Thursday, October 20, 2011

Muhasabah..kisah kita


-Bila aku tanya apa yang perlu aku buat untuk hilangkan rasa jeles ni..awak jawab: IKHLASkan persahabatan ini!!>tegas tapi penuh pengertian..<
-Bila aku cakap aku selalu buruk sangka..awak jawab: Dah tau salah nape buat jugak??>pedas tapi benar..toingg<
-Bila aku cakap aku dilanda ujian itu ini..awak jawab:Ini kan sunnah orang berjuang!!Sabar la.>tenangnya aku bila dapat jawapan mcm tu,awak tak pernah berhenti untuk motivasi aku<
-Bila aku cakap aku ni jahat..awak jawab:saya tak pernah jumpe org yang lembut dan baik hati cam awak,cam pokok semalu,.saya tak salahkan awak,mungkin nature awak camtu!>terharu campur malu..awak sabar je bila  aku fikir negatif<
-Bila aku cakap aku tak tau camne bila awak xde nanti..awak jawab:Awak kan kuat!!Allah takkan uji diluar kemampuan hambaNya.Saya tetap doakan dan sokong awak..>semangat awak akan sentiasa bersama aku walaupun kita terpisah,InsyaAllah..<
~Awak..aku pun tak pernah jumpe orang sebaik awak la!!!baik sangat..aku taknak hilang sahabat cam awak.

Awak..saya betul2 mintak maaf sebab banyak buat salah kat awak,.awak la sahabat yang saya cari selama ni..Moga Allah tautkan hati kita..Amen..

Keserasian roh kita telah bersatu dengan izin-Nya,jadi..
JADIKAN PERTEMUAN DAN PERPISAHAN INI JUGA  KERANA ALLAH..ilal liqa’

Thursday, October 6, 2011

hakikatnya..

aku ni nampak je kecik..tp kuat makan!!!yeke

aku ni peramah tapi susah skit nak tegur orang especially yang aku tak bopa nak kenal..

aku suka menangis walaupun hal kecik je  ;-( tula kelemahan aku hanya orang tertentu ja tau pujuk aku..

aku jarang shopping tapi skali shopping..banyak la jugak habis..hehehe

suka masak tapi slalu ikut mood kalau nak masak..tym aku bad mood memang simple je aku masak

suka nyanyi walaupun aku tau sogha aku tak macam siti..kih3 biarla..asal aku hepi

orang slalu kaitkan aku ngan nasyid,hakikatnya..gua layan jugak lagu rock!!yeayeh..we will rock you

banyak lagi hakikatnya...TAPI...

hakikatnya aku ni manusia biasa ja cam korang jugak..ada kelebihan dan kekurangan..just be myself.. :-)

Sunday, October 2, 2011

Ku memohon..



Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan.

Ya Allah..betapa lemahnya aku rasa saat ini..Mohon kekuatan Ya Latiff..ampunkanlah aku kerana terleka.. ;-( ...terima kasih teman2 kerana memberi aku sisa2 kekuatan dalam diri kalian untuk aku terus bertahan menghadapi ujianNya..love them becoz of Allah..

Saturday, September 24, 2011

ungkapan yang menyentuh hatiku..

sejauh mana pun 'langkahan' kaki....meninggal pergi suatu 'kedukaan'...tetap akan 'tersingkap'nya sakit dan perit....menerima suatu 'hakikat'...yang tidak akan dapat diubah...dan tidak jua akan berubah....

meski pun demikian....dalam meniti hari2 yang mendatang...perjuangan adalah tentang hari 'esok'....yang pasti 'menanti' di suatu destinasi....'pertemuan' bagi tiap makhluk.....pabila tiba ketika dan saat nya nanti....

kerana Dia tidak akan sesekali menzalimi....dan Dia juga tidak akan sesekali memungkiri janji....

psttt....dengan rasa yang berbagai2..aku harap aku kuat untuk lalui kehidupan aku ni..

Friday, September 23, 2011

kalau la kita sedar dan paham..

salam saiyidul ayyam semua.. :-) arini aku nak share skitla satu ceramah yang bagik aku best..aku yang huhahuha ni pun boleh nangis bila tengok..selamat menonton

Thursday, September 22, 2011

Aku Ingin MencintaiMu..by Edcoustic

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

psstt..aku sangat2 suka lagu ni..syahdu je dengar :-)

Tuesday, September 20, 2011

kesempurnaan kita..

semalam..masa balik dari mall,aku ternampak sorang budak junior ni..mula2 aku tengok biasa ja tapi bila aku tengok kali kedua..Ya Allah..tiba2 rasa sebak sebab budak tu tidak sempurna fizikalnya..ada sedikit kecacatan pada wajahnya..apa yang aku kagum adalah kekuatan semangat yang ada pada budak tu..Sem ni aku banyak jumpa orang yang kurang bernasib baik daripada aku..tapi cam aku ckp tadi la,kekuatan semangat insan2 istimewa ni membuatkan aku kagum dan insaf..Terfikir seketika..bersyukurkah kita yang dilahirkan sempurna di mata manusia ni??kadang2 kita termasuk aku lupa seketika nikmat yang Allah bagik kat kita selama ni..hmm..apapun,jadikanlah apa yang kita lalui sepanjang hidup ni sebagai iktibar untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna di akhirat kelak.. :-)

Monday, September 19, 2011

minggu pertama di kampus..

sedikit coretan sebelum pi kelas..hehe minggu ni bermulalah perjuangan aku sebagai siswi kat u..minggu lepas just santai2 je tapi skang dah kena fokus..harap2  aku istiqamah lah :-) amen minggu lepas agak kelam kabut skit sebab aku terpaksa wat add drop subjek secara manual.Fuhhh..penat jugak la.sebenaqnya jadual aku dah cun melecun dah..tup2 SUBJEK BPFE ANDA DISAHKAN HILANG DARI JADUAL!!hah??..tu yang kalut skit tukar subjek lain untuk ambik sem ni.aku x boleh ambik skit sebab sem2 depan subjek aku lagi tough.lagipun ko-k aku dah habis,so kena pulunnn..Ya Allah,permudahkanlah urusan aku..minggu fes jugak sibuk kemas bilik kononnya..bilik aku dah pasang tikar getah..tu pun nak citer ka hehe..sem ni masih bersama rumet lama,iema..sampai sem depan je sebab dia dah nak abis.lepas ni duk ngan sapa ek?ish..tu pikir kemudian la nookk..muehehehe  ok la..babai..pi kelas dulu