi untuk awak..Tapi bila awak nangis,automatik air mata saya turun jugak..awak cakap kita jangan lost contact,awak suruh saya jaga diri,awak cerita balik perangai saya camne..yang paling saya tak boleh lupa bila awak suruh saya cari orang yang dapat bahagiakan saya,temankan saya saat suka duka..macam persahabatan kita.Masa tu saya dah tersedu2..Sedih sangat..Saya cakap kat kat awak,mungkin dia adalah jodoh  awak..sebab tiada orang tua mahukan anaknya menderita,pasti mereka dah  fikirkan itu yang terbaik buat awak.Lelaki baik buat wanita yang baik.Awak cakap awak takut nak buat istikharah sebab takut ada hati yang terluka.Awak ni memang seorang yang memikirkan perasaan orang sebelum perasaan awak..Awak cakap kat saya kisah kita ni macam dalam cerita Ayat-ayat cinta .Kisah Maria dan Fahri.Awak kata;Jodoh tu dari hati,dekat sekali..Awak bagitau awak nak habiskan belajar dulu,baru fikir pasal semua ni.Awak..apa jua keputusan awak,saya sokong,.Apa yang penting bagi saya,awak bahagia..tu  je..
Awak..
Dari hati yang ikhlas,saya nak bagitau yang dah lama saya sukakan awak,sayangkan awak.Saya sendiri tak sedar bila perasaan itu hadir..Aneh sangat rasanya sebab walaupun kita kenal tak lama tapi kita serasi.Saya sentiasa tertanya2 tentang itu.Awak..saya doakan awak bahagia walau siapa pun pilihan awak..Saya akan sentiasa merindui kenangan kita masa susah dan senang.Awak pernah bagitau saya;Kalau kita takde jodoh..itulah yang terbaik buat kita dan kalau kita berjodoh,itu juga yang terbaik untuk kita..Apa2 pun kita tetap kawan.Walaupun saya sedih,saya cuba pujuk hati saya supaya redha..Belajar untuk menerima bahawa mencintai tak semestinya memiliki..sebelum bercinta,muhasabah dahulu cinta kita dengan Allah,dengan keluarga dan saudara kita.InsyaAllah,andai ada jodoh,Allah akan takdirkan kita bertemu kembali.Jika tidak,awak memang tak ditakdirkan buat saya sejak awal2 lagi melainkan  ukhwah kita sebagai sahabat sejati.Terima kasih sebab kenalkan saya erti cinta..Berjuanglah demi agamamu,keluargamu,.biarkan Dia sahaja yang tentukan nilai ukhwah yang terjalin ini..
Wahai... pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Kupasrah semua padaMu....

tuhan...baruku sedar...
indah, nikmat sehari itu...
tak pandai aku bersyukur..
kini aku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar...
jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini Ya Ilahi Muhasabah cintaku

Wasalam..
Pssst..kisah ini sekadar renungan..

1 comment:

  1. Yang indah akan tiba bila masanya..

    ReplyDelete