Friday, September 14, 2012

Teruskan..

Alhamdulillah...kembali menulis..agak lama aku tinggalkan blog kesayangan hamba ni..Minggu pertama kuliah yang agak sibuk walaupun xdak assignment. :) Harapan semester ni :

* Lebih matang dari sem2 lepas memandangkan aku adalah senior kepada adik2 kat Dublin ni..
* Lebih fokus,.xnak main2 dah.. :p
* Lebih tabah dan kuat semangat untuk lalui cabaran mendatang..InsyaAllah..
* Dapat tempat praktikal yang tak terlalu jauh,tak terlalu dekat.. :) Semoga Allah permudahkan urusanku..
* Cuba untuk berkongsi ilmu,pengalaman hidup yang tak seberapa dengan junior2 kos,DPP
* Memanfaatkan tempat2 menarik kat utara ni sebab pasni maybe susah nak mai sini dah..Cuti2 bajet..hehe
* Resign semua jawatan kat Dublin sebab dah tak larat...erkk..bagi peluang pulak kat adik2  yang lain..
* Kutip ilmu sebanyak mungkin..Fighting!!!
 * Pi kursus kawen.. sebagai persediaan...huhu xdak la..kat luar agak mahal..so kena pi sebelum keluar dari sini
* Dapatkan lesen memandu..(asyik tunda ja dari sem lepas)
* Rapatkan ukhwah dengan teman seperjuangan,sahabat -sahabiah,adik2 junior baru dan lama..Bina   jambatan hati..Moga Allah Redha..aamiin.. 
  

Monday, September 10, 2012

I'm Back!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.. :)
Alhamdulillah..lepas cuti lebih kurang 2 bulan,aku masih dipinjamkan umur oleh Yang Maha Esa untuk kembali ke kampus..
Banyak benda nak share tapi bukan hari ni la..ada masa bertemu lagi..InsyaAllah..
Aku nak ucapkan...

"WELCOME BACK SINTOKIAN"..hihi..and "WELCOME" to junior2.. :)Semoga ditabahkan hati untuk meneruskan perjuangan di bumi barakah ini,.PUT YOUR TRUST IN ALLAH,HE KNOWS BEST..


pssst..Bergelar "super senior" tak bermakna aku tahu segalanya yang ada kat sni,juga bukan tiket untuk sombong..Nauzubillah..cuma aku bersedia untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni bersama adik2 tersayang..Pray for me to keep struggling..

Friday, July 6, 2012

Mencari Yang Maha Satu..

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu


Friday, June 29, 2012

Monolog hati..


"Adakalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari mengenggam sebuah hati...."

Dear heart..
please be strong..
Banyakkan sabar..
Kerana ini adalah ketentuanNya..
Hadapi hari2mu dengan penuh syukur..
Kerana masih ramai lagi yang kurang bernasib baik darimu..
Duhai Hati..
Teruskan tersenyum..
Meski kau berduka melara..
Kerana Allah ada penawarnya..
Duhai Hati..
Janganlah kau berhenti berdoa pada Ilahi..
Kelak Allah akan memberikanmu yang jauh lebih baik lagi..
Kerana semua orang di atas muka bumi ini,layak untuk bahagia..



la takhaf wala tahzan..



Sunday, June 24, 2012

Down..


Ya Allah..rasa down bila tau carrymark td..aku antara yang terendah dlm group aku..TAPI..rencana Allah kita tak tau kan..masih ada masa untuk aku ubah takdir..dengan USAHA seMAKSIMA mungkin..Ya!! USAHA!!! La haula wala quwwata illa billah..( Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.) YA Allah..Guide me all the way..ameen..

Saturday, June 23, 2012

KISAH TIGA SAHABAT TERPERANGKAP DI DALAM GUA



DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan (tawassul) amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).

Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan aku telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sangat-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari).

-hanya sekadar gambar-

mood : 1 paper lagi..go go go!!

Sunday, June 17, 2012

Buatmu sahabat..

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Perginya dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

By : Devotees


cetusan pena buat renungan bersama..moga membentuk diriku dan dirimu..InsyaAllah

Saturday, June 16, 2012

Mencari Jalan Bahagia..



MAKNA BAHAGIA…

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.



 Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya. 

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak wujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Mencari bahagia melalui :

-Beriman dan beramal soleh.
-Banyak mengingat Allah 
-Bersandar kepada Allah
-Sentiasa mencari peluang berbuat baik
-Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
-Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri
-Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita. Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan, jangan bersedih :) Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar. “rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…

Hasbunallah wanikmal wakil Nikmal maula wanikmal Nashir, wahdina ila syirathil mustaqim
" Cukuplah Allah Taala untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Dia sebaik-baik tuan/raja dan sebaik-baik penolong. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus." 



Artikel ni sangat2 memberi kesan kat aku..terima kasih pada sahabat yang sudi tulis cerita dan memberi nasihat padaku..Semoga Allah membalasnya.. 

mood : Ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.Aku tidak sendirian disini.Dengan atau tanpa cinta dia, aku harus tetap melangkah untuk teruskan kehidupan sehingga aku kembali kepadaNYa..Ada hikmah yang tersembunyi disebalik ujian ini :)

nota: dipetik dari artikel ustaz pahrol mohd juoi






Friday, June 15, 2012

Biarkan Takdir itu Berbicara..


kadang-kadang..
kerana terlalu sayang dengan sesorang,
Allah pisahkan kita dengan dia untuk uji kita,
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA?
untuk sedarkan kita
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi lebih dari segalanya
dan kadang-kadang..
Allah ambil juga orang yang kita tak hargai,
Saat Allah pisahkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal..
Itu bukan untuk menghukum kita,
Tetapi untuk memberi pengajaran
bahawa  bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan ambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..
Subhanallah...

"Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way"

Pesan seorang sahabat.."kalau awak rasa itu yang terbaik untuk awak,buatla macam tu..saya rasa awak perlu berhenti berharap,lepaskan dia pergi..kita ada banyak masa lagi dihadapan,perkara yang lepas biarkan berlalu..jangan terlalu sedih sehingga kita lupa kepada Pencipta kita..mungkin Allah datangkan dia untuk ajar kita erti tabah..kita perlu kuat untuk hadapi semua ni..ni tarbiyah dari Allah..senyumlah kerana hidup ini tak layak untuk terus ditangisi.."



-kali pertama aku menyuarakan apa yang terpendam-
mood: sangat sedih tapi..aku perlu kuat..Moga Allah redha..