Sunday, May 27, 2012

Ujian itu Tailor-made

Currently listening : Epilog Silam by Haikal


Update skit sebelum menyambung semula tugasan.Orang dah habes aku ado lagi..Tahniah izzah!(erk) >.<
Ok la..time2 nak exam ni ujian akan datang..tak kira la bagaimana bentuk ujian itu. Ujian Allah itu tailor-made..


Tailor-made??

"Huh? What do you mean?"
"Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama


"Untuk apa Allah beri kita semua ini?"

"Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini."
''Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.''
k..dah faham? faham skit2 pun ok la..
Tapi bagaimana untuk menghadapi ujian atau masalah itu? Nak redha terus ke..redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah..(cam kenal je ayat ni..huhu).Aku bagi satu analogi..
satu gelas yang berisi air kosong memenuhi gelas itu. Agak2 berapa berat gelas tu? 100gm, 150gm,200gm,250gm,300gm dan ……….walaupun gelas itu diisi penuh tetapi ia tetap ringan. kemudian cuba korang pegang gelas itu selama 1minit,2minit,3minit dan……paling lama pun setengah jam la..agak2 larat tak nak pegang lama2 camtu?kalau aku..pegang seminit terus minum..hehe. Kawan aku pernah test buat camtu,last2 dia mengalah kerana tangan dia mula lenguh-lenguh..Aku bertanya, kenapa tak letak sahaja gelas itu dan apabila sudah tidak berasa lenguh-lenguh kemudian sambung kembali. Dia tertanya-tanya apa motifnya???????????
Begini..
Cuba kita bandingkan analogi tersebut dengan kehidupan seharian kita yang sering dilanda masalah.walau berat atau ringan masalah kita kenapa tidak mengambil masa untuk melupakan masalah itu seketika?dengan ada nya masa yang terluang itu boleh digunakan untuk kita berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.kita juga boleh mencari teman untuk kongsi masalah kita itu.cari lah seberapa ramai orangnya.dan apabila kita jumpa penyelesaian masalah itu bolehlah kita bertindak dan akhirnya kita akan dapat mengecapi perasaan ‘manisnya madu’.. InsyaAllah..

jangan sedih sangat..ukirkan senyuman :)


p/s: Selamat menduduki peperiksaan ye sahabat..Aja2 fighting!! ( > .< )v





No comments:

Post a Comment