Saturday, November 12, 2011

hari ini hanya pinjaman dari Allah..(entry khas)

Salam..entry kali ini aku tujukan khas buat seseorang yang istimewa dalam hidup aku.Seseorang yang mengajar banyak benda tentang kehidupan.Tarikh arini sangat bermakna buat aku.Sabarlah duhai hati..



Sebenarnya agak sukar untuk saya menaip kerana pasti ada titisan air mata mengiringi setiap bait kata-kata yang saya ingin luahkan kepada awak.Ya Allah..berikan aku kekuatan..Perkenalan kita singkat tapi saya rasa macam dah bertahun-tahun kenal awak.Subhanallah!Cantiknya perancangan Allah buat saya dan awak.Masih terbayang tulisan awak yang menyatakan bahawa persahabatan kita disulam kerana Allah.Kini, kita akan berpisah keranaNya juga.Saya tak nak menangis tapi..entahla.Saya rasa sayu mengenangkan kisah persahabatan kita.Penuh suka duka tapi apa yang penting sekarang,hadapi ujian ini dengan rasa syukur dan sabar.Mungkin saya akan rasa agak janggal bila jarang2 dapat contact awak tapi inilah kenyataan yang perlu diterima dengan IKHLAS.Saya dah bersedia untuk itu.Pergilah berjuang sahabatku!!

Terima kasih kerana mentarbiah diri saya untuk jadi lebih tabah dan memperbaiki diri untuk gapai redha Allah.Terima kasih atas "STANZA CINTA" yang awak  tolong belikan tu.Ia benar2 menyentuh hati saya..Terlalu banyak terima kasih dan kemaafan yang saya nak pohon dari awak.Awak selalu cakap yang awak buat saya sering sedih dan menangis..tapi kita dah temui kebenaran dalam kalam  yang bermaksud:
"Bahawa Dialah yang membuat orang tertawa dan menangis"(surah An-Najm:43)
Janganlah sesekali menyalahkan diri atas apa yang telah Allah tentukan buat kita kerana Allah berbuat demikian untuk memberi balasan kepada apa yang telah kita lakukan.Maha Suci Allah yang mengaturkan sesuatu mengikut apa yang kita perlukan,bukan mengikut kehendak kita.

Redha
Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu kerana itu memang bukan milikmu.BERSIHkan,IKHLASkan, REDHAlah  hati kita dan TAWAKAL dengan ketentuanNya.Saya mendefinisi maksud tawakal melalui novel yang awak belikan tu.Tawakal ialah apabila kita yakin bahawa segala yang ditentukan oleh Allah kepada kita akan diperolehi juga walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya.Dan kita yakin bahawa segala yang tidak ditentukan oleh Allah kepada kita pasti tidak akan kita perolehi meskipun seluruh isi alam membantu kita.Saya selalu cakap kat awak,redhalah dengan ketentuan Allah dan belajarlah untuk tersenyum walaupun terpaksa menghadapi kehilangan.Itu adalah fitrah insan.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Alangkah manisnya pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah, yang mana  menjadi impian setiap insan.

Kenangan
Saya akan terus mengingati suka duka persahabatan kita.Terpisah jauh antara dua benua tidak bermakna awak akan turut hilang dalam ingatan saya melainkan Allah menarik kembali ingatan saya.Bagi saya,awak adalah "anugerah" dari Allah buat saya ketika saya masih tercari-cari ketenangan.Masalah-masalah yang melanda adakalanya buat saya lemah dan tiap kali itulah hati saya merintih supaya Allah hadirkan seseorang untuk saya berkongsi perasaan saya.Alhamdulillah..awak hadir dicelah-celah hambaNya untuk menyuntik kembali semangat saya yang hampir-hampir tenggelam.Masih segar diingatan saya saat awak menangis kerana peristiwa yang menyentuh hati dahulu.Itulah kali pertama saya mendengar tangisan awak!!Tapi akhirnya awak ukirkan juga senyuman demi saya.Sejak itu saya sedar yang saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini.

Ibu dan Ayah
Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang ibu dan ayah awak dengan saya.Sesungguhnya hati saya benar-benar tersentuh  apabila buat kali pertamanya memanggil ayah awak denagn panggilan "ayah".Terasa saya mendapat kembali kasih sayang arwah abah yang telah dijemput Ilahi.Rindunya saya pada senyuman ibu dan gelak tawa ayah awak.Alhamdulillah..tak terhitung syukur kepada Allah dengan kehadiran ibu dan ayah awak dalam hidup saya.Doakan semoga Allah sentiasa tautkan hati-hati kita untuk gapai redhaNya.Doakan juga Allah sudi meminjamkan lagi umur kepada emak,ibu dan ayah kita ye.Terima kasih kesekian kalinya sebab awak selalu bacakan yassin untuk insan kesayangan yang telah pergi tingglkan saya.Awak memang sahabat yang terbaik.Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai sahabat dengan penuh keikhlasan.Itu yang saya nampak dari mata hati saya.

Cinta
Cinta itu fitrah.Setiap insan pasti mempunyai kenginan untuk disayangi dan dikasihi.Saya mengasihi awak kerana Allah.Itu yang dapat saya luahkan.Takut sekali rasanya hendak bercerita tentang cinta,bimbang tersalah definisi.Namun,saya nak ingatkan diri saya dan jugak awak supaya kejarlah dahulu cinta Ilahi,nescaya kita akan mendapat cinta dari insan yang turut cintakan Ilahi.Cinta seterusnya adalah cinta kepada Rasulullah.Alangkah takutnya jika kita tidak diakui sebagai umat Kekasih Allah itu.Nauzubillah.Dulu, terus terang cakap saya tak ambil port sangat tapi apabila suatu hari awak cakap awak merindui Kekasih Allah itu,terdetik rasa syukur dihati saya kerana dipilih Allah untuk jadi sahabat awak.Sahabat yang selalu ingatkan saya tentang Yang Maha Esa,RasulNya.Cinta ketiga adalah pada insan-insan yang begitu besar pengorbanan dalam hidup kita iaitu Ibu dan Ayah kita.Cinta yang seterusnya adalah pada makhluk-makhlukNya yang lain.Berbahagialah kita andai kesemua cinta ini kita miliki.Saya doakan awak mendapat jodoh yang baik serta berkekalan hingga ke syurgaNya.Walau siapapun jodoh yang Allah takdirkan untuk awak,terimalah seadanya.Pasti Allah telah memberikan yang terbaik buat awak.InsyaAllah.Jangan terlalu sedih dengan kisah lalu,berdoalah:"Ya Allah berilah aku pahala dari musibah ini,dan gantilah  dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini"

Ilmu
Ibu awak pernah pesan kat saya masa saya ucapkan terima kasih sebab benarkan saya bersahabat dengan awak,Ibu hanya harap kita utamakan pelajaran untuk masa depan kita,yang lain ibu serahkan pada Yang Berkuasa.Harapan mak,ibu dan ayah perlu kita tunaikan.Semoga Allah berikan kita kekuatan semangat untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini tidak kiralah dimana kita berada.Amen..Awak sendiri pernah tulis kat dalam buku yang awak hadiahkan kat saya bahawa ilmu itu seperti makhluk,jika kita menghampiri ia akan mendekat.Jika kita terjatuh atau tersungkur,kuatkan tekad untuk memburunya semula.InsyaAllah..Doakan kita tidak putus asa kerana kalam Allah telah menyatakan:
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."( Surah Yusuf ayat 12)
Teruskan pendakianmu menuju ke puncak kejayaan..Best of luck!!

Senyum
 Ini tagline kita kan!!Saya harap awak sentiasa tersenyum sebab melihat senyuman awak telah memberi kebahagiaan kepada saya.Kesedihan awak,saya turut rasainya,ngantuk awak pun saya rasa sebab awak akan diam dengan tiba2 bila bercakap.Tau2 je awak dah tido.Bertuah punya sahabat!!(hanya gurauan).Walaupun kita tidak lagi melihat langit yang sama,jangan pernah berhenti untuk mengukir senyuman awak tu.InsyaAllah..saya akan dapat lihat senyuman awak di langit itu.Senyumlah walau dirimu derita tanda awak bersyukur dengan ujianNya.Allah takkan uji kita diluar kemampuan kita.Jangan lupa lagu senyum tu ye.:-)


Teruskanlah perjuangan awak sebagai pengembara ilmu di bumi barakah ini.Syukur kepada Allah S.W.T kerana sudi meminjamkan persahabatan yang sangat indah ini kepada saya.Semoga Dia sentiasa melindungi awak dimana saja awak berada, memimpin awak dengan hidayahNya dan menjaga iman awak supaya tidak mudah luntur dengan asam garam duniawi.Ukhwah Fillah Abadan Abada :-)


Ku Pohon Pada-Nya Untukmu

Sahabat, 
Ku tahu dirimu payah, 
Riak suaramu mengatakan tiada, 
Walhal hatimu resah, 
Jiwa dilanda duka. 

Aku hamba yang lemah, 
Tiada kudrat mengubah payah, 
Namun, ku pohon dan ku pinta, 
Dari Dia yang Maha Kuasa, 
Agar kau kembali ceria dan bahagia, 
Seperti burung gagah mengepak sayapnya. 

Aku pohon pada-Nya, 
Berbekal kekuatan doa, 
Dengan sepenuh hati, 
Menjadi wakil mengadap Ilahi, 
Agar sayapmu kuat seperti dahulu, 
Terbang gah di angkasa biru,
Mengukir senyum seperti selalu. 

Aku pohon pada-Nya, 
Makhluk di langit dan di bumi berdoa sama,
Hingga ia menembus Arasy, 
Doa itu berjumpa Dia,
Dan doa itu pun bersungguh meminta. 

"Wahai Tuhanku, 
Bahagiakanlah sahabatku, 
Janganlah Kau timpakan dia ujian yang tidak mampu dihadapinya.

Wahai Tuhan, 
Berilah dia kegembiraan, 
Janganlah Kau ambil nikmat darinya yang telah Kau beri, 
Hingga tidak mampu untuk dibebani.

Wahai Tuhan, 
Yang Maha Mengasihani, 
Berilah sahabatku ini kebahagiaan, 
Berilah dia kegembiraan,
Luputkanlah duka di hatinya, wahai Tuhan. 

Wahai Tuhan,
Perkenanlah doa ini.
Ya Rabbi, 
Perkenankanlah doa ini.
Kerana hanya dengan izin-Mu semata segalanya terjadi. 
Amin, Amin, Amin. "

No comments:

Post a Comment