Sunday, June 10, 2012

update..

Hai semua..hmm..agak lama x update..musim2 exam camni aku tak punya byk waktu untuk berbelog bagai..tp still on9..teettt  Exam semester ni?agak mencabar bagik aku..tak tau la apa yang mencabar tu..pernah satu paper tu aku ambik masa setengah jam untuk fahamkan soalan..Ya Allah..masa yang diperuntukkan seolah2 tak cukup..dan.. aku telah berusaha setakat yang aku termampu dan selebihnya biarlah DIA tentukan,,kali ni aku nak share tentang satu penyakit yang sering kali melanda manusia..apa dia??


BURUK SANGKA atau SU'UDZHON..


Kita manusia biasa yang tak lari dari fikir negatif tentang apa yang kita dengar,lihat,dan apa jua yang kita baca..Terkadang bila nak berbaik sangka, yang negatif akan datang dahulu..Aku pun selalu camtu..istighfar...Jadi,ada solusinya x? Mestilah ada kan..Allah datangkan ujian dengan penyelesaiannya sekali.. :) 



6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak  melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah  lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan  insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujuraat, 49:12)


Hidup kita sentiasa dibentangkan dengan pilihan..dan pilihan itu kita yang tentukan


Jangan kerana entry2 yang dikategorikan islamik,aku dilabel sebagai alim..semua yang aku post ni sekadar perkongsian,peringat buat pembaca blog sekaligus peringatan buat diri aku yang penuh kelemahan ni..teruskan berjuang izzah..

No comments:

Post a Comment