Monday, March 19, 2012

Apabila Harus Memilih Antara Dua..

Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.
Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih  tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.

'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu. Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia  melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu. Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.
 Ya Allah..berikan aku petunjuk..

Tuesday, March 13, 2012

Tua suda.. :)

Sanah Helwah..
Selamat Hari Lahir..
Happy Birthday..to me!! hehe

Nothing special  compared to last besday except a sweet poem from "sahabatku" yang nun jauh di sana :-)


UKHWAH KITA


di jalan Allah
persahabatan kita berjalan
berdepan ujian dan cabaran
terkadang mengundang tangisan
kerana kekurangan dan kekhilafan
namun kerana Allah semua termaafkan

Di jalan Allah
kau dan aku berukhwah
menjadi ubat di saat lelah
menjadi senang di saat susah
menghulur tongkat di kala rebah

Di jalan Allah
walau jauh beribu batu
dalam doa kita bersatu
mengharap redha Allah yang satu
mengemis cintaNya dan mendamba rindu

Di jalan Allah
ku menyandarkan harapan
persahabatan ini berkekalan
tiada istilah bekas kawan
bersama kita di syurga impian..

“..Bila ucapan teman dikirim dari jauh  tiada kata yang didengar tiada senyuman yang dilihat tapi dapat dirasai ada doa ikhlas dari hati yang mengingati..”
“..Ya Allah, kuatkan lah ikatan silaturrahim diantara kami ..jauhkanlah persengketaan diantara kami..mudah2han kami bersahabat sehingga ke akhirnya..”



P/s Syukran khatira sahabat..it's really touch my heart.. :-)

Sunday, March 4, 2012

Duhai Hati Jangan Terus Bersedih..

Dalam air mata yang meluruh,
Hati berdoa,
Wahai Tuhan ,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku,
Ubatilah hatiku.
Berderaianlah semua kepada-Nya

Lalu,
Pujukan itu datang daripada berbagai penjuru,
Keajaiban datang dalam setiap hari-harimu,
Hujan yang lebat akan teduh apabila dirimu memerlukannya,
Kilat yang menimbulkan ketakutan bertukar menjadi cahaya yang diperlukan di dalam kegelapan,
Pelangi akan terbias di hujung senja walaupun tiada setitik hujan pun menjadi prisma.

Lalu, siapakah lagi yang mampu menjadi pelindung diri?
Lalu, siapakah lagi yang mampu menyembuhkan luka di hati?

Bukankah Allah itu Maha Pemujuk?
Bukankah Allah itu Maha Penyayang?

Tiap titisan air mata yang jatuh ketika sujud,
Pasti ada Dia yang akan menyekanya.

Tiap aduan hati yang penuh sendu,
Pasti ada Dia memujuk hatimu,

Wahai hati,
Sesungguhnya dikau tidak pernah bersendiri,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah,
Dunia itu datang kepadamu,
Kerana hanya dengan perhatian daripada Allah,
Seluruh langit dan bumi seolah-olah bersamamu.

Maka, duhai hati,
Masihkah kau ingin bersedih?

Bergembiralah,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah itu di singgahsana hatimu,
Seisi dunia dengan relanya duduk bersama denganmu. 

sekuat mana dugaan yang melanda,teruskan perjalanan hingga tiba ke destinasi yang  ingin dituju..

Thursday, March 1, 2012

Sabar,Redha,Kuat,Tenang dan Menangis...


~SABAR:
Sabar disebalik kemarahan
Sabar disebalik ujian
Sabar menyelesaikan masalah

~ REDHA:
Redha dengan ketentuanNya
Redha kepada takdirNya
Redha disebalik pada yang terjadi

~ KUAT:
Kuat menghadapi ujian
Kuat melawan nafsu yang tak baik
Kuat mempertahankan maruah dan agama
Kuat menjalani kehidupan yang penuh berliku

~ TENANG:
Tenang Menghadapi kehidupan yang penuh dugaan
Tenang apabila orang berkata-kata nista kepada kita
Tenang apabila dilukai

~ MENANGIS:
Menangis mengenangkan dosadosa yang lalu
Menangis mengenangkan kejahatan dan kesalahan yang lalu..

renungan bersama..

Monday, February 27, 2012

Lepaskan...

Awak..
Awak yang  dilepaskan keranaNya..
Awak yang ditinggal TANPA PESAN..
Tanpa berita, bahkan tanpa sebab MUSABAB..

Mungkin kerana saya merasakan..
Bahawa awak BERHAK kepada yang lebih baik?

Awak, awak yang dah PERGI..
Selamat berbahagia..
Semoga Allah REDHA..
Semoga temu KETENANGAN..
Semoga awak menemukan seseorang yang lebih baik..

BELAJARLAH untuk melepaskan ia pergi, jika tidak..kamu tidak tahu ke mana arahnya TAKDIR..

Memang tidak mudah tetapi IKHLASLAH kerana sesungguhnya ikhlas itu melegakan..

Kerana ‘ si dia’ dan kita berhak temui yang lebih baik..InsyaALLAH.

p/s : BERSYUKURLAH dalam kesedihan yang menyelubungi..ada jua yang masih menyayangi iaitu Allah, setiap yang Dia rancangkan pasti ada HIKMAH TERSENDIRI..♥♥


     

Sunday, February 26, 2012

MIMPI YANG INDAH..


Telah ku lalui jalan berduri 

Sejuta harapan terus ku pertahankan

Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan 
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti..

Thursday, February 23, 2012

DIA Tahu..

Tika aku menutup hati ini itu tak bermakna aku membenci mu adam,
Tapi aku sedang cuba menilai apakah erti cinta yang sebenar,
Tapi aku sedang cuba menilai kejujuran dan keikhlasan,
Kerana aku tak mahu kesilapan ,kelukaan , serta kebahagian yang bagiku sementara  terus menerus menjadi jalan hidupku.

Walaupun hati ini pernah terluka dan terluka,
Aku selalu tanam dalam hati perasaan kasih,
Aku selalu kuburkan perasaan benci
Aku akan cuba tepis perasaan benci tu dari hati ku,
 Aku tak nak rasa benci tu rosakkan hati hati  ini..
Moga Allah mudahkan..

Allah tahu hatimu perit menahan luka,
 Allah mendengar doa2 dan tangisanmu meminta,
namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib2 hambaNya,
Tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik,  
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedarinya kerana kurangnya sifat syukur di dalam diri......


Sunday, February 19, 2012

CINTA YAHOO!Ep.5

Di Malaysia.

Sebulan selepas hubungannya dengan Shauqi putus,Aleeya merasakan hidupnya kosong dan sepi.Namun,nasihat dari kakak angkatnya sedikit sebanyak memberikannya  kekuatan  untuk terus tabah dan menerima takdir Ilahi dengan hati yang terbuka.Pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.

Aleeya_Sofea: Assalamualaikum ya ukhti..sibuk ke?
Nurin_Tasnim: Waalaikumussalam,adikku..akak tak sibuk pun.Saja online ni.Nape dik?ada pape nak share ngan akak ke?
Aleeya_Sofea: Erm..kak,Sofea dan Shauqi dah berpisah..
Nurin_Tasnim: Eh,camne blh jadi camtu?Cite la kat akak..
Aleeya kemudiannya menceritakan segala yang telah terjadi antara dia dan Shauqi.

Nurin_Tasnim: Adik yang akak syg kerana Allah..jangan terlalu sedih,anggaplah ini ujian dari Allah.Untuk tarbiyah dirimu agar sabar dan ikhlas ketika diuji.Akak paham perasaan Sofea,memang sedih dan sukar untuk terima hakikat apabila orang yang selalu dengan kita dah tak lagi bersama.Dik,jika  memang ada jodoh,walau si dia jauh beribu batu,tetap akan bersatu.Tetapi jika memang tiada jodoh,walau  ada didepan mata sekalipun tetap tidak akan dapat dimiliki tanpa izinNya.

Aleeya_Sofea: Tapi kak..Sofea sayangkan dia..

Nurin_Tasnim:  Cuba  Sofea renung balik kalam Allah,: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.. Surah Al-Baqarah ,ayat 216..Akak pegang pada prinsip,bila akak ada perasaan istimewa kat seseorg,akak tanamkan dalam hati,jika dia adalah jodoh akak,Allah akan permudahkan..

Aleeya_Sofea:  Jujur  Sofea katakan yang dialah calon imam yang Sofea dambakan.Saat dia hadir dalam hidup Sofea,hati Sofea goyah. Lantaran sewaktu Sofea dilanda musibah,dihurung susah,dirempuh walah,. dia hadir memberi kekuatan yang tersembunyi.Sesungguhnya,dia tak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan itu juga adalah kekuasaanNya.

Nurin_Tasnim: Kalau Sofea berhajatkan begitu,mohonlah kepada Allah.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.Jangan putus  asa untuk  berdoa moga dipertemukan jodoh Sofea dengan dia..Tapi kalau dia bukan untuk Sofea,mintak Allah jauhkan perasaan Sofea pada dia,digantikan dengan seseorang yang lebih tepat buatmu.Dik, Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh..kitα cumα pinjαm. tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα. Jαdi bilα semuα ini Allαh yg punyα, mαkα diα berhαk buαt segαlα sesuαtu .Ðiα berhαk beri cintα & kαsih syg. Diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu.Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα. Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yg terbαik untuk kitα. Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα. 

Aleeya_Sofea: Insya Allah kak..Syukran ‘ala kulli hal..Jasa baik akak hanya Allah yang mampu balasnya.

Nurin_Tasnim: La syukran ala wajib adikku..okeyla,akak ada keje skit ni..nnt kita chat lagi.Jaga diri,jaga iman,jaga ukhwah.jangan sedih sangat..Assalamualaikum.
Aleeya_Sofea: Enti aidhon..Waalaikumussalam..

Mata Aleeya Sofea basah dalam kepiluan dan keinsafan..
"Sedangkan sehelai daun yang keguguran pun Allah tahu, inikan pula setakat perihal jodohku? Pastilah Allah lebih tahu calon yang terbaik untuk dipertemukan denganku pada saat yang terbaik..." rintihnya.

Belum sampai lagi jodohnya,kerana belum masanya,Allah tahu dia belum bersedia.Sofea juga tahu,masih banyak amanah yang Allah letakkan di bahunya untuk disempurnakan.Allah Lebih Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk memberikan cinta seorang zauj bersaksikan cinta kepadaNya kelak.Allah tahu.Cuma masanya sahaja belum tiba..

                              


Saturday, February 18, 2012

CINTA YAHOO!Ep.4

Di Cairo..
“Shauqi,boleh ana tanya soalan peribadi?”tutur Muhammad An-Naim,teman serumahnya.
“Apa dia?”
“Enta masih ada perasaan  sayang pada dia?”
“Siapa?ana tak faham la.”Shauqi berpura-pura tidak mengerti.Sebetulnya dia agak terkejut dengan pertanyaan  Naim kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar “si dia” setelah dia membuat keputusan untuk berpisah.
“Siapa lagi,orang itulah…”
“Dia?Ermm..Im,kalau sudah kenal mestilah sayang.Dia wanita yang baik tapi ana telah melukakan hatinya walaupun ana tak berniat begitu.”Shauqi menjawab setulus hatinya.Di sana dia agak rapat dengan  Naim kerana satu jurusan ditambah pula mereka serumah.
“Selepas kita mengambil masa mengenali seseorang,kita pasti menyayanginya meskipun telah terputus hubungan.”
“Enta slalu ke jumpa dia?Maafkan ana kalau ana banyak sangat tanya.Ana bukan apa,kadang-kadang ana tengok enta menghadap  laptop kemudian termenung.Seperti ada sesuatu yang enta fikirkan.”Naim menyusun kata.Bimbang juga kalau pertanyaannya membuatkan sahabatnya tidak senang.
“Ana bertaaruf dengan dia dua kali sahaja.Itupun ana bawa keluarga ana sekali.Selebihnya kami banyak berhubung di YM.Sejujurnya kami tak banyak kenangan.Bukan mudah Im,ia memerlukan ketegasan dan prinsip yang teguh untuk menjaga sesebuah hubungan.”tutur Shauqi dengan tenang.
“Rajin enta chat di YM ye.Kalau ana,telefon aje..senang sikit.”
“Ya,kami banyak chat di YM.Jika dia cuba bertanya hal-hal perasaan,ana cepat-cepat ingatkan  dia bahawa hidup ini adalah untuk hakikat dan kenyataan.Bukan angan-angan semata-mata.Untuk hadapi hakikat dan kenyataan itu,Ilmu dan kesabaran diperlukan.”
“Bagaimana pula dengan calon pilihan keluarga enta?Adakah dia tahu hubungan kalian?”
“Emm..dia juga baik orangnya.Entahlah.Ana tidak mampu untuk buat keputusan apa-apa.Ana serahkan semuanya pada Allah.Moga Dia berikan yang terbaik buat kami.Ana tak mahu melukai hati sesiapa.Siapalah ana ni,status sebagai hambaNya sahaja.”perlahan suara Shauqi,cuba menahan getar.Hatinya sebak tiba-tiba.
 “Menarik kisah cinta enta ni..hehe.Boleh buat novel.”Naim cuba berlawak.Shauqi hanya tersenyum.
Mengimbau kembali  kandungan chatting mereka sebelum dia mengambil keputusan untuk berpisah.
Hanif_shauqi: Ingat Aleeya Sofea ,berpisah tak bermaksud  benci kerana kasih itu adalah anugerah dari Allah yang sangat bernilai.Cintailah seseorang kerana Allah,benci kerana Allah.Bertemu kerana-Nya,berpisah juga kerana-Nya.
Aleeya_Sofea: Emm..Shauqi,saya mungkin tersilap.Awak telah banyak membuka lembaran baru dalam hidup saya.Kadangkala saya tersilap tafsir kebaikan awak kat saya.Baiklah,saya paham kenapa awak mahu hentikan hubungan ni.Sebab kita tak tahu takdir Ilahi,tidak tahu adakah jodoh untuk kita bersama.Sekurang-kurangnya kita  tidak memberi  harapan terhadap sesuatu yang belum pasti.Maafkan saya Shauqi.
Hanif_shauqi: Aleeya Sofea..Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.Saya mengerti perasaan awak.Berdoalah semoga esok masih ada untuk kita.Yakinlah andai ada jodoh takkan ke mana.Buat masa ni penuhilah tuntutan  dan amanah keluarga kita.Percayalah dengan janji-janji Allah..Dia akan membuka kebenaran bila tiba masanya…
Aleeya_Sofea: Sekiranya ada lelaki lain yang hadir dalam hidup saya,adakah awak akan cuba menghalangnya?Atau awak akan menyatakan perkara yang sama?
Hanif_shauqi: Saya tidak akan menghalangnya.Saya serahkan semua ni pada takdir.Sudahla ..saya tak nak berjanji ape2 kat awak.Sampai di sini sahaja hubungan kita.
Aleeya_Sofea: Baiklah.Biarkan hubungan ini berdasarkan takdir yang telah tercatat.Andai penghujungnya  kita sampai ke pulau bahagia,kita akan bersyukur.Andai sebaliknya,saya tetap mendoakan kebahagiaan  buat kita dan berharap agar hati kita ikhlas dan redha dengan ketentuanNya.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik percaturan Allah ini.Maafkan salah silap saya.Assalamualaikum.
Hanif Shauqi  merasakan jantungnya  seakan  terhenti.Itukah ungkapan perpisahan yang perlu ditelannya?Hatinya  terasa sebak yang amat,dadanya bagaikan mahu pecah.Mahu tidak mahu itulah pilihan yang perlu dia lakukan.Demi kebaikan dirinya dan Aleeya Sofea.
“oh Tuhan..adakah benar keputusan aku ini?Aku tidak pasti…Ya Allah Ya Tuhanku,andai kau takdirkan dia untukku,menjadi teman untuk harungi hidup ini,satukan hatinya  hatiku,amanahkan bahagia kepada kami Ya Allah.”Ada sendu dalam bisikan doa itu..

Friday, February 17, 2012

CINTA YAHOO!Ep.3

Perkenalan mereka kini hampir 5 bulan.Suka dan duka dikongsi bersama.Senda gurau melatari hubungan yang dibina.Hanif Shauqi telah kembali ke Mesir kerana keadaan disana telah pulih.Pada mulanya Aleeya Sofea agak sedih kerana dia merasakan Shauqi tidak akan mempunyai waktu untuknya lagi kerana telah kembali menyambung pengajiannya.Sedih kerana hatinya telah terpaut pada lelaki yang telah mewarnai hidupnya kini.Lelaki itu telah mengajarnya banyak perkara yang dia tidak tahu.Lelaki yang sentiasa disisinya di saat dia dilanda kesedihan,yang memujuknya supaya sentiasa sabar dengan ujian Allah.Namun,kerisauan itu diubati apabila Shauqi tetap menghantar khabar kepadanya melalui yahoo! messenger seperti biasa hinggalah Shauqi membawa satu khabar duka kepadanya.


Hanif_shauqi: Assalamualaikum Aleeya Sofea.Awak ape khabar?
Aleeya_Sofea: Waalaikumussalam..Alhamdulillah,saya sihat.Camne studi?ok tak?
Hanif_shauqi:Alhamdulillah,saya sihat jugak.Studi ok je. Sofea..saya nak bagitau awak sesuatu ni.Saya harap awak dapat terima dengan hati terbuka.
Aleeya merasakan sesuatu yang berbeza dalam perbualan mereka pada kali ini.”Apa yang dia hendak bagitau aku?Macam penting je”gumamnya.Pantas jemarinya membalas chat Shauqi.
Aleeya_Sofea:Erm..ape yang awak nak bagitau saya?InsyaAllah..saya sedia mendengarnya.
 Hanif_shauqi:First of all,saya nak mintak maaf banyak2.. Sofea..ape pendapat awak tentang hubungan kita?
Aleeya_Sofea: erh... macam awak kata dalam chat dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?Jadi..kawan je la.
Hanif_shauqi: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan apa skalipun ia tak patut diterima.
Aleeya Sofea tersentak.Tertampar keras juga rasanya.Dia menanti ayat seterusnya dari Shauqi.
Hanif_shauqi: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah... sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru..demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi... sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...dan ada satu perkara lagi yang saya hendak bagitau awak,.dan saya betul2 nak mintak maaf sbb apa yang akan saya bagitau ni akan melukakan hati awak..
Aleeya_Sofea: Ape dia?
Hanif_shauqi: Baru-baru ni ibu saya ada menyatakan hasratnya untuk menyatukan saya dengan anak kenalannya.Saya masih belum mampu untuk membuat keputusan sebab saya masih belajar,saya nak hantar ibu ayah pergi Mekah dulu,nak tengok adik2 saya berjaya..Maafkan saya Sofea

Perlahan-lahan air mata Aleeya Sofea gugur membasahi pipinya..”Ya Allah..aku tak tahu apa yang harus aku lakukan..Bantu aku ya Allah..”Hatinya walang.. Malam itu Aleeya bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana kata-kata Shauqi yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari keindahan ketika berhubungan dengan Shauqi. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan ber”chat” dengan Shauqi hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup laptopnya dan menyerahkan dirinya pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan..