Wednesday, June 15, 2011

Impian..

Setiap orang mempunyai impian masing2..namun adakalanya takdir yang ditentukan menyebabkan kita tak "bersetuju" dengan ape yang telah diimpikan..

Begitu juga aku..mengharapkan seseorang utk menjadi imamku..sesorang yang boleh membimbing aku,mengharungi suka duka bersama..seperti telah bertemu..namun aku sendiri tak pasti dengan rencana Ilahi ini..gusar untuk mencipta impian yang tinggi,takut impian  hanya tinggal kenangan..Allah Allah Allah..bantulah aku..

Teringat pesan kak ida saat aku buntu dengan pilihanku :


"... izzah ingat balik surah al-baqarah:216. "Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." semua tu adalah ketentuan-Nya oh adikku... Allah mengetahui yg terbaik buat izzah... memang perit nak lepaskan insan yg kita syg... nk pula kita dah kenali dia n dah tanam hasrat, impian n matlamat untuk bersama dgn dia... mmg susah nk lupakan dia...kalau bolehpun mngkin ambil msa
izzah bincanglah dengan dia, andai ada jodoh kalian....itulah yg terbaik...dan andai sebaliknya itu tetap yg terbaik buat izzah dan dia... iringkan dia dengan doa smoga dia bahgia...
Allah sedang mentarbiah izzah dengan dugaan ni... setiap yg kita ada, yg kita miliki semua pinjaman...Allah berhak mengambilnya bila2 masa...kita hanya peminjam dik... mungkin apa yg kita ada tu bukan milik kita... jd, kita kena kuat untuk terima qada dan qadar.... akk x mampu nk bg nasihat lain, selain berdoalah untuk dia... mintalah pertolongan dari Pencipta kita yg 1.... Allah nk dengar rintihan hambaNya..."

Terima kasih kak ida dan kak nurin,merekalah tempat aku berkongsi masalah,bercerita tentang impian dan harapan..Semoga Allah terus tautkan hati kita..Amin

~masih meneruskan kehidupan walaupun adakalanya hampir tersungkur kerana aku yakin,Allah telah tentukan  apa yang terbaik buatku~

No comments:

Post a Comment