terasa sedih pulak bila baca status sahabatku yang akan pulang ke tempat dia belajar.Bukan dekat..nun jauh disana.. ;-( tapi sebagai sahabat aku bangga menjadi sahabatmu yang paling dipercayai.dan aku tahu bahawa setiap permulaan ada pengakhirannya,setiap pertemuan ada perpisahan..Siapalah aku untuk mengatakan "tidak" pada takdir Yang Maha Esa ini..Izah..be strong,redhalah dengan pemergian sahabatmu..belajarlah untuk menerima suratan Ilahi..
Allahuakbar...TERIMA KASIH AWAK!!!.. Allah hantarkan awak kepada saya ketika saya masih jauh terkapai-kapai dan Dia izinkan awak terus sabar membantu saya... Awak tak berganjak...Allahuakbar...Dan Dia pisahkan kita kini supaya kita sama-sama menilai apa yang telah kita kongsikan bersama sepanjang persahabatan kita. Allah sayang kita, .semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi..
sedikit bingkisan buatmu sahabatku..
*terima kasih sebab terima saya seadanya,sanggup susah senang ngan saya.
*terima kasih atas setiap bait2 nasihat yang awak bagi kat saya..
*terima kasih atas kesabaran awak melayan kerenah sahabatmu ini..
*dan...terima kasih tak terhingga kerana hadir dan memilih saya untuk menjadi sahabat awak..kita bertemu sewaktu mencari IlmuNya dan kini kita akan berpisah kerana ilmuNya. juga. pesanku agar dirimu tidak lama2 di tempat orang kerana aku mengharapkan kita bisa mencipta kenangan bersama lagi..
No comments:
Post a Comment