Monday, May 14, 2012

Nota Hati..



Aku sedang mencari tenang, di sudut kasih sayang dan nikmat Allah (SWT)yang sekian banyak aku harapkan. Ya Allah (SWT), taubatku ini sering kumungkiri, janjiku untuk taat hanya pada-Mu sudah semakin teruji. Apakah ini petanda bahawa aku bukan hamba-Mu yang Engkau kasihi. Rugi andai benar, ya Allah (SWT). Aku merayu janganlah tinggalkan diriku sendirian menghadapi ujian dunia ini. indahnya banyak, tetapi semuanya membutakan mata hatiku.
Jika ini bukan yang terbaik, jauhkannya dariku agar aku bisa tenang dengan pilihan-Mu. Aku tidak tahu bagaimana caranya lagi, satu demi satu imanku tercalar.
Allahu Rabbi,
Aku punya pinta
Jika satu saat Kau izinkan cinta itu dihatiku
Biarlah cinta itu cinta yang mengukuhkan cintaku pada-Mu
Jangan tinggalkan aku sendirian mengembara menuju-Mu
Kerana aku pastinya nanti tewas
Allahu Rabbi
Aku punya harapan
Andai syurga itu buat insan yang taat
Jadikanlah aku hamba-Mu yang taat
Agar dapatku bersama insan-insan yang selalu berbahagia
Allahu Rabbi
Aku punya impian
Jika satu hari Kau izinkan untukku mendapat nikmat
Jadikan nikmat melihat wajah-Mu di akhirat
Merupakan nikmat yang terbesar dalam kehidupanku
Allahu Rabbi
Ambillah hatiku
Dan jika Engkau ingin berikan kepada manusia
Jangan lepaskan aku
Kerana aku tidak mampu mencintai manusia tanpa sandaran cinta-Mu
p/s : kesilapan semalam adalah pengajaran hari ini..
       teruskan tersenyum!!

Saturday, May 12, 2012

Wednesday, May 9, 2012

Setiap Kali..






Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan 

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan 


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanMU
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

-song by DEVOTEES-

Monday, May 7, 2012

Busy..busy..

Baru sahaja menghabiskan tugasan walaupun masih belum sempurna..Ya Allah..hambaMu ini memohon diberi kekuatan..Saat mereka menjauh,masih ada yang sudi menghulurkan tangan, menarik aku supaya tidak terus rebah dalam menjalani ujianNya ini..terima kasih pada yang memahami..yang tidak memahami,tak mengapa..


Dua tiga hari yang tidak begitu menggembirakan aku sebenaqnya..tapi syukur pada Pemilik Alam yang masih memberikan aku kesempatan untuk menikmati usiaku walau aku tidak tahu selama mana  umurku dipinjamkan..Alhamdulillah..Ada perjuangan yang perlu ditempuh..Ada langkah yang harus diteruskan..Andai rebah, bangkitlah kembali.. :) La Tahzan..

~Akal yang dipenuhi ilmu perlukan pimpinan hati yang sarat iman~



Friday, May 4, 2012

Mahligai Bahagia..




cemburu benar hati 

mendengar perkhabaran gembira 
binaan rumah tangga 

syukur, alhamdulillah
Allah telah permudahkan urusan mereka.

mungkin giliranku
masih belum tiba,
kerana Allah tahu 
aku belum sesuai untuk itu

banyak perlu ku perbaiki. 

sabarkan hati ini
teguhkan iman ini
terkadang aku rindu..
pada seseorang yg tidak ku tahu

izinkan aku berteman
seseorang yg halal bagiku..

jika belum waktunya,
aku mohon dengan sangat...
Kau perkukuhkan imanku..
agar tidak mencari 
yang mengundang murkaMu

ya Allah
jangan biar hati ini mencemburui
sebaliknya ya Rahim
campakkan kesungguhan padaku
untuk lebih mencintaiMu..

biar aku menikmati
benar saat berdua-duan denganMu...

jika takdirnya tiada jodoh buatku di dunia,
cukuplah Engkau menjadi cintaku selamaNya.
dulu,kini,selamanya...

tertarik dengan satu kisah  pada zaman Rasulullah: KLIK SINI

Tuesday, May 1, 2012

Di mana DIA di hatiku?

"Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya..."


Sedang "membedah " buku yang sekian lama aku cari..Alhamdulillah..setiap bait2 kata dalam buku ni membuatkan aku berfikir dan terus berfikir..nanti aku akan ceritakan skit apa yang ada dalam buku ni..sabaq na.. :)


last nite,one of my fren told me that i'm the person who easy to fall in love..is that true??hmm..i'don't know..Only HE know.....Ya Allah...tunjukkan aku jalannya..
pesanan Imam Ghazali :

" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.."

Teruskan tersenyum!! :)

Wednesday, April 11, 2012

Perkenankanlah Ya Rabb..

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



Ya Allah..tidak ku pinta yang menawan,tidak ku harap yang hartawan,bukan jua kerna kedudukan,cuma ku damba insan yang sepadan..Perkenankanlah doaku Wahai Pemilik Cinta Hakiki..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..




Saturday, April 7, 2012

Kawal..

Rasulullah saw bersabda :
“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam berkelahi tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Marah?Siapa tak pernah marah kan..TAPI..nak marah pun berpada-pada.Aku cukup tak suka bila orang suka marah tak tentu pasal,salahkan orang lain tanpa usul periksa..Kawal kemarahanmu,bimbang akan merosakkan diri..Aku juga manusia biasa yang tak lari dari sifat amarah tapi kita harus belajar untuk mengawalnya. :-) banyakkan istighfar,zikrullah..hati akan tenang kembali..InsyaAllah..


Selamat bercuti buat sahabiahku..Jumpa lagi..InsyaAllah..

Wednesday, April 4, 2012

Bicara soal jodoh lagi..

"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.

Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."

Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.

1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.

2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.

Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.

3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di lauh mahfduz sana".

Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.

Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.

4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.

5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.

copy and paste from a motivator who inspire me..credit to him..syukran :-)