Aleeya Sofea menyambung kembali tugasan yang tertangguh sebentar tadi kerana menunaikan tanggungjawabnya sebagai muslim.Sambil-sambil itu dia melayari laman web untuk mencari maklumat tambahan.Dia turut membuka emelnya bagi melihat pesanan-pesanan yang ada buatnya.Lagu penerang hati bergema di dalam biliknya.ʺBilikku syurgaku”bisik hatinya..tiba-tiba matanya tertancap pada skrin laptopnya.Ada chat dari kenalannya di yahoo! messenger.
Mujaheed_90: Assalamualaikum..apa khabar?
Aleeya_Sofea: Waalaikumussalam.Alhamdulillah,sihat je.Awk?
Mujaheed_90: Alhamdulillah,sihat jugak.camne study?ok x?
Aleeya_Sofea: Ok la jugak,tapi biasa la student..sibuk dengan assignment je la.. J
Mujaheed_90: Owh..sama la dengan saya..busy dengan assignment.Sofea,saya ada hajat ni.Ada sahabat saya ingin berkenalan dengan awak.Awak sudi tak jadi kwn dia?Dia ni baru balik dari luar negara.
Aleeya_Sofea: Err…siapa kawan awk tu?sy kenal ke?
Mujaheed_90: Awak tak kenal dia.Dia sahabat saya ms sama2 blaja kat Kipshas dulu.Dia kawan baik2 ngan dia ye. J
Aleeya_Sofea: Emm..InsyaAllah.
Mujaheed_90:Nanti dia add awak.Ok la Sofea,saya ada keje skit ni.Ada masa kita Ym lg ye..InsyaAllah.Jaga diri baik2,Gudluck exam.Assalamualaikum.
Aleeya_Sofea:Awak pun sama k.Waalaikumussalam.
Mujaheed_90 is signed out.
Aleeya Sofea termangu seketika.”Nak kawan tak ni?”Sebenarnya dia tidak pernah berkenalan dengan orang melalui alam maya.Jika dia facebook pun dia akan melihat latar belakang orang yang ingin “add” nya sebelum membalas permintaan tersebut.Matanya kembali menatap skrin laptopnya.Ada permintaan untuk berada dalam senarai kenalannya di YM.”Hanif_shauqi”.Dia menerima permintaan tersebut dengan hati yang berdebar-debar.
Hanif_shauqi is now online.
Buzz!!
“eh mamat ni..main buzz-buzz pulak..”desis hatinya.
Hanif_shauqi:Assalamualaikum Aleeya Sofea. J
Aleeya_Sofea:Waalaikumussalam..
Hanif_shauqi: Awak apa khabar?Terima kasih ye sebab sudi accept saya utk jd kawan awak.
Aleeya_Sofea: Alhamdulillah..sihat..Emm..sama2.
Hanif_shauqi: Saya nk panggil awak ni ape?Aleeya Sofea,Aleeya atau Sofea?hehe.Awak boleh panggil saya Shauqi.
Aleeya_Sofea: Panggil saje Sofea.Oh ye..Aliff cakap awak ni baru balik dari luar negara.Awak blaja kat mana?Jurusan ape?
Hanif_shauqi: A’ah.Saya blaja kat Universiti Al-Azhar,Kaherah.Saya ambik kos Syariah Islamiah,tapi sekarang kan ada masalah skit kat sana,so saya terpaksa balik ke Malaysia.Awak blaja kat UUM kan?Kos ape?Orang mana?Awak rapat ke ngan Aliff tu?
Aleeya_Sofea: ooo..macam tu citenya..A’ah..sama tempat blaja dengan Aliff cume lain kos je.Saya ambik kos Pentadbiran Perniagaan.Saya orang Pahang.Saya kenal Aliff macam tu je.Kebetulan dia kenalan kawan saya kat kolej ni.Tak rapat pun tapi saya kenal la dia.Emm..boleh saya tanya satu soalan?
Hanif_shauqi: Tanya la Sofea..Banyak pun boleh..
Aleeya_Sofea: Nape awak nak kenal ngan saya?
Hanif_shauqi: Err..ntahla..Saya pun tak tau nk ckp cmne.Saya cume tanya kat Aliff takde ke kwan2 kat u dia yang blh saya kenal.Kemudian dia sebut nama awak.Pelik jugak ye sebab dia kenalkan orang yang tak rapat ngan dia kat saya.Takpela,anggap saja ini takdir Allah.. J
Aleeya_Sofea: J ye..ok la shauqi,saya ada keje nak buat ni,nk sambung tugasan.Selamat berkenalan.
Hanif_shauqi: oo yeke..selamat berkenalan jugak.Jaga diri baik2,jaga ukwah,jaga iman.Study smart.Assalamualaikum..selamat malam.
Aleeya_Sofea: Awak pun sama ea.Waalaikumussalam..selamat malam.
Aleeya Sofea terus menyambung tugasan memandangkan due datenya 3 hari lagi.Dia tidak mahu terleka dengan keasyikan melayari alam maya hingga taklifatnya sebagai muslim dan pelajar terabai.Ibunya selalu mengingatkannya tentang amanah yang sedang dipikulnya.Sebagai anak sulung,dia mengakui bahawa dia memegang amanah untuk menjaga adik-adiknya setelah kematian ayahnya hampir 10 tahun yang lalu.Alunan lagu penerang hati melatari tugasan yang dilakukannya.Sesekali dia tersenyum mengenangkan isi perbualan chattingnya tadi.Mesir!!Tempat yang ingin dijejakinya.”SubhanAllah..indahnya percaturan Allah buatku”katanya..tiba2 hatinya berdebar kembali..apa maknanya ni??