Saturday, March 31, 2012
Friday, March 23, 2012
Belajar..
BELAJARlah untuk..
~ Bersyukur apabila memperolehi apa yang dihajatimu..kerana syukur itu tanda terima kasih kita kepadaNya
~ Memahami saat orang disekelilingmu perlukan perhatian dan sokonganmu.
~ Mengasihi dan menghindari benci kepada sesiapapun kerana kita semua adalah sama,status sebagai hambaNya sahaja
~ Bertolak ansur meskipun kau dan dia berbeza pemikiran,kerana itu akan membenihkan mahabbah yang indah
~ Ikhlas seandainya apa yang kau inginkan tidak dicapai kerana Allah tahu apa yang terbaik buatmu..
~ Sabar jika kau dimarahi,dikeji,dicaci oleh orang yang tidak memahamimu sebenar-benarnya..mereka manusia biasa,tidak lari dari berbuat khilaf.
~ Memaafkan kesalahan orang lain kerana kemaafan adalah dendam yang terindah..
~ Tersenyum saat dirimu dirempuh walah kerana senyuman itu tanda kau redha dengan ketentuanNya..
~ Terus berdoa dan tidak putus asa kerana ia adalah senjata orang mukmin dan Allah sentiasa mendengar rintihanmu..
Belajarlah sesuatu dari kehidupan ini kerana ia umpama "sekolah" yang mengajarmu pelbagai perkara yang tidak kau fahami kecuali ketika kau melalui proses pembelajaran itu..sekian..

Monday, March 19, 2012
Apabila Harus Memilih Antara Dua..
Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.
Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.
Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"
Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.
Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.
"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.
Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu. Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.
Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu. Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.
Ya Allah..berikan aku petunjuk..

Tuesday, March 13, 2012
Tua suda.. :)
Sanah Helwah..
Selamat Hari Lahir..
Happy Birthday..to me!! hehe
Nothing special compared to last besday except a sweet poem from "sahabatku" yang nun jauh di sana :-)
P/s Syukran khatira sahabat..it's really touch my heart.. :-)
Selamat Hari Lahir..
Happy Birthday..to me!! hehe
Nothing special compared to last besday except a sweet poem from "sahabatku" yang nun jauh di sana :-)
UKHWAH KITA
di jalan Allah
persahabatan kita berjalan
berdepan ujian dan cabaran
terkadang mengundang tangisan
kerana kekurangan dan kekhilafan
namun kerana Allah semua termaafkan
Di jalan Allah
kau dan aku berukhwah
menjadi ubat di saat lelah
menjadi senang di saat susah
menghulur tongkat di kala rebah
Di jalan Allah
walau jauh beribu batu
dalam doa kita bersatu
mengharap redha Allah yang satu
mengemis cintaNya dan mendamba rindu
Di jalan Allah
ku menyandarkan harapan
persahabatan ini berkekalan
tiada istilah bekas kawan
bersama kita di syurga impian..
“..Bila ucapan teman dikirim dari jauh tiada kata yang didengar tiada senyuman yang dilihat tapi dapat dirasai ada doa ikhlas dari hati yang mengingati..”
“..Ya Allah, kuatkan lah ikatan silaturrahim diantara kami ..jauhkanlah persengketaan diantara kami..mudah2han kami bersahabat sehingga ke akhirnya..”
P/s Syukran khatira sahabat..it's really touch my heart.. :-)
Sunday, March 4, 2012
Duhai Hati Jangan Terus Bersedih..
Dalam air mata yang meluruh,
Hati berdoa,
Wahai Tuhan ,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku.
Berderaianlah semua kepada-Nya
Lalu,
Pujukan itu datang daripada berbagai penjuru,
Keajaiban datang dalam setiap hari-harimu,
Hujan yang lebat akan teduh apabila dirimu memerlukannya,
Kilat yang menimbulkan ketakutan bertukar menjadi cahaya yang diperlukan di dalam kegelapan,
Pelangi akan terbias di hujung senja walaupun tiada setitik hujan pun menjadi prisma.
Lalu, siapakah lagi yang mampu menjadi pelindung diri?
Lalu, siapakah lagi yang mampu menyembuhkan luka di hati?
Bukankah Allah itu Maha Pemujuk?
Bukankah Allah itu Maha Penyayang?
Tiap titisan air mata yang jatuh ketika sujud,
Pasti ada Dia yang akan menyekanya.
Tiap aduan hati yang penuh sendu,
Pasti ada Dia memujuk hatimu,
Wahai hati,
Sesungguhnya dikau tidak pernah bersendiri,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah,
Dunia itu datang kepadamu,
Kerana hanya dengan perhatian daripada Allah,
Seluruh langit dan bumi seolah-olah bersamamu.
Maka, duhai hati,
Masihkah kau ingin bersedih?
Bergembiralah,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah itu di singgahsana hatimu,
Seisi dunia dengan relanya duduk bersama denganmu.
sekuat mana dugaan yang melanda,teruskan perjalanan hingga tiba ke destinasi yang ingin dituju..
Thursday, March 1, 2012
Sabar,Redha,Kuat,Tenang dan Menangis...
~SABAR:
Sabar disebalik kemarahan
Sabar disebalik ujian
Sabar menyelesaikan masalah
~ REDHA:
Redha dengan ketentuanNya
Redha kepada takdirNya
Redha disebalik pada yang terjadi
~ KUAT:
Kuat menghadapi ujian
Kuat melawan nafsu yang tak baik
Kuat mempertahankan maruah dan agama
Kuat menjalani kehidupan yang penuh berliku
~ TENANG:
Tenang Menghadapi kehidupan yang penuh dugaan
Tenang apabila orang berkata-kata nista kepada kita
Tenang apabila dilukai
~ MENANGIS:
Menangis mengenangkan dosadosa yang lalu
Menangis mengenangkan kejahatan dan kesalahan yang lalu..
renungan bersama..
Monday, February 27, 2012
Lepaskan...
Awak..
Awak yang dilepaskan keranaNya..
Awak yang ditinggal TANPA PESAN..
Tanpa berita, bahkan tanpa sebab MUSABAB..
Mungkin kerana saya merasakan..
Bahawa awak BERHAK kepada yang lebih baik?
Awak, awak yang dah PERGI..
Selamat berbahagia..
Semoga Allah REDHA..
Semoga temu KETENANGAN..
Semoga awak menemukan seseorang yang lebih baik..
BELAJARLAH untuk melepaskan ia pergi, jika tidak..kamu tidak tahu ke mana arahnya TAKDIR..
Memang tidak mudah tetapi IKHLASLAH kerana sesungguhnya ikhlas itu melegakan..
Kerana ‘ si dia’ dan kita berhak temui yang lebih baik..InsyaALLAH.

p/s : BERSYUKURLAH dalam kesedihan yang menyelubungi..ada jua yang masih menyayangi iaitu Allah, setiap yang Dia rancangkan pasti ada HIKMAH TERSENDIRI..♥♥
Sunday, February 26, 2012
MIMPI YANG INDAH..
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti..
Thursday, February 23, 2012
DIA Tahu..
Tika aku menutup hati ini itu tak bermakna aku membenci mu adam,
Tapi aku sedang cuba menilai apakah erti cinta yang sebenar,
Tapi aku sedang cuba menilai kejujuran dan keikhlasan,
Kerana aku tak mahu kesilapan ,kelukaan , serta kebahagian yang bagiku sementara terus menerus menjadi jalan hidupku.
Walaupun hati ini pernah terluka dan terluka,
Aku selalu tanam dalam hati perasaan kasih,
Aku selalu kuburkan perasaan benci
Aku akan cuba tepis perasaan benci tu dari hati ku,
Aku tak nak rasa benci tu rosakkan hati hati ini..
Moga Allah mudahkan..Allah tahu hatimu perit menahan luka,
Allah mendengar doa2 dan tangisanmu meminta,
namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib2 hambaNya,
namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib2 hambaNya,
Tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik,
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedarinya kerana kurangnya sifat syukur di dalam diri......
Sunday, February 19, 2012
CINTA YAHOO!Ep.5
Di Malaysia.
Sebulan selepas hubungannya dengan Shauqi putus,Aleeya merasakan hidupnya kosong dan sepi.Namun,nasihat dari kakak angkatnya sedikit sebanyak memberikannya kekuatan untuk terus tabah dan menerima takdir Ilahi dengan hati yang terbuka.Pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.
Aleeya_Sofea: Assalamualaikum ya ukhti..sibuk ke?
Nurin_Tasnim: Waalaikumussalam,adikku..akak tak sibuk pun.Saja online ni.Nape dik?ada pape nak share ngan akak ke?
Aleeya_Sofea: Erm..kak,Sofea dan Shauqi dah berpisah..
Nurin_Tasnim: Eh,camne blh jadi camtu?Cite la kat akak..
Aleeya kemudiannya menceritakan segala yang telah terjadi antara dia dan Shauqi.
Nurin_Tasnim: Adik yang akak syg kerana Allah..jangan terlalu sedih,anggaplah ini ujian dari Allah.Untuk tarbiyah dirimu agar sabar dan ikhlas ketika diuji.Akak paham perasaan Sofea,memang sedih dan sukar untuk terima hakikat apabila orang yang selalu dengan kita dah tak lagi bersama.Dik,jika memang ada jodoh,walau si dia jauh beribu batu,tetap akan bersatu.Tetapi jika memang tiada jodoh,walau ada didepan mata sekalipun tetap tidak akan dapat dimiliki tanpa izinNya.
Aleeya_Sofea: Tapi kak..Sofea sayangkan dia..
Nurin_Tasnim: Cuba Sofea renung balik kalam Allah,: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.. Surah Al-Baqarah ,ayat 216..Akak pegang pada prinsip,bila akak ada perasaan istimewa kat seseorg,akak tanamkan dalam hati,jika dia adalah jodoh akak,Allah akan permudahkan..
Aleeya_Sofea: Jujur Sofea katakan yang dialah calon imam yang Sofea dambakan.Saat dia hadir dalam hidup Sofea,hati Sofea goyah. Lantaran sewaktu Sofea dilanda musibah,dihurung susah,dirempuh walah,. dia hadir memberi kekuatan yang tersembunyi.Sesungguhnya,dia tak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan itu juga adalah kekuasaanNya.
Nurin_Tasnim: Kalau Sofea berhajatkan begitu,mohonlah kepada Allah.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.Jangan putus asa untuk berdoa moga dipertemukan jodoh Sofea dengan dia..Tapi kalau dia bukan untuk Sofea,mintak Allah jauhkan perasaan Sofea pada dia,digantikan dengan seseorang yang lebih tepat buatmu.Dik, Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh..kitα cumα pinjαm. tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα. Jαdi bilα semuα ini Allαh yg punyα, mαkα diα berhαk buαt segαlα sesuαtu .Ðiα berhαk beri cintα & kαsih syg. Diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu.Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα. Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yg terbαik untuk kitα. Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα.
Aleeya_Sofea: Insya Allah kak..Syukran ‘ala kulli hal..Jasa baik akak hanya Allah yang mampu balasnya.
Nurin_Tasnim: La syukran ala wajib adikku..okeyla,akak ada keje skit ni..nnt kita chat lagi.Jaga diri,jaga iman,jaga ukhwah.jangan sedih sangat..Assalamualaikum.
Aleeya_Sofea: Enti aidhon..Waalaikumussalam..
Mata Aleeya Sofea basah dalam kepiluan dan keinsafan..
"Sedangkan sehelai daun yang keguguran pun Allah tahu, inikan pula setakat perihal jodohku? Pastilah Allah lebih tahu calon yang terbaik untuk dipertemukan denganku pada saat yang terbaik..." rintihnya.
Belum sampai lagi jodohnya,kerana belum masanya,Allah tahu dia belum bersedia.Sofea juga tahu,masih banyak amanah yang Allah letakkan di bahunya untuk disempurnakan.Allah Lebih Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk memberikan cinta seorang zauj bersaksikan cinta kepadaNya kelak.Allah tahu.Cuma masanya sahaja belum tiba..

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)